Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, September 27, 2011

Cara murah dan mudah redakan atau hilangkan sakit tekak...

Assalamualaikum..

Cara murah dan mudah redakan atau hilangkan sakit tekak...

Sekarang ni cuaca tak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Selalunya cuaca sebegini akan menyebabkan kita mudah mendapat selsema yang diikuti dengan sakit tekak dan batuk. 

Baru-baru ni aku juga turut terkena virus selsema dan sakit tekak ni dan juga batuk yang memeritkan. Puas la dok sreett sana, sreett sini namun tidak jugak pergi klinik even klinik tu dekat je dari rumah. Kepalapun pening jugak sekejap tapi aku takdepun makan pil atau ubat demam, apatah lagi panadol. Selagi aku boleh tahan, aku akan tahan sampaikan mak aku dah mula bagi ceramah percuma.. :-)

Poie la klinik gak ehh.. Buleh pulak tahan-tahan sakit tu...

Takde maknanya aku nak pergi klinik tu. Terus je aku teringat satu petua yang diberikan oleh arwah ustazah aku sewaktu di zaman persekolahan dulu. Sempat lagi tu imbas kembali.... Apapun, Al-Fatihah untuk arwah...

Petuanya ialah:
**Ambil dua sudu nasi dan masukkan ke dalam gelas. Lepas tu, masukkan air kosong/masak. Kemudian, minumlah air rendaman nasi tadi seperti minum air kosong. Jika air dalam gelas tu dah habis, boleh tambah lagi airnya. Nasi yang berendam tu tak akan berbau jika kita masak nasi tu dengan betul. Minumlah berulang kali sehingga sakit tekak berkurangan.. 

Coughing

Aku hari tu dalam dua hari je dah okay dah sakit tekak aku dan selsema akupun turut hilang bersama hilangnya sakit tekak tu. Apa yang penting, jangan biarkan sakit tekak tu dah teruk baru nak cari penawar. Seeloknya, bila dah terasa sakit sikit-sikit tu, terus je minum air rendaman nasi ni.. Takde la ambil masa yang lama untuk recover. Dan inilah petua yang selalu aku amalkan. Lagipun bukannya bagus minum ubat batuk ni, ya tak..? Takut nanti addicted lak..

Kalau ada anak-anak kecil sekitar umur 4-5 tahun yang penakut atau coleh nak minum ubat, boleh la cuba bagi air rendaman nasi ni kat dorang dengan syarat jangan la bagi dorang nampak nasi yang berendam tu. Kang takut pulak dorang nak minum. Budak-budak la katakan.. Sebaiknya, asingkan air tu dan jika takut dorang terasa lain je air tu, campurkan sedikit dengan jus sirap atau jus apa aje sebagai cover rasa nasi tu..

Ni merupakan pengalaman aku la. Tak tau la samada petua ni menjadi atau tidak kat orang lain. Selalunya dalam tiga hari dah okay dah sakit tekak tu.. Tapi tak salah untuk mencuba, kan.. Kalau dah dua tiga hari minum air rendaman nasi ni dan masih tak okay lagi tekak tu, boleh la pergi klinik..

p/s: Kalau sakit tekak atau batuk disebabkan merokok smoking coughing sick smiley, itu dah takde ubatnya dah melainkan stop being a smokers.. Kalau tak nak berhenti jugak, pokok dek ekau la haaiihh...

Monday, September 26, 2011

Sekitar Karnival IKTIRAF...

Assalamualaikum...

Sekitar Karnival IKTIRAF...

Petang Jumaat bersamaan dengan 23/9/2011 hingga Ahad 25/9/2011, berlangsung satu expo yang dinamakan Karnival IKTIRAF. Mungkin dinamakan iktiraf sempena memberi pengiktirafan kepada mana-mana pihak atau agensi tertentu di atas kejayaan yang mereka perolehi.. **Aku tak berapa rajin nak menggugel.. Siapa yang rajin, silakan.. :D

Aku pergi la jenguk sekejap pada petang Sabtu dan Ahad tu. Hari Sabtu, cuaca okay, panas terik masa aku pergi. Manakala semalam (Ahad), hujan selebat-lebatnya turun waktu aku dah get ready nak keluar. Maka terpaksa la tangguhkan sehingga hujan berhenti atau reda sedikit. Lepas tu, barulah aku pergi dengan berjalan kaki bersama dengan kakak sebelah rumah ni haa.. Gigih tu nak meraikan jamuan hari raya bersama YB kat padang... kehkehkeh... Takde la, aku saja je pergi. Lagipun kat rumah takde apa nak buat. Dan kebetulan, kakak sebelah rumah dah ajak dulu. So, carry on je la.. ehehh...

