Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, March 18, 2013

Mengintai Anak Teruna Makcik Rahimah..

Assalamualaikum...

Mengintai Anak Teruna Makcik Rahimah..


Novel Anak Teruna Makcik Rahimah (ATMR) ini merupakan karya sulung Sakeena yang diterbitkan oleh Jemari Seni. Novel ni baru je sampai kat tangan aku petang semalam.. Aku terkejut dengan kehadiran 'double' copy untuk bungkusan novel kali ni tapi yang ni aku dah call dan mesej kat pihak yang berkenaan.. Lepas tu, barulah aku rasa lega untuk membaca kisah anak teruna ni.. hehh... 


Novel Anak Teruna Makcik Rahimah ini berharga RM20 untuk Semenanjung dan RM23 untuk Sabah/Sarawak dengan ketebalan 489 muka surat..


Novel ini mengisahkan tentang seorang engineer iaitu Ain Zahra dan seorang doktor iaitu Amr Waseem. Kedua-dua mereka bekerja di hospital yang sama, cuma berlainan department sahaja.


Pertemuan mereka bermula apabila Ain dengan tidak sengaja telah terlanggar dengan Waseem dan menyebabkan air kopi di tangan Waseem tertumpah ke atas pakaiannya.. 


"Awak kotorkan baju saya, tau tak..?" - Waseem


Sejak hari tu, kemana-mana sahaja Ain pergi, pasti akan kelihatan wajah Waseem seolah-olah Waseem mengekori segala gerak langkah Ain.. Sampaikan masa camping anjuran department Ain tu pun Waseem ikut serta.. hehh.. Selepas itu, bermulalah episod Waseem mengayat Ain.. Masa ni best, Walla...!!! 


"Dah la pasang khemah sebelah orang, entah siapa yang bagi kebenaran entah.." - Ain


Cerita di dalam novel ini seakan hidup apabila seluruh keluarga kedua-dua Ain dan Waseem memainkan peranan masing-masing.. Sehinggalah Makcik Rahimah meminang Ain untuk anak terunanya ketika Ain menunaikan umrah di Mekah.. Masa tu, Ain sendiri tidak tau siapa sebenarnya tunang dia.. Jalan cerita menjadi semakin menarik serta sengal selepas Ain menjadi tunangan Waseem.. Gelak guling-guling aku dibuatnya... hehehe...


Masa mula-mula baca novel ATMR ni, aku segera teringatkan watak Firman di dalam ILUS karya Melur Jelita dan watak Joe Jambul di dalam Sweet Sour karya Nasz.. Kedua-dua watak ini seolah-olah digabungkan untuk menjadi watak Waseem.. Bahasa dan juga olahan dalam ATMR ni sempoi je. Tak perlu nak kerut-kerut dahi sangat fikir konflik itu-ini.. ehehh... Dan memandangkan kedua-dua watak bekerja di hospital, maka ada sedikit info diselitkan sekali di dalamnya.. 


Ain akhirnya berkahwin juga dengan Waseem. Ain masih tidak boleh terima Waseem kerana ada satu perkara yang menghalang hatinya untuk jatuh cinta dengan suaminya itu. SedangkanWaseem benar-benar sayangkan dia tetapi dalam masa yang sama masih lagi bersabar dengan penolakan dari Ain.. Kalau nak tau kenapa Ain jadi begitu, kenalah beli dulu novel Anak Teruna Makcik Rahimah ni.. hehehe.. Tak best la kalau sampai ending diapun aku nak habaq mai kat hang.. kannnn... kehkehkeh...


"Stop loving me or you'll suffer..." - Ain


Sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku ke atas Waseem sewaktu dia menyertai misi bantuan kemanusiaan di Kemboja.. Ketika inilah baru Ain menyedari yang dia dah mula sayangkan suaminya itu. Namun semuanya sudah terlambat apabila Waseem dikhuatiri lemas di dalam tasik kerana cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak yang tergelincir.. Masa ni airmata aku meleleh dah... huhuhu...


"Kalau abang tak balik macam mana..? Boleh ke Ain hidup sorang..? Kalau betul abang pergi tak balik-balik..?" - Waseem


Bagaimanakah kesudahan kisah ini..? Apakah yang sebenarnya terjadi kepada Waseem..? Dapatkah Ain terima kehilangan suami yang mula dicintainya itu..? Segala jawapan ada di dalam novel Anak Teruna Makcik Rahimah.. So, apa tunggu lagi... Pergilah cari cepat sebelum dia hilang keterunaannya.. muahahaha... tett...!!!


Dalam novel ini jugak terdapat beberapa pesanan serta ilmu yang boleh kita garap serta serapkan di dalam kehidupan seharian kita.. Tahniah untuk penulis novel ini kerana berjaya menghasilkan sebuah novel sengal tapi berinformasi.. hehh..


p/s: Bila baca novel santai dengan gaya bahasa yang bersahaja macam ni, kepala yang ting tong terus jadi okay... hehe...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)