Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, July 24, 2020

Penting sangat ke gadget tu?

Assalamu'alaikum.

Penting sangat ke gadget tu?

Kadang, kalau kita tegur, dimarahnya kita balik. Ada aje alasan yang diberi untuk memenangkan diri sendiri. Katanya, gajet ni keperluan masa terkini. Jadi, kenalah ikut supaya tidak ketinggalan. 




Anak masing-masing, ikut suka mak ayah dorang la nak ajar macam mana. Kalau ditegur, nanti kena kecam balik semula. Lagipun mak ayah dorangpun sama jadi hamba gadget. 


p/s: Sebab tu aku takde handphone yang canggih-canggih ni. Whatsapp pun aku takde sebab handphone aku jenis cokia. Gadget aku cuma laptop aku ni je. 
.

Friday, July 17, 2020

Oh my pokok mulberry..!

Assalamu'alaikum.


Oh my pokok mulberry..!

Ini pokok mulberry aku. Pokoknya kecil sahaja. Jarang sangat berbuah apatah lagi berbuah lebat. Tapi kali ini, aku tengok buah dia banyak la jugak. Mungkin kesan dari letak baja.








p/s: Kadang, tak sempat nak makan buah mulberry ni sebab tupai dah makan dulu. Kalau bukan tupai, mungkin burung. Takpe la. Rezeki dorang. Makan aje la.
.

Thursday, July 16, 2020

Kuih tiram / kuih lidah buaya.

Assalamu'alaikum.


Kuih tiram / kuih lidah buaya.

Projek buat kuih tiram atau kuih lidah buaya ni dah lama. Aku buat masa awal #PKP hari tu. Tapi disebabkan malas ya amat, maka gambarnya tersimpanlah dalam folder di laptop. Hari ni baru aku rajin nak masukkan dalam blog sebab dah banyak sangat gambar dalam laptop aku tu. 😁😁😁 Semua gambar ni aku ambil pada 15/4/2020 hari tu. Sekarang dah 16/7/2020 dah. Dah tiga bulan dah gambar ni aku peram. Haha.






Ini merupakan kali pertama aku cuba buat kuih tiram ni. Dah banyak tahun tertangguh nak buat tapi tak buat-buat jugak sebab rasa tak yakin tu kuat sangat. Lagipun, kuih ni agak leceh nak buat sebab banyak langkah yang perlu diikuti. Akhirnya, tahun 2020 barulah jadi buat. Itupun sebab ada pembantu cilik dua orang tu. Kalau dorang takde, memang tak buat jugak jawabnya. Tapi dia punya excited nak tengok hasilnya tu sangatlah tinggi. Haha.









^
Gulung biar padat dan ketat. Lepas tu, baru potong anggaran seinci.
v


Kena tegakkan macam ni. Lepas tu, baru gelek.


^
Mula-mula, anak buah aku sorang je yang dok gelek tapi lepas tu, sepupu dia nak jugak buat. Terpaksalah aku cari penggelek extra. 
v


^
Bersungguh-sungguh betul dorang tekan penggelek tu. Aku cakap, tekan sikit je. Nanti kalau tekan beria, tangan jadi cepat lenguh.
v


^
Ini yang aku gelek. Gemuk pendek macam tuan dia jugak. Kah..
v

^
Ini yang budak dua orang tu punya kerja. Dah macam bukit apa dah jadinya. Dah la panjang lepas tu nipis pulak. Jenuh nak tarik. Haha.
v

Muka excited dengan hasil tangan masing.masing. 
Terima kasih girls. Nanti tolong lagi ya.











Aku malas nak cari resepi yang aku guna hari tu. Aku letak link ni aje la. Sama aje kot resepinya. Nanti kalau aku rajin dan jumpa resepi tu, aku masukkan balik dalam entri ini. Rasanya aku gunakan resepi yang ini (sila klik).


p/s: Sedap kuih tiram ni tapi tu la, nak membuatnya memang kena ada pembantu.
.