Layan gambar je la ehh.. Dan seperti biasa, ni la gambar yang terhasil daripada kamera enpon cap ayam dan juga tukang ambil gambar yang malas nak bergerak. Main snap dari tempat duduk je.. Main zoom-in je, tu yang gambar makin kelabu tu... kehkehkeh..


Budak-budak paling seronok sebab dapat main air hujan... Siap ada yang 'memancut' lagi kat lopak tu... hakhakhak..


Acara untuk mak budak... Bukan mak budak jadi tukang ambil gambar je.. :P


Jangan dibuat gulai kelapa tu dah la yaa.. Pening siapa yang makan gulai tu nanti... ahaha...


Ya betul... :-)


Kanak-kanak ribena.. Siapa yang pelats tu boleh la join budak-budak ni.. ahakk...


Futsal di tengah padang, di tengah panas dan berlengas.. =))


Kecik-kecik dah di ajar tengok wayang.. Bila dah besar jadi kaki panggung.. Isshhh3...


Hujan rahmat... Amin...


Battle of The Band mendengar taklimat.. Aku tak tengokpun persembahan dorang. Pekak telinga dengan bunyi yang kuat ni... Aku layan lagu yang soft je.. ;)

Okay la, ini saja untuk kali ini.. Sekian laporan daripada TV Tak Bernama... muahahaha...

p/s: Jamuan hari raya bersama YB tapi mana gambar YB-nya..? Itu kena cari dalam suratkhabar la... haha...

Friday, September 23, 2011

How many grams in a cup..? Satu cawan berapa gram..?

Assalamualaikum...

How many grams in a cup..? Satu cawan berapa gram..?

Entry copy and paste dari SINI... Khas untuk mereka yang suka memasak kek - biskut - muffin atau apa saja masakan yang menggunakan kiraan atau sukatan gram.. Kadang-kadang ada orang yang suka gunakan cawan daripada nak kena timbang-timbang ni.. Kalau akupun suka gunakan cawan sebab nampak lebih mudah, main kaut je.. Takde la terkebil-kebil biji mata nak tengok jarum penimbang tu.. hahaha.. Buatnya jarum tu sewel atau tak berapa nak tepat, lagi la haru.. Dah la aku ni fail matematik... huhu..

Answer:
It depends what you have in the cup: A cup is a measure of volume, but a gram is a measure of mass.

Depending on the density of the material you are going to have in the cup, the weight in grams of the material will vary. For example, if you fill the cup with lead, the cup will weigh much more than if you fill with feathers.

This question would be similar to asking how much a 6-foot person weighs. It depends on the person, of course. A cup of water will weigh more than a cup of flour.

For cooking, you can find tables that convert cups to grams and vice versa for a variety of food. Below is a link with a table for standard cooking ingredients. Make sure you look carefully and scroll down to find the correct conversion table specific ingredient you are using! The conversion is different for each ingredient!


Here are a few common foods and their conversion from cups to grams (notice how much the weight varies!):
Granulated sugar: 1 cup = 200 grams
Brown sugar: 1 cup, packed = 220 grams
Sifted white flour: 1 cup = 125 grams
White rice, uncooked: 1 cup = 185 grams
White rice, cooked: 1 cup = 175 grams
Butter: 1 cup = 227 grams
Almonds, slivered: 1 cup = 108 grams
Oil: 1 cup = 224 grams
Maple syrup: 1 cup = 322 grams
Milk, non-fat: 1 cup = 245 grams
Milk, sweetened condensed: 306 grams
Broccoli, flowerets: 1 cup = 71 grams
Raisins: 1 cup, packed = 165 grams
Milk, dry: 1 cup = 68 grams
Yogurt: 1 cup = 245 grams
Water: 1 cup = 236 grams
Confectioners sugar: 1 C = 110 g
Cocoa: 1 C = 125 g
To do the conversions, see the Related Link for a website called gourmetsleuth.com.


More about this
In that we're in a discussion of volume - cups and fluid ounces, you've asked a difficult question: If you're measuring water, then 1 ounce is equal to 29.57353 ml, so 40 oz would be 1.183 liters. Since water weighs 1 gram per ml (or 1 kg per liter), then you'll have 1.183 kg, or 1,183 grams.

