Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, December 24, 2009

SAYA SAYANG ANDA.....ANDA SAYANG SAYA TAK...???

Assalamualaikum....

Mengekang tabiat merokok

Oleh Shukri Matt Ali
am@hmetro.com.my

BAHAYA merokok tidak hanya membabitkan penghisapnya, tetapi juga mereka yang menyedut asap yang dihembus atau berada dalam lingkungan penghisap rokok.

Apabila merokok sudah menjadi ketagihan di kalangan remaja terutama mereka yang masih bersekolah, bagaimana tindakan ibu bapa untuk menghalang tabiat yang sudah jadi ketagihan itu?

Ikuti 10 perkara berikut yang boleh dijadikan bimbingan sekeluarga:

  • Jadikan diri untuk dicontohi. Ibu bapa yang tidak merokok menjadi model yang kuat bagi anak kerana kajian mendapati anak akan mengikut jejak ibu bapa yang suka merokok.

  • Jadikan rumah sebagai zon tiada asap rokok. Jika anda kaki merokok, mempunyai kawan atau saudara-mara yang merokok, elakkan daripada mendedahkan anak kepada asap rokok.

    Dianggarkan hembusan asap perokok menyebabkan kira-kira 3,400 kematian akibat barah paru-paru dan 22,700 hingga 69,600 kes kematian penyakit jantung setiap tahun dalam kalangan orang dewasa yang tidak merokok di Amerika Syarikat.

    Kanak-kanak akan terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit lelah dan jangkitan telinga manakala bayi pula lebih kepada sindrom kematian kejutan bayi. Kesan buruk asap rokok yang dihidu orang lain adalah serius dan tidak akan berkurangan.

  • Berusaha berhenti merokok. Jika seseorang perokok cuba berhenti merokok, anda tidak sendirian.

    Sebanyak 70 peratus perokok berazam untuk berhenti merokok, tetapi hanya lima peratus yang berjaya berbuat demikian dalam tempoh yang lama.

    Berusahalah untuk berhenti demi kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga. Sokongan ahli keluarga turut membantu kerana apabila mereka berasa betapa sukarnya bagi anda berhenti, ia mungkin mempengaruhi mereka untuk tidak merokok.

  • Jangan merokok di depan anak termasuk dalam kereta. Sejumlah 77.6 peratus rakyat Amerika Syarikat tidak menghisap rokok dalam kenderaan ketika bersama keluarga.

    Tindakan sedemikian menjadikan kereta sebagai zon bebas asap rokok dan akan melindungi penumpang termasuk anak.

  • Mendidik anak supaya tidak terpengaruh dengan iklan media. Satu cara ialah mengurangkan pendedahan anak terhadap iklan rokok menerusi televisyen.

    Satu laporan Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat merumuskan iklan merokok dalam filem menyebabkan remaja mula merokok dan filem berkaitan remaja pula mendorong kira-kira 200,000 remaja menjadi perokok baru setiap tahun.

  • Maklumkan kepada anak mengenai risiko kesihatan akibat merokok. Ibu bapa perlu memaklumkan kepada anak remaja atau dewasa mereka merokok akan memberi kesan terhadap keupayaan mereka termasuk kesan negatif dalam jangka panjang terhadap kesihatan dan penampilan diri.

  • Kenali rakan anak. Dorongan rakan sebaya adalah faktor kuat yang mempengaruhi tindakan remaja untuk merokok, minum alkohol dan mengambil dadah. Ibu bapa perlu tahu jika anak berkawan dengan mereka yang merokok. Galakkan mereka menjadi model tidak merokok agar dapat diikuti rakan sebaya dan anak lain dalam keluarga.

  • Dengar dengan teliti pandangan anak. Apabila ibu bapa mewujudkan suasana dalam rumah yang mendorong perbincangan dan perbahasan sesuatu topik, ia membolehkan anak belajar dan memahami fakta, berdepan dan menyelesai masalah supaya mereka dapat hidup bebas daripada rokok.

  • Bina kemahiran membuat keputusan awal. Menerusi amalan membuat keputusan sejak peringkat awal, anak akan berupaya membuat pilihan bijak apabila berdepan dengan perkara yang penting seperti merokok.

  • Beri dorongan kepada mereka untuk segera berhenti merokok. Manusia boleh menambah jangka hayat mereka tanpa perlu merokok. Berhenti merokok juga adalah keputusan yang dapat menyelamatkan nyawa. Bukan mudah berbuat demikian, tetapi setiap langkah percubaan untuk berhenti merokok perlu dianggap sebagai suatu kejayaan.

  • p/s: Orang lelaki selalu berkata, dia lebih rela putus cinta daripada putus rokok. Nampak gayanya, dia lebih sayangkan rokok dari menyayangi dirinya sendiri. Adakah anda rasa dia sayangkan anda sebagaimana dia sayangkan status sebagai perokok tegar itu..??

    (Family aku ramai yang merokok.... Naik pening kepala aku dengan bau asap rokok ni... Camne la gamaknya kalau dapat laki kuat merokok... Pengsan denn.....CPR pelissss....huhuhu....)
    .
    Next Post Previous Post Home

    Renungan bersama...

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

    "Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)