Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, January 21, 2011

BUAT SENDIRI DI RUMAH: Buat apakah itu..???

Assalamualaikum...

Korang tengah dalam pantang bersalin ehh..?
Nak petua tak..?
Tak nak..?
Apsal lak tak nak..?
Sebab takut tua..?
Caaaiittt...!!!
Kalau dah tua, mana ada pantang-pantang lagi dah..
Pantang jumpa ada la...
Muahahahaha...

http://www.emocutez.com

Ni ada sedikit petua bagi ibu yang sedang dalam pantang bersalin. Petua ni adalah merupakan petua dari masyarakat Siam.. Hahaha... Jeng.. jeng.. jeng... Jangan nak fikir ke lain ya... hehe..

Petua ni aku copy paste dari suratkhabar Mingguan Malaysia keluaran Ahad, 14 Februari 2010... Waahhh...!!! Tarikh keramat tu...!!! Untuk orang Melayu yang masih tak sedar diri la... Ahakkss..

Okay, ni dia petuanya. Sila baca betul-betul. Takut nanti tersalah baca dan tersalah ikut, jadi lain la pulak. Bentan nanti kang susah pulak suami nak mengadap fesbuk... kihkihkih..

http://www.emocutez.com


1 - Rawatan bahagian sulit... (gulpp...!!)
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Mengikut kepercayaan tradisional Siam, rawatan untuk pengecutan rahim dilakukan dengan aturcara bertungku besi. Tungku yang berbentuk bujur dibakar sehingga panas dan dialas dengan daun-daun seperti daun tahi ayam (what..!!!), daun mengkudu dan daun kunyit. Bagi menghindarkan infeksi atau kegatalan di faraj, digunakan air rebusan garam kasar dan asam keping bagi dijadikan air membasuh atau rendaman bahagian sulit...

2 - Tangas dan lulur wangi...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Telah menjadi satu kemestian bagi orang Siam mengakhiri pantang bersalin dengan tangas wangi atau herba aroma terapi. Rumusannya adalah daripada kayu cendana, putik bunga yang harus seperti melur dan cempaka, beras pulut atau beras hitam, cekur dan bonglai yang digiling halus dan dijadikan penyental untuk menghaluskan dan memejalkan kulit...

3 - Amalan pemakanan...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Sebagai penjagaan dalaman supaya kembali segar tubuh badan serta rapi rahim dan saluran sulit, amalkan pemakanan utama iaitu pulut halus atau pulut wangi yang dipercayai dapat mempertahankan kejelitaan kulit. Pulut hitam pula diyakini dapat menguatkan aliran darah.

Selain itu, disyorkan pelbagai jenis amalan awet muda seperti kerabu. Di dalam setiap kerabu, terdapat campuran lengkuas, kunyit hidup, halia dan serai yang segar. Kerabu diambil sebagai makanan harian. Bahan-bahan masakan jenis berkuah lazimnya direbus tanpa ditumis seperti jenis tom yam atau masakan berkukus seperti otak-otak berherba...

4 - Ubat mentah...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Sebagai rawatan perubatan, bidan-bidan Siam atau "Teratkun Motanya" akan menyediakan bahan-bahan herba segar yang digiling halus yang dikenali sebagai ubat mentah. Ramuan ubat mentah lazimnya mengandungi limau purut, manjakani, kunyit, putik bunga tanjung dan putik bunga senduduk. Ada pula resepi yang menggunakan daun kaduk dengan hirisan limau purut, hirisan kunyit hidup, lada hitam, beras goreng, hirisan kelapa goreng serta serbuk ikan kering...

5 - Rahsia sirih...
▬▬▬▬▬▬▬▬

Di daerah selatan Siam (seperti Pattani), kaum wanita mereka gemar menggunakan sirih dalam setiap rawatan penjagaan ibu bersalin. Telah menjadi amalan tradisi mereka untuk mengunyah sirih yang dicampur dengan bahan-bahan rempah ratus bersama secalit kapur, secubit gambir, sekuntum cengkih, secubit kayu manis serta sekacip pinang. Sirih dipercayai mempunyai ciri anti septik dan pembersih darah...

6 - Rawatan mandian...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Mandian herba disediakan dengan air rebusan yang melebihkan daun serai wangi dan daun pandan. Untuk mengeluarkan angin melalui peluhan selepas mandi, ibu-ibu melakukan tangas bagi menguatkan otot di bahagian sulit serta sendi dari tulang di samping melangsingkan tubuh badan...

Okay, ini sahaja yang dapat aku kongsikan kali ni. Semoga ibu-ibu semua selamat dari jangkitan angin meroyan. Ikuti dan patuhilah amalan berpantang ni ya... Dengarlah nasihat dari bidan masing-masing yang lebih pakar. Kalau bidan tu kata jangan... maka jangan la...

http://www.emocutez.com

Aku kata: Petua di atas tu untuk rawatan kat rumah atau buat sendiri di rumah. Tapi kalau malas nak buat, boleh aje pergi spa. Jangan sampai spa tu "terkena" serbu dah la... Maklum la kan, spa sekarang ni macam-macam adaaaaaa.... =D
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)