Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, May 6, 2011

Teringin, tapi takut...

Assalamualaikum...

Teringin, tapi takut...

Korang pernah tak alami situasi sebegini...? Ye la, kadang-kadang korang teringin sangat nak buat sesuatu benda tu, ataupun teringin nak kemana-mana secara solo, tapi korang takut untuk melakukannya. Macam-macam benda yang difikirkan sehingga kadang-kadang ianya membataskan ataupun membantutkan segala keinginan tersebut.

Aku ni ada jugak keinginan untuk melakukan sesuatu perkara tu. Tapi dek kerana takut, maka segalanya hanya tinggal kenangan je la.. Ehh, bukan tinggal kenangan, tapi tinggal angan-angan... hahaha..

Aku teringin sangat nak naik kapalterbang. Bila tengok kapalterbang je, mesti cakap dalam hati, bila la aku dapat naik ko ehh... Sadis sungguh. Dah tua camni pun masih lagi takut nak naik kapalterbang. Sepupu aku ada cakap hari tu, dia kata mula-mula je rasa takut, lama-lama nanti hilang la rasa takut tu dan jadi ketagih pulak nak naik kapalterbang. Ya ke camtu...? Kalau sampai ketagih, habis la aku. Kat sini mana ada kapalterbang. Kapalterbang kertas ada la... kehkehkeh...

Pastu aku teringin nak naik gelaider tu. Wahhh, tak memadan. Nak naik gelaider cam orang putih selalu buat tu.. hahaha... Kat belakang rumah ni ada bukit yang dipenuhi dengan tanaman kelapa sawit. Alangkan seronoknya kalau dapat terbang melayang-layang melintasi rimbunan pokok-pokok sawit tu kan.. Pastu terus je landing kat depan rumah.. =))

Dua hari lepas ada jiran yang duduk Cheras datang singgah rumah aku ni dengan anak-anak dia. Aku memang dah biasa dah dengan dorang ni sebab dulu dorangpun pernah tinggal kat sini jugak. Borak punya borak,  anak diapun ajak la aku ikut trip melancong. Dorang ni dah biasa dah dalam bab melancong ikut pakej ni. Hujung tahun lepas makcik tu dengan anak dia melancong ke Eropah. Lepas tu ke Beijing la, Vietnam la. Tu yang dorang ajak aku tu. Seronok je aku dengar sampai tak tertelan air liur dibuatnya.

Anak makcik tu cakap, kalau aku nak ikut dia melancong, bagitau je. Kalau aku risaukan mak aku, dia suruh mak aku duduk rumah mak dia. Boleh la mak aku menyembang dengan mak dia tu. Nampak keikhlasan dorang tu mengajak aku. Mungkin dorang kesian tengok aku yang dok terperap je kat rumah ni. Kalau diikutkan hati, memang la teringin. Tapi disebabkan ada sedikit perasaan takut tu, keinginan tu tiba-tiba je mati kat situ. Hmmm... Kalau selalu macam ni alamatnya tak kemana-mana la aku ni. Tak merasa la nak flying like a bird.

Macam yang aku cakap tadi, aku takut nak naik kapalterbang. Habis tu camner nak ke tempat yang dorang sebut tadi tu..? Ishhh... kalau dah takut tu, benda yang kecikpun boleh jadi besar. Benda yang sebenarnya mudah, nampak susah. Payah betul nak bina keyakinan diri. Mungkin sebab tu la aku ni mudah sangat mengalah sebelum berjuang... huhuhu.

Mungkin perkara pertama yang perlu aku buat bagi mengatasi masalah takut pada ketinggian ni adalah dengan memanjat pokok rambutan. Ataupun panjat bumbung rumah, tampal mana yang bocor. Aku ni nak panjat kerusi pun kadang-kadang baca Bismillah sampai sepuluh kali... hehehe... Takde maknanya nak panjat pokok bagai haiihh.. Peluk pokok tu boleh la... ahakk.

p/s: Teringin tapi takut = kensel.. 
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)