Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, November 30, 2014

Agar-agar pelangi rekaan sendiri.. :D

Assalamu'alaikum...

Agar-agar pelangi rekaan sendiri.. :D


Aku baru lepas menerai resepi baru untuk agar-agar ni.. Dulu dah pernah buat agar-agar yang seakan sama tapi yang dulu tu versi agar-agar cermin.. Sekarang ni agar-agar pelangi pula.. Bahan asasnya sama je iaitu jelly.. Resepi ciptaan sendiri, suka hati la nak letak nama apapun, kan.. ahahh...






Kali ni aku masukkan satu cawan susu cair.. Agar-agar kering tu dalam anggaran 20 gram.. Gula pasir satu cawan setengah.. Lepas tu aku masukkan juga satu sudu teh esen perasa strawberry.. Kebetulan esen tu tinggal banyak tu je.. Sukatan air tu aku tak ingat sebab aku main masukkan je air dalam periuk yang dah biasa aku gunakan untuk masak agar-agar ni..





Lepas dah mendidih, aku tuangkan agar-agar pelangi aku ni ke dalam bekas tupperware.. Bila dah agak kurang panas sikit, aku masukkan jelly tu.. Main masukkan je.. Lepas tu biar je agar-agar tu mengeras... Aku tak kacaupun sebab takut nanti jelly tu mencair.. Ni pun dia dah cair sikit dah..




Bila agar-agar dah sejuk, masukkan dalam peti sejuk untuk mengeraskannya.. Kemudian, bila nak potong, terbalikkan agar-agar tadi atas dulang dan nampaklah dia punya warna jelly yang lintang pukang tu.. Dan nampak juga kesan agar-agar yang tak larut sepenuhnya sebab nampak ada kesan jalur-jalur halus tu.. Konon-kononnya seni la,  kan.. ahaha...


p/s: Anak-anak buah suka.. Alhamdulillah... Mak sedarapun suka.. hehh..

29 Oktober dan 1 November dalam kenangan.. :'(

Assalamu'alaikum....

29 Oktober dalam kenangan.. 



Entri ini dah lama.. Dah hampir sebulan aku letak dalam draft.. Lepas apa yang berlaku, aku tak cukup kuat untuk paparkan tragedi yang menimpa.. Tapi aku paparkan juga sebagai satu kenangan pahit yang tak mungkin aku lupakan.. Kisahnya begini...

-----------------------------------

Semalam bersuka ria berbalas komen di fb... Malamnya hujan lebat.. Pagi tadi juga hujan tapi hujan yang mengalir di pipi.. Dua ekor kucing, si anak merangkap si abang dan si ibu mati kekejungan dengan mulut yang berbuih.. Itulah dia Momok dan ibunya.. Seekor lagi masih tak nampak sejak dari pagi iaitu si Olen.. Yang ada di rumah cuma dua ekor iaitu si Combi dan si Cullen.. Sedihnya.. Sangat-sangat sedih.. 


Kesian Momok.. Mak aku terkejut tengok Momok yang dah mati masa dia buka pintu dapur.. Masa tu aku masih golek-golek kat dalam bilik bersebelahan dapur ni.. Terus aku bangun dan berlari ke dapur.. Bila tengok je Momok macam tu, luluhnya rasa hati.. 








Dan gambar kat bawah ini pula adalah Popok yang mati kejung kat dalam bilik mandi kat luar rumah...







Keesokan harinya, baru jumpa Olen yang dah kena hurung dengan kerengga kat pangkal pokok pisang sebelah stor.. Padahal sebelum tu aku dah cari dia dah kat kawasan situ tapi tak jumpa.. Gambar Olen takde sebab tak sampai hati tengok dia yang kena hurung tu.. Masa ni aku bawak sekali si Combi dan Combi dok mengiau-ngiau bila tengok Olen macam tu.. 


---------------------------------------


Dan hari ini, 1/11/2014, Combi pula menyusul.. Sedihnya tengok Combi yang dah keras kat bawah kerusi rotan kat beranda.. Malam sebelum tu elok je dia lepak dan main-main dengan aku kat bilik jahit aku ni.. 








