Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, February 14, 2013

Sebuah rentetan: Tertulis Buat Kita..

Assalamualaikum...

Sebuah rentetan: Tertulis Buat Kita..


Sebuah rentetan:

Pertama kali aku tau akan kewujudan novel Tertulis Buat Kita (TBK) ni adalah hasil daripada sembang-sembang kat satu-satunya grup yang aku lepak sekarang ni iaitu grup Saya Minat Novel (SMN) tu. 


Borak punya borak, maka lahirlah satu pertanyaan.. Aku tanya dorang, takde ke novel yang berkisarkan tentang anggota tentera.. Ya la, dah aku ni anak bekas tentera, nak la jugak baca novel berkaitan dengan anggota keselamatan ni.. Mungkin ada yang akan kata, baca aje la kisah sejarah Leftenan Adnan dan yang lainnya.. Yang itu masa sekolah dah baca.. :)


Lepas tu, ramai pulak yang bagi respon atas pertanyaan aku tu.. Terima kasih yang teramat sangat kat geng yang banyak membantu.. Dorang dah baca novel TBK ni dan dorang kata citer ni best.. Bila dengar macam tu, terus naik keterujaan aku untuk memilikinya.. Tanya punya tanya, takde pulak yang nak jual novel second hand. Ada jugak yang telah menjualnya.. Aduh, kecewa betul masa tu.. Selagi tak dapat, selagi tu hati tak tenteram... ahahh...


Sebuah karya yang menarik daripada Dhiya Zafira..


Atas usaha beberapa orang geng kat SMN tu, dipanjangkan kisah aku yang nak mencari novel ni. Akhirnya ada jugak seorang kawan yang memang nak jual novel TBK ni.. Akupun apa lagi, laju je beri kata putus dan seterusnya novel TBK ini menjadi milik aku.. Terima kasih atas usaha semua geng SMN yang tidak lokek berkongsi info..


Tertulis Buat Kita:

Novel TBK ini mengisahkan tentang seorang anggota komando iaitu Mejar Najmi Hariri (Jimmy) yang ditugaskan untuk menyiasat serta menumpaskan satu sindiket yang beroperasi di utara tanah air yang seterusnya membawa Jimmy ke Langkawi. Bermacam-macam kejadian yang berlaku dalam hidup Jimmy sebelum dia diberikan tugas itu.. Antaranya, dia telah disiksa sehingga ingatannya hilang serta tubuh badannya berparut akibat disebat.


"Kalau boleh melegakan perasaan..., kalau boleh meluputkan semua dendam..., buatlah. Jangan ragu-ragu. Ingat apa yang abang pernah cakap..., dalam situasi macam ni, kalau kita teragak-agak, kita yang akan jadi mangsanya..." - Jimmy


Dalam masa yang sama, Jimmy telah bertemu dengan seorang gadis iaitu Auni Sofina yang amat bencikan tentera. Auni menyalahkan pasukan tentera di atas kematian abangnya. Kehadiran Jimmy ke Langkawi mengingatkan Auni kepada arwah abangnya itu dan Auni mula berdendam dengan Jimmy.. 


"Orang tahu dia tak akan kembali. Tapi orang masih tak nak terima kenyataan tu lagi.." - Auni


Berjayakah Jimmy dalam menjalankan misinya? Apakah Auni akan terus mendendami dan membenci Jimmy serta pasukan tentera? Benarkah Jimmy tidak akan kembali seperti apa yang Auni katakan..? Apa sebenarnya yang berlaku kepada abang Auni hingga mencetuskan kebencian yang teramat kuat terhadap Auni..? Sindiket apakah yang disiasat oleh Jimmy..?


Bagaimanakah kesudahan kisah TBK ini..? Segala-galanya akan terungkai jika anda baca kisah ini sehingga ke noktah yang terakhir.. Maaf la ya, aku tak boleh nak cerita sampai habis.. Kang takde pulak orang nak beli novel ni sebab masing-masing dah tahu jalan cerita.. Apa yang boleh aku katakan, cerita TBK ni memang best. Sentiasa ada debaran yang menanti di setiap muka surat hinggakan tak sabar nak tahu apa kesudahan cerita ini.. 


Kebanyakan novel karya Dhiya Zafira adalah berkisar tentang romantis thriller... 


Lepas baca novel TBK ni, terus aku berminat nak cari dan kumpulkan hasil karya Dhiya Zafira yang lain. Setakat ini aku dah baca tiga buah novel beliau iaitu TBK ini sendiri, Hati Bergetar Rindu dan Rindu Untuk Dia. Aku akan terus berusaha untuk mendapatkan lagi tiga buah novel beliau iaitu Jauh Kau Pergi, Kudamba Bahagia dan Rindu Itu Belum Berhenti..


p/s: Ada masanya rasa bosan jugak jika membaca novel yang berkisarkan tentang kisah anak orang kaya yang mempunyai lebih daripada sebuah kereta mewah, yang kaya melaut atau yang kacak sampai si heroin terkedu melihat kekacakannya.. Itu yang cuba nak tukar genre novel tu.. hehh...


Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)