Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, March 9, 2015

MAAF, selama ini tidak peduli...

Assalamu'alaikum...

MAAF, selama ini tidak peduli...


Novel Maaf, selama ini tidak peduli ni aku beli online dengan penulisnya sendiri.. Novel ni baru je sampai ke tangan aku.. Siapa yang berminat nak beli, boleh la inbox penulis kat page fesbuk NB Kara ni..




Aku jarang minta tanda tangan penulis tapi untuk novel kali ni, aku minta tanda tangan beliau.. hehe...


Karya penulis ini walaupun kebanyakkannya berkisar tentang poligami dan kisah dari kecil zaman sekolah rendah hingga dewasa, namun aku masih lagi boleh terima cerita yang digarap.. Tidak seperti sesetengah karya penulis lain yang ada kalanya aku tak boleh nak hadam karya mereka biarpun mempunyai kisah yang serupa iaitu poligami dan zaman sekolah.. 


p/s: Buku ni baru je sampai.. Tak baca lagi.. Nantilah aku baca bila ada masa yang sesuai..

Viral: Hutang..

Assalamu'alaikum...

Viral: Hutang..






Bukan dunia yang macam dah terbalik tapi otak orang yang berhutang tu sebenarnya yang dah terbalik.. Sebab tu la dorang tak boleh nak fikir yang hutang tu memang wajib dibayar kecualilah jika orang yang memberi hutang tersebut menghalalkannya.. 


Jika betul-betul susah dan terpaksa berhutang, mungkin ada pertimbangan antara kedua pihak.. Ni rata-rata yang berhutang tapi tak nak bayar ni takdelah sesusah mana hidup dia.. Biar papa asal bergaya kekdahnya.. Lupa nak ukur baju kat badan sendiri gamaknya..


p/s: Kat dunia ni boleh la cool aje tak nak fikir apa-apa.. Kat sana esok, tau la macam mana rasanya.. 

Agar-agar roti pandan...

Assalamu'alaikum...

Agar-agar roti pandan...


Resepi olahan sendiri.. Dekorasi juga dari ilham sendiri.. Secara tiba-tiba je idea datang untuk letakkan roti tu sebegitu.. 




Pada mulanya nak buat agar-agar roti macam biasa, yang rotinya dikisar dulu tu.. Tapi tekak aku susah sikit nak terima versi sebegitu.. Rasa macam kembang ditekak bila memakannya.. Macam cepat muak je.. Itu yang timbul idea nak buat macam ni..




Bila buat macam ni, takde la rasa roti tu kembang semacam je.. Lepas je tuang agar-agar ke dalam loyang, terus je susun potongan roti ni.. Tekan sikit roti tu supaya warna tu melekat..




Tunggu sejuk baru masuk dalam peti ais.. Panas macam sekarang ni memang sedap sangat la makan.. ahaha..


p/s: Buat untuk anak-anak buah.. Si kenit yang tadika tu siap tanya macam mana nak buat jadi camni.. Rajin pulak aku bagi penerangan kat dia.. ahaha..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)