If, on the other hand, you are measuring anything else - oil, milk, flour, etc. - then you need to have one more piece of information before you can switch from volume to weight. You must know the specific gravity of the substance. An ounce of oil, for example, weighs less than an ounce of water (that's why oil floats on water).

200 grams = 1 cup
Okay, one cup equals 236 cubic centimeters. However, a cup of milk will weigh a different number of grams than a cup of cod liver oil. But to cut to the quick, asking how many grams in a cup is like asking how many pounds in a gallon. You are using two entirely different types of measurement, one of weight, the other of volume, to ask the question. A given volume of space filled with two different types of materials will have two different weights. Also, remember that in the more logical English system of measurement, a fluid ounce and a dry ounce mean two different things.

1 cup = 240 ml = 8 fl oz = 1/2 pint (liq) = 16 tbsp = 48 tsp, all measurements regarding kitchen and cooking are standard and do not vary depending on the material.



p/s: Boleh jugak aku buat rujukan.. :-)

Thursday, September 22, 2011

Apa yang perlu kita lakukan jika ular masuk dalam rumah di waktu tengah malam..

Assalamualaikum..

Laptop aku dah aku tutup.. Tapi belum simpan dalam beg lagi.. Sedihnya tengok laptop aku tu... huhuhu.. Ni aku gunakan desktop yang aku belikan untuk abang aku hari tu.. Kalau ikutkan, aku memang tak suka nak guna desktop public ni tapi dah terpaksa, nak buat macam mana, kan.. Ada lagi satu desktop lama untuk anak-anak buah aku main game tapi skrin dia dah kembang.. Hairan gak aku, macam mana la budak-budak tu chat or ngadap fb main angry birds dengan keadaan skrin yang dah kelabu tu.. Alamatnya cepat la rosak mata dorang tu..

Sebenarnya aku nak bagitau benda kat bawah ni je... Yang kat atas ni kira macam mukaddimah la.. :P...

Apa yang perlu kita lakukan jika ular masuk dalam rumah di waktu tengah malam..

Baru sekejap tadi telefon rumah berbunyi.. Mula-mula tu cuak jugak nak angkat. Maklum la, dah pukul berapa. Risau kalau ada berita yang tak baik.. Tapi, aku beranikan diri jawab.. Rupanya jiran sebelah rumah yang call..

Dia bagitau ada ular masuk dalam rumah dia. Ahh sudah.. Dah la malam-malam buta camni. Aku bagitau terus-terang yang aku tak berani nak datang. Kalau masih awal dalam pukul lapan tu boleh jugak aku datang dan ajak jiran yang lain. Ni dah pukul berapa dah ni.. Pukul dua lebih dah.. Aku suruh dia call polis dan bagitau kedudukan yang sebenar sebab cuma dia, cucu dia dan anak dia yang sedang dalam pantang je yang ada kat rumah tu..

Lepas tu aku call dia balik, tanya dia dah call polis ke belum.. Dia kata dah tapi polis tu suruh call sedara-mara yang terdekat. Mana ada yang dekat. Pastu polis tu cakap dorang nak kena call bomba dulu.. Alahaiii, balai bomba tu bukannya kat sebelah rumah. Jauh tu bebb.. Sejam lebih baru sampai. Kalau polis ni, apa la salahnya datang jenguk. Tak kesian ke dekat ibu tunggal tu... Kalau jadi apa-apa kat dia atau cucu dia atau anak dia yang dalam pantang tu camner.. huhuhu....

Aku suruh akak tu call abang dia tapi dia kata takpe la, dia cuba la buat apa yang patut dulu. Abang diapun bukannya dekat. Dalam sejam jugak baru nak sampai. Lagi-lagi kalau dah tidur, lagi la mamai...

Aku suruh akak tu sembur-sembur dengan ridsect dan pegang la kayu ke, apa ke.. Dia kata nak pergi ambil buluh sebab ular kan alah dengan buluh.. Aku cakap kat dia, kalau takut nak tidur, datang la rumah aku. Esok pagi baru la balik dan halau ular tu. Tapi dia tak nak sebab dia kata susah sebab ada baby.. Aku pujuk lagi tapi dia kata takpe la..

