Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, May 26, 2015

Sekali salah pasang daaaaaa....!!!

Assalamu'alaikum...

Sekali salah pasang daaaaaa....!!!


Lewat petang tadi, aku jadi minahgyver sekejap.. hehe.. Aku tukarkan pemegang pintu kat bilik aku ni.. Pemegang pintu ni dah dekat seminggu patah sebelah tapi aku buat tak tau je kat dia.. Bukannya apa, nak pergi kedai nak beli set kunci yang baru tu yang aku malas tu.. Kena la tunggu abang aku tolong belikan.. So, petang tadi dia dah belikan.. Maka, akupun mula la buat kerja minahgyver ni..


Berpeluh-peluh aku dok bukak skru.. Bahang punya la panas kat dalam bilik ni.. Angin kipas tak  sampai ke pintu.. Skru punya skru, maka, siaplah aku gantikan kunci pintu tu dengan set yang baru.. Fuhh, lega rasanya..


Lepas dah siap pasang tu, akupun cuba la nak tutup pintu tu.. Nak test kunci dia.. Sebenarnya aku cuma tukarkan pemegang pintu tu je.. Yang bahagian dalam untuk tempat cucuk kunci tu aku masih gunakan yang lama.. Kalau gunakan set yang baru tu, nanti kunci kena tukar sekali.. Aku ni malas la pulak nak keluarkan kunci lama kat dalam keychain tu..


Tup-tup... Ehh, semacam je aku rasa.. Apsal pintu ni tak boleh tutup pulak..! Dulu buat okay je.. Tak perasan lagi ni tang mana silap dan salahnya.. 


Rupa-rupanya, aku dah salah pasang daaaaa... ahahahaha... Ada ke pergi pasang terbalik...! Adehdehdeh.... Memang sah la tak boleh nak tutup pintu tu, kan... kikikiki....


 Dah macam tanduk dah terkeluar macam tu.. wahahaha...



Nak tak nak, kenalah bukak balik semua skru tadi.. Peluh yang tadi tak habis kering lagi, dah keluar peluh yang baru.. ahaha.. Akhirnya, berjaya jugak aku pasang pemegang pintu yang baru ni mengikut piawaian yang sebenarnya.. hehe... 





p/s: Buat sendiri dah jimat dah duit untuk upah.. Paling-paling upah dia dalam sepuluh ringgit.. Harga barang je dah RM20.. Berbaloi la aku berpeluh-peluh try and error.. muahahaha...

Sunday, May 24, 2015

Ambil iktibar...

Assalamu'alaikum...

Ambil iktibar...


Belajar dari pengalaman kerana pengalaman itu adalah guru yang terbaik..




p/s: Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.. *pujuk hati sendiri.. 

Kelakar giler...!!!

Assalamu'alaikum...

Kelakar giler...!!!


Adehh....!! Sakit perut aku dok mengekek gelak.. Sekarang ni pun aku masih dok tengok lagi gelagat ulat-ulat larva ni.. Baru sampai minit ke 12.. Panjang lagi durasi video ni.. Adalah dalam sejam lebih.. Mau keras perut aku dok gelak manjang... Ni pun tak habis lagi dok gelak-gelak.. ahahahaha...



Kartun Larva...



Sejak tertengok kartun larva ni kat TV3 hari tu, terus aku suka kat dorang.. Malam ni tiba-tiba teringat pulak nak cari kat Youtube.. Terus jumpa video yang ini.. Layankan aje la.. Memang kelakar giler... hehe..


p/s: Layan kartun lagi baik dari layan _________! 

Saturday, May 23, 2015

Susah sangat ke nak buat...?

Assalamu'alaikum...

Susah sangat ke nak buat...?


Berterus-terang itu adalah lebih baik daripada memberi beribu alasan.. Lebih banyak kita memberi alasan, lebih terserlah tanda penipuan..