Paginya, aku cari-cari dia walhal selalunya dia yang cari aku dulu.. Keliling rumah aku panggil dia tapi dia tak datang-datang.. Hati aku dah mula rasa tak sedap.. Dua tiga kali jugak la aku pusing keliling rumah.. 


Tiba-tiba hati dok kata, suruh pandang bawah kerusi rotan tu.. Nah..!!! Demi melihat dia dah tertiarap kaku, terus menggigil tangan aku.. Tak sangka sungguh..!! Menangis aku dibuatnya.. Saat aku taip entry ni pun aku masih lagi menangis.. Sedih sangat.. Dalam masa tak sampai seminggu, empat ekor kucing aku mati.. 












p/s: RIP Momok.. RIP Popok... RIP Olen.. RIP Combi.. Gonna miss both of you.. Salah satu terapi aku sudah tiada lagi.. Sedih sangat... Mengalir lagi air mata aku.. Kini tinggal si Cullen je..

Saturday, November 29, 2014

Buat apa dengan air darah ni..?

Assalamu'alaikum...

Buat apa dengan air darah ni..?


Ni air darah.. Darah apa tu, kejap lagi aku bagitau.. hehh..





Air darah tadi aku buat siram pokok yang aku tanam ni.. Tapi bukan siram kat semua pokok la.. Mana nak cukup.. Pilih pokok yang aku nak kasi gemuk je.. hehh..


Bawang ni beli yang dalam karung tu.. Tengok dah ada yang berakar.. Apa lagi, terus la letakkan kat dalam bekas ni... Tak payah nak tanam beria.. Letak dan tekan sikit je bahagian yang ada akar tu.. Seminggu lagi boleh kutip hasil.. hikkss.. *berangan dulu... 



Anak pokok ni kakak aku yang bagi.. Dia tak sempat dan takde masa nak tanam.. Alhamdulillah, semuanya hidup.. Tak tau warna apa bunga yang keluar nanti..



Si Cullen tu tengah makan perut ikan.. Entah pasu masa yang dia panjat.. Abaikan pasu orkid yang bergantungan tu.. Rumah orkid dah roboh.. Belum diperbaiki lagi.. huuu...


Orang kata, air darah ikan ni elok disiram pada tanaman sebagai baja organik.. Aku ni buat je la.. Dulu main buang  je tapi sekarang sanggup tuang dalam baldi air darah ikan ni.. Mula-mula dulu kembang jugak tekak sebab tak tahan bau hanyir... Sekarang ni dah boleh tahan sikit dah.. hehh.. Air basuhan beraspun sekarang ni aku tuang dalam baldi jugak.. ahahh...


p/s: Benda yang tak memudaratkan, tak salah kot kalau nak ikut.. 

Bila aku menggulai ayam.. ahahh...

Assalamu'alaikum...

Bila aku menggulai ayam.. ahahh...


Jika nak diikutkan, aku kurang suka nak masak gulai guna santan ni.. Malas nak perah kelapa tu yang sebetulnya.. Leceh.. ahaha.. Nak guna santan dalam kotak tu aku tak berkenan pula.. Kalau untuk buat kuih atau bubur, takpe la guna santan kotak tu..


Jadinya, untuk gulai lemak cili padi ayam ni, aku blender je kelapa yang dah siap mesin tu.. Lepas tu perah guna kain yang aku jahit khas untuk perah kelapa infact jari tak kuat nak meramas.. Dapat la pati santan yang pekat.. Itupun masa blender kelapa tu jangan letak banyak sangat air.. Kena la ulang tiga empat kali blender kelapa tu.. 






Lepas tu, mulakan proses mengecutkan ayam dalam periuk.. Masukkan semua bahan kisar iaitu cili padi, bawang putih, bawang merah, kunyit hidup dan halia serta serai yang dititik dan sedikit air.. Air jangan banyak sebab ni ayam daging.. Kalau ayam pencen, takpe letak banyak air sebab dah tentu dagingnya keras dan lambat lembut.. Kacau-kacau la sikit biar sebati..