Sampai saat ni aku tak tau apa perkembangan rumah sebelah tu. Tapi tadi ada jugak aku dengar bunyi kayu pukul lantai. Tak tau la pukul apa sebenarnya.. huhuhu... Aku cuba call tapi tak berjawab.. Harap-harap dapat la dia bunuh atau halau ular tu.. Risau jugak aku.. Dah la aku ni memang penakut dengan ular, lagi payah la aku nak lelapkan mata..

p/s: Aku selalu jugak tengok dokumentari kat tv pasal ular yang masuk kat dalam rumah ni. Elok je polis tu datang rumah dorang.. Apsal polis kita tak boleh buat camtu ehh..? Nak jugak tau kenapa.. Kalau ada sesiapa yang ada jawapannya, silalah kongsi-kongsi info ya.. Aku cuma berkongsi cerita je ni. Jangan la ambil tindakan kat aku..Takuttttt... huhu..

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday #12: Kenal CIK LADO tak..??

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #12: Kenal CIK LADO tak..??
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Ruginya siapa yang tak kenal CIK LADO ni... haaiisshh...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Cantik berseri je CIK LADO ni... ehehh...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Pemes la katakan... kehkehkeh...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Tadaaaa... Ni la CIK LADO yang pemes tu.. 


Kalau la aku dapat tau siapa yang bawak mulut tu, memang aku LADOkan mulut dia dengan CIK LADO ni haaa... Ko stenbai la gula selori yaa... hohoho...

p/s: Takut tak..? Takut tak..? Pelis la takuttttt.... Ehehhh.....

Tuesday, September 20, 2011

Kuidamkan rindu.. :D

Assalamualaikum..

Kuidamkan rindu.. :D

Keegoanmu makin tak tertahan...
Makin tak terbendung...
Makin tak terluak...

Kerana ngerinya... 
Akupun terluka...
Oleh amarahmu...
Sering salah sangka...

Kesilapanku... 
Asyik kelihatan...
Asyik kedengaran...
Asyik kau ulangkan...
Sehingga pedihnya cinta yang membara...
Namun masih aku pertahankan...

Untuk hidup bersamamu... Kuimpikan bahagia...
Untuk hidup bersamamu... Kuidam rindu setia...
Sebaiknya kasih sayang kita gemerlapkan di dalam jiwa...
Sebelum menjadi lautan bara...

Kasih sayang...
Rindu dendam...
Suburkanlah...
Dalam taman hati...

Kembalikan...
Nuranimu...
Yang pincangnya milik aku...

Untuk hidup bersamamu... Kuimpikan bahagia...
Untuk hidup bersamamu... Kuidam rindu setia...
Sebaiknya kasih sayang kita gemerlapkan di dalam jiwa...
Sebelum menjadi lautan bara...

Kasih sayang...
Rindu dendam...
Suburkanlah...
Dalam taman hati...

Kembalikan...
Nuranimu...
Yang pincangnya milik aku...

Kesilapanku... 
Asyik kelihatan...
Asyik kedengaran...
Asyik kau ulangkan...
Sehingga pedihnya cinta yang membara...
Namun masih aku pertahankan...

Keranamu....


Siapa nak layan lagu ni, silakan.. Layan lagu je tau.. Jangan dilayan orang yang suka permainkan perasaan kita.. ehehh...

p/s: Laptop aku ada masalah, tak tau la kenapa.. Icon windows tak keluar kat skrin dan skrin kaler hitam.. Sedih ni.. huhuhu.. Ada siapa-siapa yang tau tak apa masalah laptop aku tu.. Kongsi-kongsi la info ehh.. Tenkiu.. :D

Monday, September 19, 2011

Moga ada jodohnya + Takut nanti kena saman...

Assalamualaikum...

Moga ada jodohnya + Takut nanti kena saman...

Minggu kedua Syawal hari tu, one of my nephew bertunang. Selamat bertunang la untuk dia. Gambar..? Maaf la ya. Kali ni aku malas nak letak gambar orang 'luar' kat blog.. Takut nanti kena saman lak... Aii tak mampu nak bayar saman-saman ni... :P

Nak cerita lebih-lebihpun tak berani... ehehh... Doakan aje moga ada jodohnya dengan pilihan hati... 


Perjalanan balik, jalan jammed teruk.. Hari sabtu yang benar-benar menyesakkan..!! Aku naik kereta kakak aku sebab nak balik Labu. Disebabkan masa nak melintas jalan tu ramai pemandu yang tak nak beri kerjasama, maka anak buah aku yang memandu terus je menyusur ke kiri dan ikut jalan mana tah.. Jalan punya jalan punya jalan, akhirnya masuk la kat laluan ni. Lalu la kat sebelah litar F1 kat Sepang nun. 

Ooo... Sini rupanya litar tu.. hehh... Maklum la, pestaim lalu situ... Tak sempat nak ambil gambar litar tu sebab anak buah aku ni bawak kereta dah macam pemandu F1 gak ni... Penat tangan aku bergayut.. huhuhu...


