Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, April 5, 2010

PETUA: YANG LAMA JANGAN DILUPA....

Assalamualaikum...

Bosan tak..? Aku sedikit bosan sekarang ni. Rasa macam nak terbang je. Nak terbang ke mana..? Ke mana-mana je la... janji dapat menghilangkan sikit kebosanan aku ni. Hehhh... tolong jangan perasan boleh tak..!! Tengok la badan tu dulu, lepas tu baru boleh cakap pasal terbang-terbang ni... Uiishhh... biso bonarrr...!! Apa..?? Ingat aku tak boleh terbang ke..?? Naik je la kapalterbang, abeh cerita... hakhakhak...

Dan untuk menambahkan lagi kebosanan ini, aku dengan rela hati menempek info mengenai khasiat pelbagai jenis ulam yang aku taipkan semula. Rajin tak..?? Ha.. ha.. ha... (sengal...). Siapa nak baca, silakan. Yang taknak baca tu... hmmmm....

Ulam Raja:
~> Di buat ulam kerana daun dan batangnya boleh membersihkan darah, menguat- kan tulang dan juga untuk kecantikan (awet muda).. ;)

Halia:
~> Sebagai rencah masakan. Air rebusan halia dipercayai dapat mengurangkan kolestrol dan sakit sendi. Halia yang ditumbuk halus dapat menyembuh luka dan mengurangkan bisa gigitan binatang dengan memupur pada bahagian yang cedera.

Serai Wangi:
~> Daunnya antara ramuan mandian ibu lepas bersalin. Air rebusannya boleh diminum untuk meredakan sakit kepala. Bagi pesakit gastrik, ambil 30-45 gram serai wangi yang direbus bersama ayam dan minum air rebusan tersebut.. (wahh.. boleh cuba ni sebab aku ada gastrik...)

Jering:
~> Buah muda dan pucuk yang masih merah dimakan sebagai ulam. Kulit buahnya boleh direbus dan diminum bagi mereka yang menghidap kencing manis.

Pucuk Gajus:
~> Kaya dengan protein, zat besi, mineral, vitamin B2 dan C serta niasin. Pucuk muda boleh dimakan mentah manakala daun tua yang dihancurkan boleh digunakan untuk mengubati kulit melecur.

Serai:
~> Air rebusan secekak serai boleh dijadikan mandian anak yang menghidap penyakit kuning dan seeloknya dimandikan pada sebelah petang. Ia juga boleh mengurangkan lebihan kolestrol di dalam badan.

Mengkudu:
~> Air daripada buahnya diminum untuk melawaskan kencing. Buahnya dimakan untuk mengubati kencing manis dan bengkak hati (liver). Daunnya digunakan sebagai pembalut batu tungku dan ramuan mandian untuk ibu lepas bersalin. Daun- nya dipanaskan dan ditampal pada perut untuk melegakan sakit perut. Isi buahnya boleh digunakan untuk mencuci rambut agar cantik berkilau. Pucuknya juga boleh dimakan sebagai ulam (banyaknya khasiat... kena tanam sepokok ni..)

Cekur:
~> Daun dan ubinya dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Daun dan akar boleh dimakan mentah untuk meredakan batuk. Perahan daun yang ditumbuk boleh mengubati sakit tekak, demam dan sakit mata.

Kunyit:
~> Ibu kunyit dikatakan dapat mengecutkan rahim selepas bersalin. Boleh juga digosokkan pada muka untuk menghilangkan jerawat. Kunyit muda dibuat ulam untuk memperbanyakkan susu ibu selepas bersalin.

Petai:
~> Mengandungi bahan antidiabetik (boleh melawan kencing manis) dan antikanser. Kaya dengan mineral seperti kalsium, fosfat, natrium, magnesium, zat besi, vitamin C, niasin dan protein. Petai boleh dimakan sebagai penawar tambahan bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi.

Nota sengal: Zaman sekarang ni mana ada orang nak susah-susahkan diri makan dan buat semua ni. Makan pil lagi senang.. :p

Nota bernas: Ini adalah artikel yang aku ambil dari majalah Jelita keluaran Jun 1999. Kajian dilakukan oleh Pensyarah di Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi iaitu Dr. Suhaila Mohamed... :)
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)