Banyak masa yang kita ambil untuk meletakkan kepercayaan kepada orang.. Tapi untuk menghancurkan rasa percaya itu, sesaat sudah memadai.. Sekali kena tipu, sukar untuk percaya lagi..


p/s: Susah rupanya nak berterus-terang ni ya... Mungkin sebab itu ramai yang suka menipu sebab menipu ni senang nak buat terutama sekali menipu diri sendiri... Hmmm...

Terus kensel...!

Assalamu'alaikum...

Terus kensel...!


Malam tadi, ternampaklah seorang geng post gambar food processor kat satu grup.. Terus la aku hantar mesej kat dia bertanyakan pasal food processor tu sebab aku sekarang memang tengah usha harga dan brand food processor.. 


Lepas tu, geng tu pun bagitau aku brand dan harga food processor yang dia gunakan tu... Dia suggest kat aku suruh tengok kat website Lazada sebab katanya sekarang food processor tu ada offer..


Akupun terus la jenguk kat fb Lazada Malaysia dulu sebelum aku jenguk website dia... Tup-tup aku ternampak la post dan komen yang ini walaupun post ini takde kaitan dengan food processor yang aku usha tu..





Lepas baca komen kat post tu, akupun scroll la lagi kat post yang lain.. Komen takde la banyak tapi sedikit sebanyak, beberapa komen tersebut berjaya mematikan selera aku untuk terus masuk kat website Lazada tu.. hehh...







Ada sesiapa dari kalangan rakan blogger yang pernah beli kat Lazada ni..? Okay tak harga barang dengan kualiti yang ada..? Puas hati tak dengan pembelian tersebut..? Boleh tak share pengalaman membeli kat Lazada tu..?


Bukan senang nak cari duit oiii...! Jadinya, janganlah sesenang hati bagi orang tipu kita.. Aku tak kata Lazada ni penipu tapi bila ada komen yang kata Lazada ni pembelit, opkos la aku cuak.. Ko tak cuak ke..? 


p/s: Takpe la.. Aku beli kat kedai je la nanti food processor tu.. Biarlah harga mahal sikit asalkan aku tau kedai tu kat mana dan aku nampak muka orang yang jual food processor tu.. hehh...

Friday, May 22, 2015

Muzik di hati..

Assalamu'alaikum...

Muzik di hati...


Muzik itu adalah bahasa yang ungkapannya tak perlukan kata-kata...
‪#‎Hlovate‬ 
‪#‎ContenganJalanan‬ 
#‎Fend‬ 


Muzik ada kalanya menjadi satu terapi jiwa serta minda bagi sesetengah orang yang perlukan ketenangan.. Tak perlu pertikaikan kenapa kerana masing-masing ada cara tersendiri untuk menyendiri.. Asalkan tidak terus tenggelam dan khayal dalam dunia ciptaan sendiri tersebut, it's okay..




Kitaro...


Klip instrumental dari Kitaro ni dia punya durasi hampir 6 jam..! Gigih sungguh orang yang buat klip ni.. 


p/s: Suka dengar muzik instrumental macam ni, lagi-lagi yang ada kaitan dengan piano... Kalau tambah elemen suara burung berkicau dan bunyi air lagi best.. Damai je rasa.. hehh...

Kat luar lain, kat dalampun lain.. hehh...

Assalamu'alaikum...

Kat luar lain, kat dalampun lain.. hehh...


Omputih dah kata; don't judge a book by its cover... Aku pulak nak kata; jangan buang kotak merata-rata... ahaha..




Kadang-kadang kita tak boleh nak jangka apa yang kita perlukan.. Bila dah jadi satu-satu perkara tu, barulah kita kelam kabut.. 


Macam kes aku ni la.. Disebabkan almari buku dah penuh walaupun dah ada buku yang kena jual balik, tapi ruang dalam almari tu masih lagi penuh.. Macam tak susut je.. hehh... Mananya nak susut kalau jual buku sebuah dua tapi lepas tu beli buku baru tiga empat buah.. ahaha..


Sudahnya, terpaksalah letakkan dulu buku yang baru beli tu dalam kotak limau ni haa.. Ni je kotak yang ada buat masa sekarang.. Mujurlah aku tak buang kotak ni dulu.. Ada tiga buah kotak limau ni yang aku simpan tapi baru sebuah ni yang aku gunakan.. hehh...