Pastu ternampak lak sebutir bintang bergemerlapan kat atas bukit tu haa... Dari jauh tak perasan bintang apakah itteww.. Bila dah dekat...

Oooo... Kat sini rupanya tempat tinggal bintang sorang tu.. ehehh... Siapa dia? Rasanya sorang je blogger yang aku follow blog dia datang dari sini.. Malas nak bagi backlink blog dia, takut nanti kena saman gak... :D


Congak punya congak, dekat 3 jam jugak duduk dalam kereta.. Patut la rasa macam nak patah pinggang aku ni.. Seriknya la haiihh... Tu yang malas nak keluar rumah bila cuti hujung minggu macam ni... Masing-masing sibuk dok pergi rumah terbuka yang tak habis-habis.. Puasa tak pernah penuh tapi tang beraya, haiiyaaa....

p/s: Sudah-sudah la beraya tu weii... Bawak-bawak la sedekahkan bajet untuk open house tu kat Somalia nunn... ehehh... 

Sunday, September 18, 2011

Kisah orang minyak...

Assalamualaikum...

Kisah orang minyak...

Aku pernah alami kisah sebegini suatu masa dahulu sewaktu menjalani kursus menaip dan trengkas kat Keratong. Dah lama sangat dah kisah ni. Malas pulak nak kongsikan kat sini. Nanti-nanti je la aku cerita. Itupun kalau aku rajin nak bercerita. Kalau aku malas, nampaknya kisah orang minyak kat bawah ni je la yang aku kongsikan.. Baca aje la ya.. kehkehkeh...


KUALA LUMPUR 17 Sept. – Tidur nyenyak penduduk pangsapuri lima tingkat di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak dekat sini awal pagi ini hanya seketika apabila sebuah keluarga yang tinggal di tingkat bawah perumahan itu diganggu seorang lelaki berbogel yang digelar 'orang minyak'.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, lelaki warga asing yang dipercayai mengamalkan ilmu hitam terbabit ‘mengejutkan’ keluarga Norlida Hassan, 42, apabila dia dilihat bersilat di hadapan rumah wanita itu.

Katanya, ketika kejadian, dia sekeluarga sudah tidur namun dia tersedar apabila dikejutkan dengan bunyi dengus nafas seseorang yang kuat di hadapan rumahnya.

“Selain bunyi dengusan kuat, saya juga terdengar bunyi orang mengetuk-getuk motosikal di luar rumah, seolah-olah cuba menarik perhatian saya untuk keluar melihat.

“Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut apabila melihat seorang lelaki muda bertelanjang bulat sedang melakukan aksi pelik namun saya segera menyergah lelaki itu supaya beredar.

“Saya kemudian memberanikan diri membuka pintu rumah untuk menghalau dia dari situ tetapi dia seolah-olah membuka jurus pencak silat dan kelakuannya itu ternyata menyeramkan hingga memaksa saya mengejutkan suami, Ahmad Hashim,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

“Setelah menangkapnya, lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu berkelakuan pelik apabila memintanya untuk mencari minyak tanah dan mahu membakar diri.

Selebihnya baca kat sini...

Apsal la ko tak sapu minyak hitam kat badan ko. Takde la nampak sangat benda-benda tu.. hehhh...

p/s: Patut la harga minyak makin naik... Errrr... Ada kena mengena ke...? Entah... huhuhu...

Saturday, September 17, 2011

Abang tak nak beli ke kuih saya...? Beli la bang..

Assalamualaikum...

Abang tak nak beli ke kuih saya...? Beli la bang..


Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaannya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu...

"Kenapa bang, nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya..!


Mudah-mudahan adik ini berjaya dalam hidupnya nanti.. Amin..

Copy n paste dari sini.. Terima kasih atas perkongsian ini... 

p/s: Kadang-kadang naik hairan dengan sikap manusia yang punya sifat yang sempurna tetapi lebih suka bermalas-malasan tanpa bekerja. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang merasakan kerja itu tidak setimpal dengan taraf pendidikan mereka. Seronok agaknya kerja meminta duit dari orangtua... hmmm....

Thursday, September 15, 2011

Cara untuk ADJUST jarak atau kedudukan ICON bagi HIDDEN SHOUTBOX...

Assalamualaikum...

Cara untuk ADJUST jarak atau kedudukan ICON/GAMBAR bagi HIDDEN SHOUTBOX...

