Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, June 11, 2018

DIY: Buat sendiri bekas kuih raya.

Assalamu'alaikum.

DIY: Buat sendiri bekas kuih raya.


Ini adalah empat jenis kuih raya yang aku buat hari tu. Aku sempat buat dua jenis biskut je sebelum soket untuk plug in oven letrik aku buat hal. Lagi dua jenis tu, aku buat kuih goreng. Kiranya rajin juga la aku ni buat homemade kuih raya. Heh.







Mula-mula, botol tu biar kosong je tanpa aksesori. Lepas tu, letak pula bunga sekuntum. Ehh, lepas tu, letak pula mata sepasang. 😱😱😱






Lepas tu, ehh, tukar lagi. Letak pula butang-butang. Dah..! Cukup-cukup la tu. 😂😂😂






Tak payah guna bekas kuih yang kaca tu. 
Kang kok jatuh, abih pocah bodoghai. Hatipun paneh yoo menengok ehh. Baiklah guna aje botol plastik macam ni ha. Jimatpun jimat. Singgit yoo satu botol. Lepas tu, hias la sikit-sikit nak naikkan seri. Jadi laa.. Lagipun, orang bukannya nak makan bekas kuih tu. Orang nak makan isi dalam bekas tu je. Kehkehkeh.


Zaman sekarang ni, semua benda nak kena berjimat cermat. Guna aje la barang yang murah ataupun recycle. Orang 
jobo je yang suka membazir. 


p/s: Jobo = Eksyen, berlagak.
.

Saturday, June 9, 2018

Menu berbuka puasa untuk hari ini.

Assalamu'alaikum.

Menu berbuka puasa untuk hari ini.

Setakat ini, baru sekali je abang aku beli lauk di bazar ramadan. Itupun sebab aku dah kepenatan balik dari bandar. Tak larat nak masak. Hanya mampu masak nasi je. Makanya, aku suruh la abang aku beli lauk di bazar ramadan tu.




Petang ini, aku cuma masak ayam sambal nenas sahaja. Nenas ni buah dari pokok belakang rumah yang patah tengkuknya hari tu. Sebelum ni aku dah masak lemak cili padi nenas tu dengan udang. Ada baki lagi sikit, tu yang aku masukkan dalam sambal ayam ni. Maka, jadilah dia ayam sambal nenas. Haha.





Pisang masak banyak. Boleh la buat jemput-jemput pisang. Selang tiga hari aku buat jemput-jemput ni. Buat sikit je pun. Buat banyak-banyak nanti takut tak habis makan la pula.




Ikan kembung goreng kicap sahur tadipun ada lagi sekerat. Jangan dibuang. Simpan aje dalam peti sejuk dan panaskan balik semula. Hidup kita ini, jangan suka sangat membazir. Janganlah kita jadi kawan setan. Selagi boleh makan, kita makan aje la.




Buah betik  pemberian jiran. Sedap dan manis rasa betik ni. Alhamdulillah.




Malam tadi, tiba-tiba je teringin makan megi. Cakap kat Omak yang aku nak makan megi. Terus Omak aku cakap; bukan elok makan megi ni. Aku cakap kat Omak, dah enam bulan lebih aku tak makan megi. Ya  la. Megi ni aku beli dari hujung tahun lepas lagi. Satu peket yang lima bungkus tu, satupun tak luak lagi yang menandakan kami kat rumah ni bukannya jenis kaki makan megi. Beli buat stok jika teringin nak makan je.





p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah limpahkan. Biarpun sempoi je namun aku tetap bersyukur.
.

Friday, June 8, 2018

Kuih raya keempat 2018.

Assalamu'alaikum.

Kuih raya keempat 2018.

Pagi ini, aku buat kuih maruku pula. Macam yang hari tu juga la, aku gunakan tepung maruku Baba's ni. Mudah dan senang nak buat.


Ikut resepi di belakang bungkusan tu, kena tambah minyak sapi. Tapi kat rumah ni mana la ada stok minyak sapi tu. Makanya, aku gantikan dengan buttercup. Lepas tu, aku masukkan satu sudu makan jintan manis kot, yang wangi tu. Saja la nak bagi kelainan sikit pada rasa maruku ni. 





Jangan dikecam kuali yang hitam takde telinga sebelah tu ya. Banyak jasa kuali ni kat aku. Siapa kecam, maknanya hati dia sama hitam macam kuali tu juga. Kah..! Orang dok kongsi fasal maruku, dia sibuk la dok mengecam kuali kita. Memang sah takde kerja nak buat. Heh.





