Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, December 29, 2020

Sawi #botolpot.

 Assalamu'alaikum.

Sawi #botolpot.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Akhirnya, aku dah boleh kutip hasil dari pokok sawi yang aku tanam dengan kaedah botolpot ni. Entry terdahulu yang berkaitan dengannya ada di sini. Sila klik. Sawi ni aku suka buat ulam je. Sedap, rangup dan manis. Aku kurang suka kalau dibuat goreng tapi kalau masuk dalam mee goreng, aku makan je. 😂😂😂


Punyalah besar daun dia. Lebih besar dari tapak tangan aku.







Siap ada daun sawi bentuk love lagi sebagai tanda kasih untuk aku. Heh. Ni daun original ya. Bukannya aku yang memandai gunting.

Umur pokok sawi ni dalam sebulan seminggu. Dah sesuai dah untuk dipetik. Ceritanya ada aku kongsikan dalam grup kebun bandar. Sila klik lagi sekali. Haha.


p/s: Lepas ni aku nak semai benih sawi jepun pulak. 

.

Thursday, November 26, 2020

Cara nak buat pola papan bahu dan lengkuk ketiak baju lelaki.

Assalamu'alaikum.

Cara nak buat pola papan bahu dan lengkuk ketiak baju lelaki.

Perkongsian ilmu dari Abel Tailoring dan Sue Badrul Design. Terima kasih diucapkan. Bolehlah aku buat rujukan bila-bila masa diperlukan.









p/s: Alhamdulillah.
.

Thursday, November 19, 2020

Resepi kek pisang gebu dan lembut.

 Assalamu'alaikum.

Resepi kek pisang gebu dan lembut.

Alhamdulillah. Pertama kali aku buat kek pisang yang elok kejadiannya iaitu gebu dan lembut sangat. Selalunya kek pisang yang aku buat tu sama ada bantat ataupun kurang gebu. Terima kasih pada yang berkongsi resepi. Aku ambil resepi kek pisang ni dari page Ina Azlina yang viral tu.








Ni resepi kek pisang gebu lembut tu ya. Aku pisahkan kepada tiga bahagian supaya senang nak susun atur.

Bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
=> Ayak semua bahan ni dan ketepikan sekejap.

Bahan B:
3 biji pisang berangan 
=> Lenyek dan ketepikan sekejap.

Bahan C:
4 biji telur gred A atau B
1 cawan gula castor - Kalau guna gula biasa, kena kurangkan sukatan.
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanilla
=> Masukkan semua bahan ni  ke dalam blender dan blend dalam masa 3-5 minit. Dah siap blend, tuangkan ke dalam bekas besar.

Kemudian, masukkan pisang lenyek tadi ke dalam adunan. Kacau sebati guna spatula atau senduk. Lepas tu, masukkan pula campuran tepung tadi sedikit demi sedikit sambil kacau rata.

Lenserkan loyang dengan minyak masak. Lenser bagi rata ya. Kemudian, tuangkan adunan tadi. Boleh la bakar hingga masak. Aku bakar atas dapur gas je. Takde masa yang praktikal. Asal dah masak je, okay la tu. Nak tau dah masak atau belum, cucuk kek tu dengan lidi yang halus. Kalau tak melekat, kira dah masak la tu. Ataupun kalau dah mula berbau wangi tu, kira dah dekat nak masak la.
.








p/s: Alhamdulillah..
.

Tuesday, November 17, 2020

Kuih ketayap suka suki. 😋

Assalamu'alaikum.

Kuih ketayap suka suki. 😋

Rajin pulak aku dok buat kuih ketayap macam ni. Bila mood rajin tu datang, layankan aje la. Haha. Dah, jom tengok gambar. Zaaasss....!















p/s: Hidup ini umpama warna pelangi yang penuh dengan warna-warni. 😉

.

Friday, November 13, 2020

Gotong-royong lagi.

 Assalamu'alaikum.

Gotong-royong lagi. 

Orang ajak pergi gotong-royong, kita ikut aje la. Sementara tubuh badan masih sihat inilah kita nak menyumbang pahala. Kalau dah terlantar sakit esok, apapun tak boleh buat dah. Terbuntang la biji mata pandang siling. 
































Aku suka tengok semangat generasi pertama Felda ni. Walaupun tubuh badan mereka tidak lagi segagah dahulu tapi gigih dorang datang untuk sama-sama buat kerja gotong-royong ni. Semangat macam ni la yang aku nak pupuk dalam diri aku. Kayuh perlahan-lahan. 


p/s: Muafakat membawa berkat. Gittew..!

.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)