Dan yang ni pulak kotak set cawan yang kakak aku beli kat Langkawi.. Set cawan tu dia punya la tapi kotak ni aku siap mintak kat dia nak bawak balik sini.. Bising jugak la mak aku bila aku sumbatkan kotak ni dalam bonet kereta.. hehh...




Dalam kotak ni pun aku letak buku aku jugak.. Ada buku yang dah siap baca dan ada jugak yang masih berstatus pending.. Sampai koyak dah tepi penutup kotak tu aku kerjakan.. ahaaa...




Tak kisah la nak guna kotak apapun.. Asalkan sesuai dah la.. Asalkan nampak kemas dan tidak bersepah-sepah atas lantai, kira okay la tu.., kan..?


p/s: Malas nak keluarkan bajet untuk beli almari buku yang baru.. Sekarang ni fikir nak jimat je.. Jimat ruang, jimat bajet, jimat macam-macam la senang cerita.. 

Thursday, May 21, 2015

Bantu sahajalah...!

Assalamu'alaikum...

Bantu sahajalah...!


Bila ada je bantuan kemanusiaan negara untuk orang luar, maka adalah jugak suara-suara yang berbunyi: 

~> Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan.. 
~> Rakyat sendiri merempat, sibuk nak bantu rakyat luar..
~> Utamakan bantuan untuk rakyat sendiri daripada sibuk bantu orang asing..
~> Dan macam-macam lagi ketidakpuasan..


Bantuan itu cuma sekali sekala bila ada musibah yang melanda.. Jika setiap masa nak kena bantu, itu bukan lagi namanya bantuan.. Itu sudah menjadi tanggungan.. Tapi jika suara-suara tadi mampu untuk membantu, bantu sahajalah.. Malahan jika mampu menanggung, silalah berbuat demikian.. 


Kita kena semat dalam jiwa dan minda bahawa bantuan itu tidak mengenal siapa.. Kita bantu orang dengan sekian sekian cara.. InsyaAllah, orang akan bantu kita dengan cara yang mungkin sama ataupun mungkin juga berbeza mengikut kemampuan yang mereka ada.. Tapi perlu ingat juga bahawa semua ini akan terjadi dengan izin Allah.. 


Jangan pula merungut bila apa yang kita bantu tidak mendapat balasan yang setimpal.. Itu dah tak ikhlas namanya.. Bila tak ikhlas, maka tak dapatlah pahala.. hehh..



Buat baik, dapat pahala..
Buat jahat, dapat dosa..
Tak buat apa-apa, tak dapat apa-apa jugaklah..! Jangan pulak demand lebih-lebih..!


Kita ni kalau bab bercakap, memanglah pandai tapi bila masuk bab merealisasikan apa yang kita cakap tu, sangatlah ketinggalan.. 


p/s: Tak sampai ke manapun jika asyik tuding-menuding.. 

Dah ambil, lepas tu kutuk..?

Assalamu'alaikum...

Dah ambil, lepas tu kutuk..?


Kita cedok ilmu yang orang kongsi tapi dalam masa yang sama, kita kutuk peribadi orang yang berkongsi ilmu tadi.. Contoh paling mudah adalah; kita kutuk Chef Wan tapi resepi dia, tips dia, info daripada dia, kita tiru jugak walaupun sedikit.. hehh...


Jangan menidakkan ataupun menafikan kerana ini memang sudah sinonim dengan kehidupan seharian kita.. Tak orang yang buat, kita sendiri yang buat.. Tak boleh nak kata kat orang sebab kadang-kadang kitapun melakukan perkara yang sama.. Eik..?


Satu lagi contoh yang paling mudah adalah; aku kongsi tutorial pasal jahitan.. Ko follow dan copy paste apa yang aku kongsi.. Dalam masa yang sama, ko kutuk aku macam-macam kat grup dan wasap.. Agak-agaknya, berkat tak ilmu yang ko ambil tu..? 