Agak-agak air tadi dah mula nak kering, masukkan la santan tadi.. Bila kuah dah mendidih, barulah masukkan kentang.. Tunggu hingga kentang empuk, lepas tu tutup api dan masukkan garam.. Kacau gulai untuk sebatikan garam tadi.. 


*Sekarang ni kalau masak, aku buat macam ni; masukkan garam last sekali lepas tutup api.. Khabarnya boleh elakkan kena darah tinggi sebab hari tu pernah terbaca pasal ni.. Betul ke tidak, wallahu'alam.. Tapi tak salah nak ikut, kan..?




Dan inilah hasilnya gulai ayam aku.. Aku guna kunyit serbuk je sebab kunyit hidup nan hado.. Pokok kunyit ada tapi tak sampai hati nak korek.. Kurus sangat pokoknya pun.. Dah tentu-tentu takde isi.. Buat penat korek je nanti.. hehehe... Dan kentang tu wajib ada.. ahah..






p/s: Alhamdulillah, habis gulai ayam aku ni.. Kuah dia aku buat cicah cekodok ikan bilis.. 

Friday, November 28, 2014

Sampai bila..?

Assalamu'alaikum...

Sampai bila..?


Menolong dan membantu itu cuma sesekali sahaja.. Ianya bersifat sementara.. Diperlukan bila keadaan memaksa.. Tapi jika setiap kali nak kena tolong, setiap bulan nak kena bantu, itu bukan tolong lagi namanya.. Itu dah jadi tanggungan.. Dah kira macam satu tanggungjawab pula.. 


No one has ever become poor by giving - Anne Frank..  Betul la tu.. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak yang kita dapat.. InsyaAllah.. Persoalannya, sampai bila nak kena bantu..? Bukannya sakit teruk atau OKU yang sememangnya memerlukan bantuan dari pihak lain.. Semuanya sihat.. Otak je yang tak berapa sihat sebab asyik dok fikir macam mana nak minta bantuan orang..


The best way to not feel hopeless is to get up and do something. Don’t wait for good things to happen to you. If you go out and make some good things happen, you will fill the world with hope, you will fill yourself with hope - Barrack Obama


p/s: Tak ada, buat cara tak ada.. Maksudnya, ikut kemampuan la.. Tak payah la nak ikut lagak orang yang dah sememangnya ada segala.. Orang nak pandang serong ke, pandang senget ke, tak nak pandang ke, ehh, biar je la.. hehh...

Nak bantu yang mana dulu..?

Assalamu'alaikum...

Nak bantu yang mana dulu..?


Entri takde kaitan dengan siapa-siapa... Sekadar bertanya sahaja infact jika situasi begini jadi pada kenalan rapat kita ataupun orang yang kita kenali, pihak mana yang perlu kita utamakan dahulu..


Situasi A:

Dia mendapat musibah apabila hilang tempat bergantung such as kematian suami atau orang tua atau orang yang menjadi tonggak utama mencari rezeki dalam keluarga.. Tambahan pula keluarga mereka kurang berkemampuan..  Tiada pendapatan selain daripada mengharapkan bantuan orang ramai..


Situasi B:

Dia ditimpa masalah bila kena tipu dalam talian ataupun kena kencing such as terlalu percaya dengan orang lain yang menawarkan ganjaran wang ringgit yang besar.. Orang lain tu tak kira la samada dikenali ataupun tidak dikenali.. 


Antara dua situasi di atas, pihak mana yang perlu kita utamakan..? 


p/s: Aku mungkin pilih A dahulu.. Sebabnya pihak A dah tentu-tentunya orang susah yang kurang berkemampuan.. Pihak B tu biarlah dahulu.. Sebabnya takut bila dibantu, dia lupa apa yang telah dia buat.. Bak kata orang, dia tidak belajar dari pengalaman masa lalu.. Jadinya, biarlah dia menggelabah dahulu.. 

Thursday, November 27, 2014

Bantulah mereka: Entri copy and paste...

Assalamu'alaikum...

Bantulah mereka: Entri copy and paste...


