Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, July 30, 2022

Rombongan sempena Hari Koperasi Negara 2022 di MIECC.

Assalamu'alaikum.

Rombongan sempena Hari Koperasi Negara 2022 di MIECC.


Semalam, aku ikut rombongan pergi ke MIECC, The Mines, Sri Kembangan sempena dengan berlangsungnya program Hari Koperasi Negara 2022. 

Bas kami bergerak dalam pukul 8.45 pagi. Berhenti sekejap di masjid Raub sebab ada yang nak ke tandas. Lepas tu, dalam pukul 11 pagi, berhenti pula di hentian rehat Gombak untuk sarapan dan ada urusan tandas. 😁😁😁 Aku tak makanpun kat sini sebab aku ada bawa bekal nasi dengan lauk ayam goreng dan air susu panas dalam termos. Dalam bas, baru aku buka bekal dan makan. Alhamdulillah. 🥰🥰🥰










Tengah buka bekal. Tak sedar masa bila orang depan ni ambil gambar. Haha.






Dah sampai, kita ambil gambar dulu ya.. Baru la ada bukti pergi rombongan. Kah...! Kitorang sampai dalam pukul 12 lebih tapi disebabkan bas tersalah jalan, kena pusing-pusing dulu. Kebetulan, hujanpun dah mula turun. Huhu.









Aku nak cari booth B202 iaitu booth Kopsah yang menjual keropok dari Terengganu. Aku nak beli keropok lekor je. Aku dah tengok promo dorang kat facebook. Tu yang aku nak beli tu sebabnya keropok tu asli dari Terengganu. Aku beli tiga bungkus keropok lekor original. Sebungkus RM15. Katanya yang harga ni banyak ikan. Ada sejenis lagi tu sebungkus RM12 tapi ikan dia kurang. Itu kata dorang la. Aku takde pulak ambil gambar booth tu. Korang cari je la booth nombor B202 tu.



Jalan-jalan melihat booth yang ada. Aku beli keropok lekor goreng 8 ketul RM5. Boleh la kunyah untuk alas perut. 😁😁😁






















Okay, habis dah kat MIECC ni. Sekarang nak balik dah. Bas kami bergerak keluar dari perkarangan MIECC dalam pukul 4 petang. Sepatutnya, pukul 5 petang baru balik tapi kami minta balik awal sebab kononnya tak nak sangkut dengan jammed. Maklum la, hari Jumaat, kan.




Kami solat jamak Zohor dan Asar di hentian rehat Genting Sempah. Lepas solat, beli la buah berangan dan keledek kukus di gerai yang ada di situ. Keluar je dari kawasan Genting Sempah tu, jalan dah mula jammed teruk. Panjang dan lama oii kami terperangkap sampai area Selesa Holmes tu pun tak settle lagi. Rupanya kat depan sana ada kemalangan. Sebelum tu pun dah ada beberapa buah lori yang rosak di tepi jalan. 




Kami singgah di masjid Raub untuk solat jamak Maghrib dan Isyak pula. Masa ni ada ceramah dari Dato Badlishah. Tak boleh la nak dengar sebab nak teruskan perjalanan. Lebih kurang pukul 10 malam baru aku sampai rumah. Alhamdulillah.

 

Jika ada rezeki umur yang panjang dan rezeki badan yang sihat dan kuat, lain kali boleh la pergi lagi tapi lokasinya tak tau di mana. 😊

Korang yang belum pergi tu, boleh la pergi untuk memeriahkan hari koperasi ni. Banyak booth yang ada. Korang bawak je la duit secukupnya. 🤭🤭🤭 Nanti takut menyesal pulak tak beli apa-apa. Event ni masih lagi berlangsung sampai esok (Ahad).

Support jugak la booth koperasi sekolah yang ada kat situ. Aku singgah di dua booth je. Ada yang jual buah jambu batu dan mangga dalam cup. Satu cup cuma RM3. Ada juga koperasi sekolah yang jual sotong kering dan barangan hasil dari laut termasuk ikan bilis dan udang kering. Sepeket sotong kering tu RM6 je. Mana-mana tiga peket, RM15. Support la murid-murid tu berniaga. Bagi semangat kat dorang biar ada minat untuk berniaga di masa hadapan. Aku tak ingat koperasi sekolah apa. Gambarpun lupa nak ambil. Maaf ya adik-adik. Acik lupo tekau. 😁😁😁

p/s: Simpan semua cerita, gambar dan video kat sini sebagai kenang-kenangan. 🥰🥰🥰

.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)