Contoh yang lain; orang dah bagi bantuan macam-macam kat kita, tapi kita kata dia macam-macam.. Kita kata orang tu tak ikhlas la, bagi barang tak elok la, orang tu cari nama la dan sebagainya.. Memang budaya kita macam ni agaknya kot.. Bagi atau tak bagi, kutuk tetap kutuk.. 


Bila difikirkan bahawa ni adalah salah satu budaya orang kita, maka abaikan sahajalah apa yang orang kutuk kat belakang kita.. Teruskan saja niat asal kita tadi iaitu untuk berkongsi ilmu dan membantu. Lantak pi la depa nak kutuk lagu manapun haiihh...!


p/s: Kita kutuk orang dalam hatipun Allah boleh tahu.. Inikan pulak kita kutuk orang kat grup dan wasap semua tu.. hehh... 

Wednesday, May 20, 2015

Terkedu hingga tak terkata...

Assalamu'alaikum...

Terkedu hingga tak terkata...


Tersebutlah satu kisah antara seorang makcik penjual kuih karipap dan seorang pembeli.. Pembeli dan mak cik ni saling mengenali sesama mereka.. Tinggal dalam kawasan yang sama.. Kiranya berjiran la walaupun rumah takde la dekat sangat..


Pembeli: Macam mana ya mak cik buat karipap ni.. Boleh bagi resepi tak..? Suka la makan karipap yang mak cik buat ni.. Kulit dia rangup je..


Penjual: Ehh..! Aku masih menjual lagi..! Mana boleh aku bagi resepi kat ngko.. Tunggulah esok-esok bila aku dah tak menjual.. Kot la esok-esok aku dah tak larat nak menjual.. Lepas tu boleh la aku bagi resepi tu kat ngko.. Itupun kalau aku nak bagi la, kan...


Pembeli: (Terkedu hingga tak terkata)...


Benda macam ni dah selalu kita dengar, kan..? Orang minta resepi tapi tidak dapat apa yang diminta.. Sebaliknya benda lain pulak yang dia dapat.. ahaha..


Kesimpulannya, kitapun kenalah berpada-pada dalam meminta apatah lagi nak minta ilmu percuma.. Bukan semua orang bersikap terbuka.. Bukan semua orang sedia menjawab setiap pertanyaan kita.. Pedih tu memang la pedih bila dapat jawapan macam tu.. Tapi janganlah berdendam.. Jangan patah semangat.. Tak semestinya bila kita kenal orang tu, kita boleh sesuka hati minta apa yang kita nak. Kita juga perlu ingat bahawa hati manusia ni lain-lain.. 


Kisah antara makcik dan pembeli tu kisah benar tapi bukan aku yang jadi pembeli tu.. Ni kisah yang orang ceritakan kat aku.. Aku cuma sampaikan untuk kita fikirkan bersama.. Wajar atau tidak kita bertanya..? Perlukah kita meminta-minta..? Wajarkah penjual memberi jawapan sedemikian rupa..? Ini yang perlu kita fikirkan..


p/s: Ini baru kisah minta resepi karipap.. Belum lagi kisah minta diskaun beli barang dan sebagainya.. Bila pembeli tak dapat seperti apa yang diminta, serta merta penjual dapat gelaran kedekut taik idong masin.. kehkehkeh.. 

Tuesday, May 19, 2015

Potong sepasang baju melayu...

Assalamu'alaikum...

Potong sepasang baju melayu...


Petang tadi, dapatlah aku potong sepasang baju melayu.. Baju melayu ni abang aku punya.. Sebenarnya, ni tahun lepas punya kain tapi aku tak sempat nak potong.. Tu yang potong hari ni.. hehe.. Kain ni kakak aku yang belikan untuk adik dia (abang aku tu la..). Bila baju tu tak siap, bising jugak la mulut kakak aku tu.. Tadah telinga je la.. ahahaha..


Jom tengok gambar yang aku ambil masa buat kerja pemotongan tadi. Gigih aku dok klik klik enpon cap ayam aku tu.. hehh... Aku tak pasti ukuran ni untuk saiz apa.. Ukuran keliling pinggang seluar adalah 38 inci.. Saiz apa ni ya..? XL atau XXL..? 