Aku rasa ramai blogger yang dah buat hidden shoutbox kat blog masing-masing. Sememangnya hidden shoutbox ni menjimatkan ruang sebab hanya icon/gambar shoutbox tu je yang kita nampak sedangkan kotak shoutbox tu tersembunyi dan hanya akan keluar jika kita klik icon/gambar tersebut...

Namun begitu, ada juga icon/gambar shoutbox tu yang jauh kedudukannya dari kotak shoutbox. Dah macam bergaduh la pulak, kan. Yang icon/gambar dok kat sebelah sini, dan si kotak tu pulak dok kat sebelah sana. Sepatutnya kedudukan kedua-duanya kenalah rapat, barulah betul boleh jadi kawan baik.. hikk..

Secara ringkasnya, aku takde la nak bagi code penuh untuk hidden shoutbox tu sebab aku rasa semua code tu sama je kecuali url code untuk icon tu je yang berbeza mengikut gambar yang kita gunakan. Aku cuma nak bagi penerangan cara nak adjust jarak antara icon/gambar tu dengan kotak shoutbox tu je berdasarkan experimen yang telah aku buat... :P

Perhatikan angka yang aku gunakan untuk setiap bahagian code hidden shoutbox blog aku ni.. Sila zoom-in untuk lagi jelas...

-1-

-2-

-3-

Nampak tak angka yang dalam kurungan tu..? Angka ni korang perlu ubah setiap kali korang tukar icon/gambar kat sebelah kotak shoutbox tu jika jaraknya tidak fleksibel. Akan TETAPI, angka-angka tersebut PERLULAH SAMA ANTARA KETIGA-TIGANYA SEBAB jika salah satu daripada angka tu tak sama, maka kedudukan atau jarak icon atau gambar yang digunakan TETAP tidak akan serasi dengan kotak shoutbox. Sebab tu kadang-kadang ada icon/gambar yang terpelanting jauh keluar ke kiri dan ada juga icon/gambar yang seakan-akan tersepit kat tepi skrin.. Kalau icon/gambar tu gambar kucing, tak ke kesian kat dia dok tersepit kat situ... hikkk...

Harap korang faham dengan apa yang aku cuba terangkan ni ya.. Jangan takut untuk mencuba menukar angka-angka tu sebab code ni kita letak kat sidebar je dan bukannya kat Edit HTML.. Tukar dan save.. Jika tak sesuai, tukar dan save lagi.. Don't give-up..

Ini contoh hidden shoutbox untuk blog aku. Icon/gambar tampak serasi dan berdekatan dengan kotak shoutbox tu.. Dan bila klik close, icon/gambar tu betul-betul berada kat tepi skrin dan tidak termasuk ke dalam ataupun nampak separuh je.. 

p/s: Selamat mencuba ya.. :)
**Kalau nak code untuk hidden shoutbox ni, boleh copy paste dari sini.. scroll sampai bawah... :)

Wednesday, September 14, 2011

Kata-kata amaran: Kalau kau..

Assalamualaikum...

Kata-kata amaran: Kalau kau..

**Kalau kau keluar dari rumah ni, kau jangan balik-balik lagi..

Itu sedutan dari ayat iklan yang selalu keluar kat TV3.. Sampai sekarang ni aku tak berapa nak faham maksud iklan tu.. hehh.. Lupakan pasal tu..

**Kalau kau tak nak join kami, ko jangan kawan dengan kami lagi...

Ek elehh...!!! Macam la korang je kawan yang aku ada.. Pigiiidahh... hahahaha... Pernah buat camni tak...? Baik mengaku sekarang...!!!

**Kalau kau tak nak pergi, kau jangan keluar dari rumah ni. Kau duduk la dalam bilik ni sampai bila-bila..

Itu kata mak aku tatkala aku menolak untuk menghadirkan diri dalam kursus komputer kat Kuala Lumpur suatu masa dulu. Sadis sungguh amaran tu.. huhu..

Namun akhirnya aku akur jugak. Terpaksa bangkit dari katil dan packing kain baju sebab takut nanti tak dapat kebenaran bila tiba waktu aku nak bekerja. Itulah pengalaman pertama aku tinggal kat asrama kat Kuala Lumpur iaitu kat Setapak dan belajar kat Rima College. Entah ada entah tidak Rima College sekarang ni ehh.. Tapi yang aku pergi ni kerjasama FELDA dengan pihak Rima College tu. Asrama kat belakang, kelas kat depan. Masa periksa pergi kat dewan kat sekolah apa tah. Lupa dah aku.. Nampak je bangunan Rima College tu masa lalu naik bas tapi tak pernah singgahpun.. hehh... 

p/s: Besar jugak pengaruh ayat kalau kau ni.. Dah macam satu ugutan la pulak... Seram lak haaiihh.. Kalau kau berani, silalah tampil ke hadapan...!!! Tak berani den dowhhh... huhuhu...

