Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, June 25, 2019

Udang masak lemak cili padi dengan mangga telur muda.

Assalamu'alaikum.

Udang masak lemak cili padi dengan mangga telur muda.


Pergh...! Baca tajuk entri je dah buatkan aku menelan air liur. Mujurlah sempat telan. Kalau tak, habis la meleleh air liur tu. Kah..!


Sebenarnya, masa raya hari tu, kakak aku yang kat Labis tu bawak balik tiga bungkus udang segar. Sebungkus tu sekilo. Maknanya, dia bawak tiga kilo la. Udang besar-besar pulak tu. Hargapun besar la jugak. Kalau aku, memang tak mampu la nak beli. Tapi kakak aku dah niat nak bagi makan kaum-kerabat, tu yang dia beli tu. Alhamdulillah, merasalah makan udang mahal. Moga Allah murahkan lagi rezeki untuk kakak aku sekeluarga. Aamiin.


Udang tu, kakak aku masak lemak cili padi dengan mangga telur yang masih muda. Kebetulan buah mangga telur kat depan rumah aku sedang lebat berbuah sampai tak termakan dah. Dia masak udang tu dua bungkus je. Buat pulak kuah pekat. Memang mabeles sungguh la rasa dia, kan?


Selepas masing-masing balik, cuti rayapun dah habis, akupun teringin pulak nak makan udang macam yang kakak aku masak tu. Maka, gigih la aku pi beli udang kat pekan sehari. Sekilo harga dia RM36. Redah je la beli. Boleh masak tiga kali. Hik.


Yang ini, pertama kali aku masak lemak cili padi udang dengan mangga telur muda ni. Selalunya aku tak suka masak lemak cili padi yang campur benda masam-masam ni. Tapi selepas aku rasa masakan kakak aku hari tu, dengan tak sengaja, aku jadi tersuka la pulak. Haha.


Jom la tengok gambar. Ni aku masak sendiri tau. Dari awal hingga akhir, semuanya aku buat sendiri kecuali kupas dan mesin kelapa. Yang tu biarlah aku bagi kat abang aku. Heh.


 Udang ni, buang dahulu urat taik dia. Kalau tak buang, siapa yang ada gout, memang bengkak la kaki tu lepas makan. Macam mana nak buang urat taik tu? Pergi google la weiii...! Akupun belajar dari kakak aku hari tu. Mula-mula tu terkial-kial la jugak nak tarik urat tu. Haha.


 Sebatang serai dititik, satu inci kunyit hidup ditumbuk dan satu senduk kecil cili api yang dah siap aku kisar. Masukkan semuanya ke dalam periuk.


 Mangga telur 3 biji. Hirislah ikut suka. Udangnya dalam 20 ekor je. Cukup la mangga banyak ni.


 Santan dari dua biji kelapa. Mentang-mentang la kelapa banyak kat rumah ni, kita pulun aje la guna. Heh. Masakkan kuahnya dahulu. Kacau selalu supaya kuah tak pecah minyak. Masak hingga kuah mendidih. Masak lama sikit supaya cili api tu betul-betul masak. Kang kalau cili api tu tak masak betul, takut ada yang sakit perut pulak.


 Kuah dah mendidih, masukkan mangga muda. Tunggu mendidih lagi sekali.


 Apabila kuah sudah mendidih lagi sekali, masukkan pula udang. Masukkan sekali garam kasar secukup rasa. Biarkan mendidih sekejap dan boleh la tutup api. Udang tak boleh masak lama sangat. Nanti rasa manis dia hilang.


Siap dah! Sedapnya la haiihh....! Manis sangat rasa udang tu. Tambah lagi dengan masam mangga telur tu, dengan kuah yang sedikit pekat, memang makan hingga menjilat pinggan baq ang.. 



p/s: Sesekali, nak jugak merasa makanan yang mahal sikit. :) Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah limpahkan pada aku dan kaum-kerabat aku. Moga Allah terus melimpahkan rezeki buat kita semua. Aamiin.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)