Ni untuk badan baju melayu tu.. Ukurannya adalah 21 inci untuk badan/bahu dan 34 inci untuk labuh baju.. Ukuran dah siap masuk basi jahitan..



Ni pulak bahagian tangan. Ukurannya adalah 26 inci panjang/labuh, 9 1/2 inci untuk lengan atas dan 8 inci untuk lengan bawah.. Masukkan 1/2 inci ke dalam pada bahagian lengan atas. Tujuannya untuk mengelakkan bahagia lengan atas tu bergumpal atau menggelebeh.. Ukuran dah siap basi jahitan/lipatan..



Ini adalah bahagian pesak.. Ukurannya adalah 5 inci untuk pesak bawah dan 3 1/2 inci untuk pesak atas.. Panjang pesak adalah 27 inci (ada lebihan 2 inci).. Buatkan bentuk empat segi tepat dengan ukuran 8 1/2 inci dan tandakan untuk pesak bawah (5 inci) dan pesak atas (3 1/2 inci).. Kemudian, gariskan kat tengah-tengah tu.. Ukuran dah siap basi jahitan.. Ukuran asal kat contoh baju siap adalah 4 inci dan 2 1/2 inci.. 

Panjang pesak = Labuh baju tolak lebar lengan atas dan tambahkan 2 inci untuk keselamatan.. Nak tambah satu inci pun boleh jika yakin.. 



Ini pula adalah bahagian kekek.. Ukurannya adalah 4 X 4 inci.. Ukuran dah siap basi jahitan..




Sebelum letak pola seluar, kena buat garisan tengah iaitu garisan yang sama yang ada kat pola.. Tujuannya, supaya seluar tidak senget... Jarak dari bahagian tepi tu kena la sama dari atas sampai bawah.. Yang ni jaraknya adalah 8 inci dari tepi kain tu (tepi menghadap meja tu..). 


-A-


Lepas tu barulah letakkan pola seluar untuk bahagian belakang.. Garisan tengah pola tu kena sama dengan garisan yang telah dibuat atas kain tadi.. 




Okay, dah siap dah untuk seluar bahagian belakang... Tandakan B for Belakang pada kedua-dua belah seluar supaya senang nak cantum nanti...



Untuk bahagian depan seluar pula, gunakan pola yang sama tapi lipatkan bahagian kat pinggang dan bahagian sisi dalam.. Boleh tengok perbezaan pada gambar bahagian belakang tadi.. Proses nak potong juga sama macam gambar -A- di atas...



Okay, dah siap dah potong bahagian depan seluar..



Ini pula adalah pola untuk poket besar dan poket baju melayu, pola poket seluar, pola lubang leher atau bulan dan juga nota cara nak buat fly pendek dan fly panjang.. Nota tu saja aku tulis kat pola poket seluar tu.. Nanti takde la aku asyik nak cari dan bukak fail setiap kali nak buat seluar yang ada zip..



*Setiap kali nak potong untuk bahagian baju atau seluar, kain kena lipat dua.. 


p/s: Selesai dah potong baju melayu ni.. Lega cheq naaa.. hehh...

Masak lemak cili padi ikan tongkol bersama jantung pisang..

Assalamu'alaikum...

Masak lemak cili padi ikan tongkol bersama jantung pisang..


Hari tu aku ada buat entri pasal masak lemak ikan kembung dengan jantung pisang.. Hari ni masih lagi mengekalkan jantung pisang tapi dipadankan pula dengan ikan tongkol.. Untung jadi jantung pisang ni.. Boleh bertukar pasangan setiap masa.. ahaha.. 




Kelmarin, ternampak la post pasal masak lemak kupang dengan jantung pisang dari chef Mat Gebu kat grup blogger Ben Ashaari.. Tiba-tiba teringin pulak nak masak lemak ikan tongkol ni dengan jantung pisang.. Asalnya nak masak ikan siakap tapi lepas tu tukar fikiran la pulak.. Nak cuba ikan tongkol pulak.. Asyik masak kari je ikan tongkol tu.. Sesekali nak jugak tukar selera.. hehh..