Wordless Wednesday #11: Keras tapi Sedap... :P

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #11: Keras tapi Sedap... :P

Pernah cuba tak..?
Pernah jumpa tak..?
Sedap woo...!!!
Hahaha...
(Gelak-gelak jahat jap.. hikk...)
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Sabar... Sabar... Sabar...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Sikit lagi gambar tu nak keluar... 
Fuuhhh...
:
:
:
:
:
:
Tadaaaaa....!!!
Belinja Inspira tu..... Hambek ko...

Keras + Sedap + Cantik = Sakit rahang aku mengunyah... Tapi dah dekat nak habis dah sebalang ni aku kerjakan sebab rangup.. haha..

Biskut ni kakak aku bawa dari Labis. Satu bekas ni harga dia RM23.. Yang keras-keras ni murah rupanya.. Mahal lagi tart nenas kakak ipar aku.. :D

p/s: Korang fikir apa..? Padan muka kat siapa yang fikir ke lain tu.. hakhakhak,, Sukanya aku ada yang terkena..  dancing icon.kehkehkeh... 

Monday, September 12, 2011

Yang mana satu menjadi pilihan...

Assalamualaikum...

Yang mana satu menjadi pilihan...
:
:
:
:
:
:
:
Bukan lupa, tapi tak ingat...


Atau...


Bukan tak ingat, tapi terlupa...


Atau...


Bukan lupa atau tak ingat, tapi buat-buat terlupa dan buat-buat tak ingat..

Yang mana satu menjadi pilihan...

p/s: Kalau tang hutang, ramai yang buat-buat lupa.. Kalau tang janji, ramai yang buat-buat tak ingat.. Kalau tang pergi open house atau shopping, semua dah siap tanda kat dalam kalendar.. Awal-awal lagi dah simpan dalam 'memori'... :P

Thursday, September 8, 2011

No komen laa.... Ehehh...

Assalamualaikum...

No komen laa.... Ehehh... 


p/s: Nasib baik aku jarang menopap... Kesian pada mereka yang suka sangat berbalas-balas sms cintan-cintun... Kalau dah cinta, naik berapapun tak kisah, kann... kann... kannnn.... Macam harga rokok jugak la... :D

Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday #10: Kalau dah mulut tempayan tu, tempayan la jugak...

Assalamualaikum...

Kalau dah mulut tempayan tu, tempayan la jugak...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V

p/s: Mulut tempayan boleh ditutup.. Mulut manusia boleh buat semuanya lingkup.. Renung-renungkan la.. Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu satu tempayan... **Peringatan untuk diri sendiri...

Tuesday, September 6, 2011

Siapa yang guna nama panggilan Papa tu, sila la tukar kepada nama lain.. hahaha...

Assalamualaikum...

Siapa yang guna nama panggilan Papa tu, sila la bertukar kepada nama lain.. hahaha...


KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa) pada Isnin meminta kerajaan mendapatkan penjelasan daripada kerajaan Indonesia tentang tuntutan sebenar mereka berhubung penghantaran pembantu rumah ke Malaysia untuk mengelak perkara itu terus menjadi isu yang tidak berkesudahan.
Pemangku naib presiden Papa, Jeffrey Foo berkata walaupun protokol mengenai pindaaan terhadap memorandum persefahaman (MoU) 2006 telah dimeterai pada Mei tahun ini, namun hingga kini tiada seorangpun pembantu ruamh dari republik itu memasuki Malaysia.
Katanya, Papa difahamkan antara perkara yang menghalang Indonesia melaksanakan MoU berkenaan ialah faktor harga dan menurut industri di republik itu, harga yang ditawarkan bagi ejen di Indonesia terlalu rendah berbanding kos yang perlu mereka tanggung.
p/s: Ada ke patut salahgunakan nama Papa tu.. Kesian Papa.. Papa semua tak nak buat bantahan ke.. huhuhu...

Monday, September 5, 2011

Persiapan menjelang hari raya...

Assalamualaikum...

Persiapan menjelang hari raya...