Sunday, July 12, 2020

Cara aku tanam keledek ungu isi oren.

Assalamu'alaikum.

Cara aku tanam keledek ungu isi oren.

Kalau dulu, aku main cucuk je batang keledak tu ke dalam tanah tapi sekarang, aku rendam dulu batang keledek tu. Apabila dah keluar akar yang agak banyak, barulah aku tanam dalam pasu.







Kalau dulu, batang keledek tu aku tanam je panjang-panjang dengan harapan setiap ruas akar tu akan keluarkan ubi. Tapi selalunya, aku punya keledek, ubi tu keluar hanya pada batang yang dicucuk sahaja. Tapi sekarang, aku tanam batang keledek tu pendek-pendek je.





Alhamdulillah, pokok keledek ungu isi oren aku ni dah mula subur dah. Ada dua pasu besar yang aku tanam dengan keledek ni. Setiap pasu tu aku cucukkan dengan empat keratan batang keledek. Harapnya, banyaklah nanti ubi dia. 





Aku tak pasti keledek ungu isi oren ni ambil masa berapa lama untuk keluarkan isi dia. Ada yang kata tiga hingga empat bulan dan ada pulak yang kata empat hingga lima enam bulan. Katanya, bergantung pada jenis keledek jugak. 


p/s: Takpe. Tunggu dan lihat aje la nanti. Semoga Allah panjangkan umur aku dan juga umur pokok keledek aku ni untuk aku lihat dan nikmati hasilnya. Aamiin.
.

Saturday, July 11, 2020

#HoboBag: Saja cuba-cuba.

Assalamu'alaikum.

#Hobobag: Saja cuba-cuba.

Aku saja je cuba-cuba buat hobo bag ni. Sebetulnya, masa ni mood nak mencuba buat sesuatu yang baharu tu sedang datang. Maka, lepas satu, satu aku buat. Malahan, apabila salah buatpun, gigih aku baiki balik semula sebab nak jugak tengok hasilnya macam mana.


Gambar kat bawah ni, sebenarnya aku salah letak pola. Pola tu aku salah tanda pada bahagian lipatan. Apabila dah salah tanda, maka salah jugalah apabila letakkan pola tu atas kain. Masa ni aku tak tahu lagi pola tu salah. Tu yang aku terus je sambung buat kerja tanpa ada rasa bersalah. Haha.






Dah siap potong semua kain, masa nak cantum kain tu baru aku perasan yang aku dah tersalah potong kain tu. Allahu..! Apa lagi, terduduk la sekejap sampai berpeluh-peluh dibuatnya. Haha. Tapi, macam yang aku bagitahu tadi yang aku nak jugak tengok hasilnya, maka aku kuatkan semangat aku. 


Jadi, aku ambil keputusan untuk potong di tengah-tengah kain tu. Kalau nak potong kain yang baharu, rasa sayang pulak dengan kain yang dah tersalah potong tu. Takpe, kita buat dia, kan? 




Dan, beginilah hasilnya hobo bag aku yang tersalah potong tu. Akhirnya, jadi jugak dia beg. Cuma dia punya ukuran tu aku tak sangka pulak besar jadinya. Haha.









Lepas tu, aku buat pulak hobo bag guna peten yang lain pulak. Aku follow video kat bawah ni. Tapi apabila beg tu siap, pun besar gedoboh beg-nya. Haha. Hentam aje la labu...













Sebenarnya, nama beg ni hobo bag atau boho bag? 
Akupun confuse dah haa.. Haha.


Lepas tu, sebab kain ada baki lagi, maka akupun buat pulak tote beg ikut video yang ini pulak.







Dapat la aku tiga buah beg hasil dari tangan sendiri. Walaupun rupanya tidaklah secantik mana namun kepuasan itu tetap ada. Alhamdulillah.


p/s: Kain ada stok lagi ni. Banyak corak yang ada. Tunggu kerajinan tu datang baru aku godek video kat youtube tu. Haha.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)