Resepi aku ikut cara aku la ya.. Macam mana aku buat masa gulai ikan kembung hari tu, macam tu la aku buat untuk gulai ikan tongkol kali ni.. Main hentam saja la labu... Asal boleh makan, sudah.. hehh..


Gigih aku pergi belakang rumah.. Terdongak-dongak aku tengok pokok pisang mak aku tu.. Mana yang ada jantung, semua aku zapppp...! Ahahaha... Dapat la lima ketul jantung pisang tu tapi semuanya takde la besar mana.. Dah buang kulit luar tu, tinggal la seco'et je besar dia.. 


Gulai ikan tongkol dengan jantung pisang aku ni kurang menyerlah warna dia.. Kurang kunyit hidup gamaknya.. Tak kisah la haiihhh... Janji menjadi gulai tu.. hehehe...


p/s: Korang masak apa hari ni..? Meh kongsi kat ruang komen apa yang korang masak.. 

Cegah sebelum parah...

Assalamu'alaikum...

Cegah sebelum parah...


Selfies craze is actually a mental disorder.. Sebelum menjadi semakin teruk, eloklah dicegah terlebih awal..




Selfie craze were classified into three types including:

1- Borderline selfitis, those who take photos of one’s self at least three times a day but don’t post them on social media (Moderately attractive people). 


2- Acute selfitis, who take photos of one’s self at least three times a day and post each of the photos on social media (People who have groomed for these activities).


3- Chronic selfitis, those who have the uncontrollable urge to take photos of one’s self round the clock and posting them on social media over six times a day (attention seekers).


Kita yang mana satu..? Berpada-padalah sebelum orang labelkan kita sebagai gila syok sendiri.. 


p/s: Selfie untuk tatapan sendiri je.. Sekali kena perli, tak buat dah... Segan.. hehh.. Daripada selfie yang menjengkelkan pandangan orang, lebih baik ambil gambar pokok bunga, kucing, makanan, keindahan alam dan sebagainya..

Monday, May 18, 2015

Tidak bertamaddunkah kita..?

Assalamu'alaikum...

Tidak bertamaddunkah kita..?


Sakit tu memang la sakit.. Tapi adakah wajar kita mengubati kesakitan itu dengan kekerasan..? Bukankah sepatutnya kita reda atas setiap kesakitan yang menimpa..? Dimanakah letaknya nilai sabar dan iman dihati kita..?


Ya, ini yang berlaku dalam perlawanan bola sepak kita.. Hanya kerana kalah, habis semuanya huru hara.. Ini baru kes bola.. Belum lagi masuk kes darurat tak cukup makan atau negara dilanda perang.. Kes bola ni pun kita tak boleh nak tahan sabar.. Macam mana nak hadapi musibah yang lagi besar..? 


Tak malu ke berperangai sebegini..? Oh, mungkin ramai yang takde rasa malu.. Kalau malu, takde la jadi benda macam ni, kan..? Malahan makin ramai yang menyokong atas tindakan merusuh ni. Asal kalah je, merusuh.. Asal tak puas hati je, merusuh.. Nampak sangat jiwa tak tenang.. Jiwa yang rusuh.. Maka rusuh la segalanya..


Aku yang tengokpun malu.. Lagi malu bila baca komen-komen yang ada, yang mambabikan semua pihak termasuk pengadil dan FAM.. 


Aku malas nak buat print screen atau screnshot.. Boleh je baca kat mana-mana laman sosial pasal benda ni.. Boleh je baca komen yang ada dari para cerdik pandai negara... hehh... 


Ataupun boleh tengok video keganasan mereka kat sini.. Kot ya pun nak tunjuk hebat, bukan ini caranya.. Entah-entah polis yang mereka pukul ni salah seorang polis yang membantu mereka ketika banjir dahulu.. Siapa tahu. kan..?


p/s: Aku tengok game Pahang lawan Kelantan... Takpe Pahang.. Lain kali cuba lagi.. Jangan putus asa ya... 