Seperti kebiasaannya, mak aku dah siap tempah daging untuk raya ni sedari awal. So, dapat la daging + tulang + kepala (sebab nak ambil otak) + perut lembu tu. Kepala lembu tu anak sedara aku yang setelkan sebab dia yang beria-ia nak sangat. Manakala perut lembu tu macam biasa la, kerja aku. Mana ada orang yang sanggup nak cuci perut-perut busuk tu, kan.. Naik pening kepala aku dengan bau dia. Mujur tak pitam. Naik krem jari aku dok main air.. Naik kejung betis aku duduk lama sangat..

Lepas tu, aku dengan kakak aku meneruskan misi memotong daging. Manakala segala jenis bawang untuk merendang sudah aku kupas awal-awal lagi. Kelapa, abang aku yang kopek. Tukang parutnya, anak sedara aku. Tukang perah santannya, kakak aku dan kakak ipar aku dari Johor Jaya tu. Ni la kakak ipar yang paling rajin membantu di dapur. Segala jenis periuk habis dia cuci.. Lantai kaki lima kat dapur ni pun dia cuci jugak.. Bagus betul menantu mak aku yang sorang ni. ..:)

Kami masak rendang daging ni dulu.. Berasap lagi tu... (Abaikan kaki2 si tukang kacau rendang tu.. haha...)

Lepas tu sambung dengan rendang ayam ni pulak.. Selesaikan satu persatu, lepas tu baru tuju kat lemang..(Ayam ni kakak aku bawak dari Labis. Ada 6 ekor ayam yang sudah siap dipotong dan di-frozen-kan..)

Dah petang baru nak mula bakar lemang.. Orang lain dah siap semua dah... =.='
(Tempat pembakaran ni abang aku dengan abang ipar aku yang sediakan...)

Daun pisang untuk buat lemang ni, abang ipar aku yang cari kat kampung sebelah. Ada la dalam 18 km jarak kampung tu dari rumah aku, Gigih betul menantu mak aku yang sorang ni... Kat rumah ada je daun pisang, tapi daunnya tak berapa cantik. Banyak yang koyak-koyak. Nak buat lemang, mana boleh gunakan daun koyak. Buluh lemang tu abang aku order dengan orang asli. Abang aku tu mengajar kat sekolah orang asli ni.. :D

Kakak aku jadi tukang masukkan daun ke dalam buluh. Aku dengan anak sedara yang sorang tu jadi tukang masukkan beras pulut. Anak sedara aku tu baru pestaim buat kerja camni. So, dia cuma masukkan beras tu je dan aku tukang check dan isi santan kat dalam beras tu. Syukur alhamdulillah, lemang tu masak dengan cantik sekali.. Langsung takde kerak. Pandai tukang jaga api tu.. hehe..

Raya pertama je, lemang dengan rendang daging dah habis dulu dah. Itupun terpaksa aku sorokkan dua batang lemang dan semangkuk rendang daging tu sebab nak tinggalkan untuk adik bongsu aku yang beraya kat rumah isteri dia dulu.. Orang sayangkan adik, macam ni la, kan.. Kesian kat dia kalau tak dapat merasa...

Kami tak buat ketupat. Memang kurang mahir dalam membuat ketupat ni. Kadang-kadang ketupat tu jadi keras dan tak berapa nak masak dan kadang-kadang dia lembik sangat la pulak. Sebab tu la kami lebih suka rebus nasi impit segera je... Lagipun, kakak aku yang kat Labu tu dah siap bawak ketupat dari sana. Siap dengan kuah kacangnya sekali..

Aku buat jugak sup gearbox tapi malas nak ambil gambar.. Sikitpun aku tak makan sup ni... Kakak aku siap buat sambal kicap Jawa lagi.. Pergghhh...!!! Kata anak sedara aku... Sedap sangat la kot sambal tu.. haha...

Semakin meningkat usia, semakin takde mood nak sambut raya. Yang seronoknya cuma dapat berkumpul dengan adik-beradik dan anak-anak buah walaupun kadang-kadang muka mencuka jugak dek kepenatan yang teramat sangat. Penat tengok rumah yang macam tongkang pecahpun ya jugak.. haha.. Biasa la tu, kan.... :P

p/s: Terima kasih pada semua yang sama-sama membantu samada dari segi tenaga, sumbangan bahan masakan serta kuih raya. Anak sedara aku siap bawak kulit untuk bluberry cheese tart.. Kitorang sama-sama isi filling kat sini. Anak sedara yang sorang lagi bawak almond london yang belum celup coklat dan celup kat sini jugak. Sekejap je dah licin biskut tu. Tak sempat nak hidang kat tetamu. Akupun sempat makan sebiji je.. huhu...
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)