Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, December 27, 2018

Cara mudah jahit cadar dan sarung bantal untuk katil bujang.

Assalamu'alaikum.

Cara mudah jahit cadar dan sarung bantal untuk katil bujang.


Phewww...!! Seharian ini, gigih aku buat kerja berkaitan dengan jahitan. Pagi tu, aku buka semula jahitan pada langsir sliding door ni. Langsir ni kakak aku yang bagi kat aku. Tak tahulah siapa yang jahit sebab jahitannya sangat tidak kemas. Kain ni jenis kain jersey dan ia bergetah. Jadinya, jahitan tu jadi rapat sangat.




Penat menetas jahitan, aku ketepikan dahulu langsir sliding door tadi. Renyah oii nak buka semula jahitan ni. Sebelum mood aku jatuh merudum, baiklah aku letak ke tepi dahulu. Haha.


Lepas tu, tiba-tiba je mood rajin aku datang untuk cuba buat sendiri cadar tilam yang ada getah tu. Gigih tu pi selongkar kain yang aku beli dahulu yang aku simpan dalam storage box. Punyalah bersemangat. Haha.


Maka, bermulalah sessi memotong kain untuk buat cadar dan sarung bantal untuk katil bujang yang ada di bilik jahitan aku ni. Aku cuma ambil ukuran secara kasar je dengan berpandukan pada cadar dan sarung bantal yang dah siap. Kain yang aku gunakan ialah bidang 45 inci.


Lipat dua kain dan letak je sarung bantal yang sudah diterbalikkan dahulu atas kain tu dan potong. Bahagian atas tu kena sambung sebab tak cukup panjang.


Ukuran untuk panjang cadar ni adalah 2 meter 7 inci. Semuanya 85 inci. Nak senang potong, ukuran tu bahagikan dua (85 inci bahagi 2 = 42.5 inci) dan lipat dua kain tu ikut ira kain (memanjang). Lepas tu, potonglah kain tu. Takde la kita terkangkang-kangkang nak pi ukur kain yang panjang tu. 

[Yang dalam storage box besar sana tu koleksi novel aku. 
Siapa nak beli novel preloved, boleh la hantar mesej kat inbox fb aku. Sempat lagi tu promot. Haha]


 ^
Dah siap potong, lipat serong setiap bucu dan tandakan dalam 7 inci seperti dalam gambar dan jahit. Jarak dari lipatan tu ialah 1/2 inci. Aku takde potong-potong macam sesetengah cadar tu. Yang aku buat ni sebagai percubaan sahaja.
v

Gunting lebihan kain tadi.


Jahit tepi keliling sarung bantal dan cadar. Takde la susah nak kena kelepet. Kalau tak jahit tepi, takut nanti berbulu.


Tandakan 12 inci dari jahitan pada bucu tadi. Nanti nak letak getah kat sini.


^
Potong getah lebar 1/2 inci sepanjang 11 inci dan tandakan di tengahnya.
v



^
Penitikan setiap bahagian yang ditanda tadi.
v



 ^
Jahit dahulu pada bahagian yang dipenitikan tadi dan selepas itu, terus je jahit bermula dari tepi. Sambil jahit, sambil tarik getah tu. 
v
^
Cara jahit lebih kurang sama macam kita jahit getah pada hujung lengan baju.
v



Akhir sekali, boleh la jahit keliling cadar tadi. Basi jahitan dalam 1/2 inci.


 Cara jahit sarung bantal, ikut je contoh sarung bantal siap tu. Tak payah nak pening-peningkan kepala aihh..


 ^
Alhamdulillah. Siap sudah sarung bantal dan cadar untuk katil bujang kat dalam bilik jahit aku ni.
v


Sebenarnya, dah bertahun aku nak cuba jahit sendiri sarung bantal dan cadar bergetah macam ni tapi asyiklah bertangguh je. Apabila dah siap ni, ehh, rasa macam senang jugak membuatnya. Cuma kena lebihkan kreativiti dan kekemasan jahitan. Pertama kali buat, banyaklah yang kurang cantik. Maklum la, aku bukannya tukang jahit profesional. Aku sekadar tukang jahit kampung je. 


Mungkin lepas ni boleh beli kain cotton yang berkualiti sikit. Barulah nampak macam cadar beli. Kehkehkeh. Yang ni aku cuma gunakan kain cotton yang murah tu je. Jadilah sebagai percubaan.


p/s: Aku letakkan link ni kat sini untuk rujukan aku di masa akan datang. Manalah tahu lepas ni nak ambil tempahan jahit set cadar pulak, kan.. Nanti boleh la jahit lagi kemas dan elok. Apapun, terima kasih atas perkongsian.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)