Friday, May 15, 2015

Cili vs Babi...

Assalamu'alaikum...

Cili vs Babi...


Emak-emak zaman dulu, biarpun belajarnya tidak tinggi, walaupun tidak ada degree, malahan ada yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah akibat kesempitan hidup, namun mereka masih berjaya mendidik anak dengan lebih berhemah.. 




Emak-emak zaman sekarang, degree botingkek-tingkek, mencari ilmu merata dunia tapi masih gagal mendidik anak dari menyumpah seranah sesuka hati.. Ataupun, mungkin mereka juga jenis manusia yang sesuka hati memaki sana sini.. Bak kata orang, dah jadi kebiasaan memaki orang depan anak, ataupun memaki anak sendiri, itu yang anak terikut-ikut..


Ini bukan omongan kosong.. Ini adalah realiti kehidupan yang saban hari dihidangkan pada penglihatan kita.. Contohnya, tengok sahajalah apa yang ada kat fb dan sebagainya..


Emak-emak sekarang, nak cubit anakpun takut.. Apatah lagi nak cilikan mulut anak tu.. Aku sendiri pernah sumbat cili merah kat mulut anak sedara.. Peduli apa aku..! Kawan aku pernah tenyeh cili api kat mulut anak perempuan dia yang baru berumur 6 tahun sampai merah mulut budak tu.. Lepas tu, takde dah anak dia sebut perkataan yang tak elok.. 


Melentur buluh biarlah dari rebungnya.. Masalah sekarang adalah orang sekarang tak rajin nak membaca peribahasa zaman dahulu.. Tidak mahu merungkai maksud yang tersembunyi.. Mereka lebih suka kepada peribahasa Inggeris yang nampak lebih 'cerdik' bila menuturkannya.. Aku kalau masuk bab peribahasa Inggeris ni, memang aku fail.. Tak faham aku apa yang cuba disampaikan.. 


Akupun ada masanya menyumpah seranah jugak tapi seingat aku, masa zaman sekolah atau zaman kerja dulu, aku memang takde la nak sebut babi ni semua.. Cuma sekarang ni kadang-kadang terlepas jugak satu dua das perkataan tu..  Ye la, akupun manusia yang tak sempurna jugak.. Ada masa dan ketikanya, hilang sabar jugak.. Tapi macam apa yang doktor tu kata la, menyumpah dalam hati ataupun untuk pendengaran sendiri je... Mencarut tu aku memang tak pandai nak buat.. Dan hairan jugak kenapa orang suka sangat mencarut.. 


p/s: Kadang-kadang dah diajar tapi pengaruh sekeliling lagi kuat.. Itu juga mungkin satu faktor yang mendorong ke arah mulut yang cabul.. 

Thursday, May 14, 2015

Lupakan...

Assalamu'alaikum...

Lupakan...


Lupakan sahaja orang yang menyakitkan hati kita.. 




Untuk apa dikenang lagi.. Buang karan je... 


p/s: Hide-Remove-Block.. Habis cerita...!

Wednesday, May 13, 2015

Aku tak suka tapi orang lain suka je.. hehh...

Assalamu'alaikum...

Aku tak suka tapi orang lain suka je.. hehh...


Al-kisahnya, kelmarin ada sorang jiran datang ke rumah. Dia minta izin nak ambil buah jering ni kat pokok seberang jalan belakang rumah.. Dia kata isteri dia nak masak apa entah.. Lepas tu dia kata lagi; nanti lepas masak, dia hantar la sikit kat kitorang.. Terus je aku dengan abang aku cakap; tak payah hantar.. Bagi je jering mentah tu sikit kat kitorang.. 




Then, aku dengan abang akupun bagilah keizinan kat dia untuk ambil buah jering tu.. Kitorang memang tak ambil kisah dah kat pokok-pokok yang ada kat seberang jalan tu.. Kitorang cuma mintak sikit je buah jering ni untuk tunjukkan kat mak aku.. Ye la, pokok jering ni arwah abah aku dengan mak aku yang tanam.. Walaupun mak aku dah tak makan dah jering ni, aku nak jugak tunjukkan buah ni kat dia.. 


