Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, March 11, 2012

Tukar cara bakar... :)

Assalamualaikum...

Tukar cara bakar... :)

Kawan-kawan...
Makcik-makcik...
Adik-adik....
Kakak-kakak...
Semua sekali laaa... hahaha...

Mari-mari sini kawe nok ghoyak sikik deh.... 

Gini...
Sebenarnya aku baru je siap membakar kek mentega ni haa.. Biasanya aku bakar kat dalam oven.. Namun disebabkan aku malas nak keluarkan segala isi macam yang ada kat dalam oven tu, maka akupun keluarkan la acuan yang dah lama terperap kat dalam kabinet dapur aku tu..




Gini...
Sebenarnya acuan tu dah berzaman aku beli iaitu sewaktu aku bekerja kat Johor dulu.. Masa tu aku beli kat bas stand Larkin.. Kat bahagian atas tu kan ada macam-macam kedai, so, aku beli ni dengan oven letrik yang bulat tu kat situ la.. Sajo ja kawe nok ghoyak.. ehehhh...





Gini...
Kiranya malam ni aku nak mencuba la bakar kek biasa atas dapur dengan menggunakan acuan ni. Selalunya aku gunakan acuan ni untuk membakar kek sarang semut/span. Namun disebabkan hari tu kek sarang semut/span aku tu tak menjadi, maka aku givap la sekejap nak gunakan acuan ni.. Ada ke buat kek sarang semut tapi takde lubang untuk semut tu menyorok... Marah la semut tu, kannnn... ekekekeke...




Gini...
Aku buat kek ni sebab adik aku ada balik. Lagipun dah agak lama aku tak main masak-masak ni.. Lepas je siap mengadun tadi, anak buah yang kecil tu tanya, indok masak apa...? Aku jawab acuh tak acuh je.. Saje je nak buli dia.. Aku jawab, masak kek laa.. Then, dia tanya lagi, kek apa...? Aku jawab lagi macam nak tak nak je, kek biasa je.. Pastu diapun dok mmmmm panjang... Geram la tu sebab mungkin dia ingat aku buat biskut atau cookies macam hari tu... hehehehe...




Gini...
Bakar atas dapur sekejap je dah masak jika nak dibandingkan bakar dalam oven.. Dalam setengah jam je dah masak dah.. Kalau dalam oven, mau dekat sejam baru masak.. Mula-mula tu api agak besar sikit.. Maklum la, dapur baru.. Lepas tu baru la aku adjust sikit bagi kecil sikit api tu.. Sebab tu macam berkerak sikit kat bahagian tepi tu, kan...

p/s: Aku keluarkan dua buku butter... Ada sebuku lagi kat atas meja tu.. Nak buat kek or cookies...?
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)