Ini adalah entri copy and paste yang aku ambil dari fanpage Raja Shamri. Niat aku cuma satu iaitu memanjangkan berita agar lebih ramai yang tampil untuk membantu adik ini.. Harap-harap sudilah kiranya pembaca menghulurkan sedikit bantuan.. 

----------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dimaklumkan keluarga pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghaffar Baba, saudari Noor Aisyah Shahira Bintif Alfian, tingkatan 4 memerlukan bantuan kerana keluarganya terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa dalam perjalanan menjemputnya di asrama pada 14 November 2014.

Seramai lima orang ahli keluarga beliau terlibat dalam kemalangan tersebut.

1. Ayah beliau telah pun meninggal dunia pada hari berikutnya.

2. Ibu beliau retak di leher dan telah dibenarkan keluar hospital dengan berkerusi roda.

3. Adik perempuan beliau (11 tahun) mengalami bengkak dan pendarahan di otak, masih koma selepas pembedahan di HKL. (HKL Neurologi, Tingkat 2, Wad 6B).

4. Adik lelaki (Azril Shairie Bin Alfian) beliau mengalami keretakan pinggul dan dikhabarkan bakal lumpuh seumur hidup. (Hospital Seremban, Wad 5A, Katil 5).

5. Adik bongsu beliau berusia 5 tahun hanya cedera ringan dan mendapat rawatan pesakit luar.

Mereka adalah dari keluarga susah dimana ibu bapanya adalah peniaga satay kecil-kecilan.

Oleh yang demikian, keprihatinan tuan/puan adalah dimohon agar dapat memberi sumbangan kepada anak ini bagi meringankan beban yang ditanggungnya. Sumbangan tuan/puan boleh dimasukkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), Noor Aishah Shahira iaitu 1099 5410 0013 1439.

Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan dapat membantu meringankan kesulitan beliau.

Budi baik semua didahului dengan ucapan terima kasih. Allah sentiasa memberi ganjaran kepada hambaNya yang membuat kebajikan dengan ikhlas. Insyaallah.



tlg sebrkn jaoh2....agar org laen dpt beramal jariah jga


p/s: Kita bantu orang, Allah pasti akan bantu kita.. 

Wednesday, November 26, 2014

Aroma pisang goreng...

Assalamu'alaikum...

Aroma pisang goreng...


Aku tak ingat apa nama pisang ni.. Hari tu mak aku dah bagitau dah tapi sekarang ni dah lupa balik.. Cepat benar lupanya.. Kena makan kismis yang siap ada doa tu gamaknya.. hehh...




Aku bukan nak cerita pasal kismis tu tapi nak bagitau yang aku goreng pisang ni dengan menggunakan tepung goreng pisang Aroma ni ha.. Satu bungkus tepung ni harga dia RM4.40.. 




Sebelum ni goreng pisang guna tepung adabi tu.. Lepas tu campur sikit dengan tepung beras.. Sekarang ni gunakan tepung Aroma tadi dan campurkan juga dengan sedikit tepung beras.. Tepung goreng pisang Aroma ni abang aku yang beli.. Masa tu dia dok cari tepung adabi tapi seorang pakcik kawan mak bagitau abang yang isteri dia gunakan tepung Aroma untuk goreng pisang.. Sedap guna tepung Aroma ni, katanya.. Maka, abang akupun beli la sebungkus... Dan ternyata memang sedap.. Cubalah kalau nak tau.. *cehh, dah macam promoter la pula.. ahahh..




Mula-mula plan nak goreng pisang ni untuk sekali round je.. Alih-alih sekejap je dah licin.. Maka, kena la goreng pisang tu untuk round yang kedua pula.. Lagipun pisang ni saiz dia kecil.. Panjang lebih kurang saiz jari tengah aku je..







Pisang ni pun dah habis stok dah.. Apa tidaknya, pagi petang dok goreng pisang je.. Dua hari berturut-turut dok goreng pisang ni.. Hasilnya tetap licin.. haha.. Mujurlah pisang hasil tanaman mak aku.. 


p/s: Harga pisangpun dah mahal weiiii...!! Moh la pakat-pakat tanam sendiri.. huuu...