Aku dengan abang akupun sebenarnya tak makan jering ni.. Aku boleh makan tapi aku tak suka nak makan.. Aku lagi suka makan petai jeruk.. hehh... Kitorang cakap kat jiran ni, ikut suka dia la nak buat apa dengan jering tu.. Kalau dia nak jual, jual la.. Itu dah kira rezeki dia.. 


p/s: Moga ada sedikit ganjaran pahala untuk arwah abah yang menanam pokok jering ni.. Aminn..

Tuesday, May 12, 2015

Jangan berurusan jika tiada rasa percaya...

Assalamu'alaikum...


Jangan berurusan jika tiada rasa percaya...


Selama ini, tak pernahpun ada orang yang minta nombor IC aku untuk transfer duit.. Elok je dorang bank in walaupun dari MBB ke CIMB.. 


Hari ni, baru sekejap tadi, ada orang tu mintak nombor IC aku.. Aku tanya kenapa..? Tak percaya kat aku ke..? Dia jawab untuk keselamatan bank sebab dia guna MBB dan aku guna CIMB.. Katanya kalau guna bank yang sama, tak apa.. Aku cakap lagi, orang lain okay je transfer dari MBB ke CIMB.. Takde masalahpun.. Dia jawab, orang tu yakin.. Maknanya dia tak yakin la agaknya..


Jika tak yakin dengan ketelusan aku, baik tak payah buat urusan.. Dan jika tak yakin pada diri sendiri, juga tak payah berurusan dengan orang lain.. Jika betul-betul nak beli barangan aku tu, macam-macam cara boleh bayar.. Boleh aje minta tolong dengan kawan-kawan opis atau adik beradik yang ada akaun bank yang sama dengan aku untuk transfer duit tu.. Yang penting, kena la janji bayar balik duit yang dorang dahulukan tu.. Dan jika kita jujur, orang tak akan teragak-agak untuk membantu.. Itu je kunci dia.. Jujur..!


Jumlah yang dia nak bank in ke akaun aku tu takde la banyak mana.. Dalam RM30 je.. Wajar ke aku bagi nombor IC aku hanya untuk RM30..? Takpe la jika dia tak jadi nak beli barangan aku tu.. Aku boleh open order kepada orang lain.. Aku lagi sayangkan harga IC aku daripada nilai RM30 tu.. IC itu umpama nyawa aku.. Boleh ke aku sesuka hati bagi nyawa aku kat orang yang aku tak kenal..?



Jika ada yang minta nombor handphone, itupun aku tak bagi dengan sewenang-wenangnya.. Jika dah buat transfer, dah ada bukti duit tu dah masuk dalam akaun aku, baru aku bagi gambar resit atau gambar bungkusan sebab kat situ aku ada tulis nombor handphone aku..


Aku yakin pada rezeki Allah.. Jika takde rezeki dengan orang tu, mungkin ada rezeki dengan orang lain.. Yakinlah..! Yang penting, jangan tamak.. 





p/s: Moga Allah lindungi aku daripada segala agenda yang tersembunyi.. Hanya pada Allah aku meminta kerana aku tak tau apa niat yang ada dalam hati orang lain..

Jom sarapan...!

Assalamu'alaikum...

Jom sarapan...!


Pagi ni sarapan berasaskan inti kelapa.. Semua nak disumbat dengan inti kelapa.. Okay la tu inti kelapa.. Kalau kena sumbat dengan selipar, lagi la haru.. ahahaha...




Rajin pulak aku mengebom pagi-pagi macam ni.. Dah la cuaca sejuk baru lepas hujan.. Ikutkan mato nak sambung lolap yoo tapi poghut dah bobunyi, mano buleh nak lolap, kan... Maka, kenalah rajinkan diri mengebom... hehe..




p/s: Korang sarapan apa pagi ni..? Nasi lemak? Nasi goreng? Meh kita kongsi-kongsi cerita meh.. Bukan kongsi sarapan tau.. hehehe..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)