Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, November 9, 2012

Nasi lemak kopi O...

Assalamualaikum...

Nasi lemak kopi O...

Nasi lemak satuuuuu.......!!!

Kopi O satuuuuuuuuu.......!!!

Saje je nak kongsikan vc kat bawah ni...
Rancangan Nasi Lemak Kopi O atau NLKO yang disiarkan secara langsung di TV9...
Pagi tadi punya siaran ni..
Sempat rakam sikit je dengan kamera enpon cap ayam aku...
Huhuhu...

Siyesli, aku jarang tengok program ni..
Tapi disebabkan ada Melur Jelita, aku gagahkan jugak melangut kat depan tv..
Ehehh....





Kat dalam vc ni ada perbualan berkaitan novel I Love U, Stupid karya Melur Jelita..
Aku main rakam je ni...
Dan aku olah mengikut cara aku..
Maaf la kalau ada yang tak berkenan...
Ehehh...


p/s: I Love U.... Syyy.......!!! Mana boleh bagitau love siapa... Hehehe...

So sad...

Assalamualaikum..

So sad... 

Kadang-kadang bila aku beri sesuatu pendapat atau nasihat tu, bukan bermaksud aku tunjuk hebat atau berlagak pandai... Aku sedar level aku takat mana.. Aku tau aku berada di takuk yang paling bawah sekali jika nak dibandingkan dengan orang lain.. Aku sedar semua tu...




Cuma bila dalam memberi pandangan tu, adakalanya aku lupa bahawa aku sedang berhadapan dengan manusia hebat.. Dan mungkin kalangan manusia hebat ini tidak senang dengan apa yang aku kemukakan.. Mungkin mereka juga tidak senang dengan kehadiran aku dan mungkin ada yang beranggapan bahawa aku ini hanyalah sekadar penyibuk..

Terpulanglah...
Ada ketikanya aku penat...


p/s: Aku tidak punya harta untuk dijadikan persembahan... So sad...

Jangan...

Assalamualaikum...

Jangan...

"Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu."
(Riwayat Abdullah ibn Humaid)


p/s: Zaman sekarang ni, yang jangan itulah yang dicari-cari, dikejar-kejar sampai dapat... Tak kiralah apa status sekalipun, isteri orang, tunang orang, mak orang, kalau dah suka, akan diusahakan juga untuk mendapatkannya.. Dah jodoh... 
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)