Sunday, November 23, 2014

Homemade roti canai....

Assalamu'alaikum...

Homemade roti canai....


Hari tu kat entry pasal homemade coklat aku tu, aku ada letakkan kata-kata kat bawah ni kat ruangan p/s.. Dan tak lama lepas tu akupun cuba la buat homemade roti canai ni pula.. Jom tengok jadi ke tidak homemade roti canai yang aku buat tu.. hehh...




Mula-mula kita tengok gambar dulu la ya.. Sambil-sambil tu aku selang selikan dengan keterangan tentang pengalaman aku yang tak seberapa ni.. Ni pertama kali cuba buat roti canai sendiri weiii.. Selama ni dok melangut je tengok mak buat.. ahah.. 


Sebelum tu, aku bagi resepi roti canai aku ni dulu.. 

1 kg tepung gandum
1 sudu makan minyak masak @ marjerin
2 sudu teh garam halus*
2 sudu makan susu pekat manis*
2 1/2 cawan air suam*

=> Campurkan semua bahan yang bertanda * dan kacau sebati.. Kemudian curahkan ke dalam tepung gandum dan uli hingga menjadi doh.. Akhir sekali masukkan minyak masak atau marjerin dan uli lagi sehingga doh berkilat dan lembut serta tidak melekat di jari.. Lepas tu proses buat doh kecil-kecil, seletkan marjerin pada setiap doh dan perap selama lebih kurang 3-4 jam.. Lepas tu barulah buat proses tarik menarik dan sanggul menyanggul.. Sebelum proses tarik menarik tu, kena uli sekejap doh yang kecil-kecil tadi.. *ni tips dari makcik jiran aku.. Minyak masak nak kena letak lebih..


 Tang menyimpul buat sanggul ni memang aku ingat sangat cara mak aku buat.. hehe..


 Ehh, dah macam rupa bunga ros tu pulak dah... Kebetulan atau suratan.. ahahh..


 Tepek-tepek-tepek... Tapi takut-takut nak letak minyak.. Kolestrol banyak.. *konon.. 


 Masa ni dah mula rasa cuak.. Dah bercakap dalam  hati dah; macam tak jadi je roti canai aku ni.. Dah macam wraps pulak dah rupa dia.. huuuu...



Gambar atas dan bawah ni aku goreng separuh masak untuk di-frozen-kan.. Tunggu masak kari dulu baru keluarkan.. hehh..



Ni antara status yang aku post kat fb aku.. 


Pertama kali cuba buat roti canai tapi tak menjadi.. Tak boleh nak tepuk-tepuk roti tu.. Dah rupa macam wraps pulak..    Tanya omak, apsal tak buleh topuk..? Mak jawab, tak bolapih ghuti ehh, camno nak topuk..    


Sehari selepas aku buat roti canai ni, akupun dengan muka tak malunya pergi la mengadu kat dua orang jiran aku.. Aku cakap la yang aku cuba buat roti canai tapi tak menjadi... huhu.. Lepas tu akupun tanya la kat dorang macam mana cara yang betul nak buat roti canai ni sebab dorang ni dah biasa buat masa anak-anak dorang kecil dulu.. Cuma sekarang ni je dorang dah tak buat dah roti canai sendiri.. 


Dapat dah beberapa jawapan dari dorang.. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi berkongsi pengalaman dan info.. Dah tau dah kenapa tak boleh topuk.. Pertama sebab kurang uli.. Uli sekejap sangat.. Kedua sebab kurang minyak.. Ketiga sebab kurang tarik.. Tak boleh nak tarik lebar-lebar sebab doh tak cukup adun, tak lembut, tak boleh nak tarik.. Maybe lepas ni akan cuba buat lagi... InsyaAllah.. 


p/s: Dia punya bau dah ada dah bau roti canai..  Yang ni dah jadi frozen.. Bila-bila nanti boleh la keluarkan tapi nak kena masak kari dulu la.. Ni yang maleh ni..  
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)