Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, May 16, 2011

Kurang ajar punya komen..!!

Assalamualaikum...

Kurang ajar punya komen..!!

Kalau tak ikhlas nak komen, tak payah la komen...

Kadang-kadang memang seronok berbalas-balas komen kat fesbuk ni. Namun ada ketikanya menimbulkan kejelekan bila tengok komen yang berbau sumpah seranah ataupun menjatuhkan maruah sesama insan. 

Ada orang yang memang ikhlas datang mengomen untuk bertegur-sapa. Ada juga yang mengomen dengan niat-niat tertentu yang hanya dia sahaja yang tahu kenapa komen sebegitu yang ditinggalkan. Terpulanglah pada nawaitu masing-masing..

Baru-baru ni aku ternampak komen seorang mamat (mungkin dia kawan anak sedara aku), yang aku rasakan sangat kurang ajar serta biadap..! Kalau nak diikutkan rasa hati aku yang tiba-tiba je panas, mahu aje aku balas balik komen mamat tu. Namun bila memikirkan bahawa banyak mata yang akan memandang, aku diamkan sahaja. Namun dalam hati aku menyumpah-nyumpah mamat tu. Tak pasal-pasal je aku dapat saham.. 

Anak sedara aku cuma letakkan status yang berbunyi begini:

Esok nak gerak dah. Kalau ada salah silap, aku minta maaf banyak-banyak. Jika panjang umur, kita jumpa lagi.

Entah kenapa, mamat tu tinggalkan komen macam ni kat status tu:

Ko nak pergi mati ke..?

Berderau darah aku..! Tambahan keesokannya anak sedara aku tu nak balik ke sini. Lagilah dupdapdupdap jantung aku takut jadi apa-apa kat dia. Selagi dia tak sampai ke rumah, selagi itulah jantung aku berdebar-debar. Aku bayangkan perjalanan jauh antara BP ke sini yang terpaksa dia lalui. Macam-macam boleh terjadi. Hanya kerana komen sebegitu menyebabkan aku tak tentu arah. Namun, bila terdengar je suara dia dah sampai kat depan pintu, terus aku lega dan meraup wajah tanda kesyukuran.

Persoalan aku, perlukah kita tinggalkan komen berbentuk biadap sebegitu? Andaikata berlaku sesuatu yang tidak diingini, tidakkah timbul rasa menyesal kerana memberikan komen buruk tu? Itu bukan bergurau. Itu kurang ajar..! Bapak segala kurang ajar...! Fikirlah sikit perasaan ibu bapa serta keluarga yang melihat komen negatif sebegitu. Nak kata budak kecik, dah boleh jadi bapak ayam dah. Nak kata tak sekolah, dah graduate dah. 

Nasihat aku, kalau tak nak komen, tak payah komen. Tak perlulah terhegeh-hegeh masuk wall orang dan tinggalkan komen kurang ajar macam tu. Orang berfesbuk untuk release tension dengan gelak ketawa serta mencari info/ilmu jika ada. Awak berfesbuk untuk apa?

p/s: Kadang-kadang naik loya pulak bila tengok status berserta komen pelat-pelat ni. Rasa macam nak gunting je lidah dorang.. 
Puker 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)