Kali ini, aku main tekan je acuan tu terus kat kuali. Adunan kali ni agak lembik sikit. Kalau aku tekan acuan tu atas loyang, nanti susah nak angkat masukkan dalam kuali sebab dia melekat. Alhamdulillah, aku takde terkena percikan minyak panas.






Aku adun dua peket tepung maruku Baba's ni dulu. Lagipun, botol plastik tak cukup. Nanti buat banyak-banyak, tak tau kat celah mana aku nak simpan.






p/s: Siap sudah kuih raya aku. Rasanya cukuplah empat jenis biskut dan kuih yang aku buat sendiri. Lagipun, aku dah order kuih bahulu dengan kawan. 
.

Thursday, June 7, 2018

Cara buat dan jahit sarung bantal untuk sofa.

Assalamu'alaikum.

Cara buat dan jahit sarung bantal untuk sofa.

Sarung bantal sofa aku ni, dah bertahun tak berganti. Asyik la basuh dan pakai sarung yang sama. Apa nak buat, bajet nan hado. Maka, pakai aje la selagi dia tak koyak. Heh.


Tapi disebabkan aku ada stok kain yang aku beli dulu, akupun merajinkan jari aku untuk jahitkan sarung yang baru. Kiranya mood tengah baik la tu. Haha.


Bantal sofa aku ni ukuran bantal dia 15 X 15 inci. Maka, ukuran yang aku gunakan untuk buat sarungnya adalah:

1 keping kain 16 X 16 inci
1 keping kain 16 X 14 inci
1 keping kain 16 X 6 inci




Cara nak jahit sarung bantal sofa ni, boleh la rujuk pada setiap gambar yang aku sediakan. Senang je nak jahitnya. Yang penting, jangan gelojoh dan kena banyak bersabar. Siapa yang kurang sabar, memang tak boleh jadi tukang jahit. Heh.


Jahitkan dahulu bahagian tepi kain yang 16 X 6 inci dan cantumkan dengan kain yang 16 X 16 inci. Tengok gambar bawah ni naaa..


  

Lepas tu, jahitkan pula bahagian tepi untuk kain yang berukuran 16 X 14 inci. Bahagian yang kat jari aku tu. Bahagian keliling kena jahit tepi ya untuk elakkan benang kain tu terburai. Lagipun tak cantik la jika tepi tu tak dijahit. Nampak serabut walaupun nanti dia duduk kat bahagian dalam.




Kemudian, tindihkan kain 16 X 14 inci tadi di atas kain yang telah dijahit mula-mula tadi. Jahit keliling ya. Seeloknya, mulakan jahitan dari bawah untuk mengelakkan kain tu terkeluar dari ukuran asal.




Terbalikkan. Dah siap! Jika rajin, boleh la gosok dahulu supaya nampak lagi kemas.




Akhir sekali, bolehlah hiaskan dengan butang dan tali ataupun apa sahaja aksesori yang kita suka. Terpulang pada kreativiti masing-masing la ya.





Sebenarnya, aku jahit sarung bantal sofa yang corak merah ni dulu tapi disebabkan aku tak ambil gambar cara potong kain, maka akupun buatlah pada kain yang corak hijau tu. 







Lebihan kain, aku jahitkan beg ni. Sayang nak biarkan macam tu je. Boleh jugak buat isi beberapa buah novel. Dah jimat dah tak payah beli beg baharu. Orang bukannya tahupun aku gunakan kain yang sama dengan corak sarung bantal tu. Bukannya ramai manapun yang baca blog aku ni. Kah..1





Ini pula lebihan kain corak hijau tu. Aku buatkan beg juga tapi belum siap lagi. Talinya aku tak jahit lagi. Kononnya nak buat ala-ala sling bag la.





Gigih tu pergi jahit tepi tu dengan benang kait. Haha. Mula-mula ingat nak kait kat tepi tu tapi leceh la pula sebab nak kena buat lubang dulu. 




p/s: Aku ni jenis sempoi. Aku pakai je apa yang aku suka. Yang penting, jimat dan tidak membazir. Apa guna beli beg mahal dan branded tapi isi di dalamnya nan hado. Kalau adapun, setakat barang mekap dan handphone je. Ehh..!
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)