Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, April 2, 2015

Kembara PahangFM...

Assalamu'alaikum...

Kembara Pahang FM...


Minggu lepas, program Kembara PahangFM ni berkampung kat sini.. Aku tak berapa tau pasal jadual program ni tapi hari Ahad tu, iaitu hari akhir, aku datang jugak ke padang ni untuk memeriahkan majlis..  Khabarnya pelajar dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) pun ada join sekali sebab sebelum balik tu aku ada nampak bas dorang..


Dulu pihak PahangFM pernah datang sini, di padang yang sama.. Masa tu lagi meriah dengan gerai keliling padang.. Kali ni skopnya kecil sikit.. Tapi kemeriahan tu tetap ada.. Dorang juga ada bawak pihak Bank Simpanan Nasional untuk menggalakkan lebih ramai lagi membuka akaun dan menabung untuk masa depan.. Syabas...





Program bermula dari petang Jumaat hingga tengahari Ahad.. Hari Sabtu malam minggu tu ada persembahan dari Nassier Wahab dan Shura tapi aku tak pergi.. Malam la pulak, kan..






Pagi Ahad tu ada acara melukis untuk kanak-kanak yang terbahagi kepada dua kumpulan.. Satu kumpulan untuk yang berumur bawah 7 tahun dan satu kumpulan lagi untuk yang berumur dari 7 hingga 9 tahun..





Lepas tu ada acara pertandingan karaoke dan juga pertandingan memasak.. Sebelum acara berakhir, para jemputan dijamu dengan makanan tengahari.. Alhamdulillah.. 


DJ dua orang ni aku tak tau nama dorang.. Maaf ya... Tapi dorang berdua memang gempak la.. Best layan dorang punya celoteh... hehe... Aku tak tau la samada dorang ni DJ ataupun budak UMP tu.. ahahaha ampunnn....


Ni suara DJ yang testing untuk segmen karaoke.. Boleh tahan jugak suara beliau.. hehh..


Ada beberapa video lagi yang aku ambil tapi cukuplah video DJ tu je yang aku kongsikan kat sini.. Takut aku nak sesuka hati upload video lain tu.. ahaha...


p/s: Terima kasih daun keladi.. Lain kali datanglah lagi.. 

Buat book/novel cover lagi.. Meh la beli.. hehh...

Assalamu'alaikum...

Buat book/novel cover lagi.. Meh la beli.. hehh...


Aku buat lagi book/novel cover ni.. Re-stock sikit-sikit ikut kemampuan yang ada.. Kemampuan tu termasuk dari segi tenaga, masa dan kewangan.. Kewangan tak sekencang kuda yang berlari.. Jadinya, buat setakat mana yang ada je la.. 






Book/novel cover yang ini dia punya saiz tak sama dengan yang dulu.. Yang ini saiz dia panjang dan lebar sikit dan takde butang serta tali.. Cuma ada bookmark sahaja..





Book/novel cover yang ini boleh muat untuk novel yang tebal sedikit seperti gambar di bawah manakala yang dulu tu boleh muat untuk standard size....





Harga untuk setiap satu keping book/novel cover ni adalah RM10 belum masuk harga pos.. Harga pos biasalah iaitu RM6 untuk Semenanjung dan RM10 untuk Sabah dan Sarawak.. Jika nak jimat kos pos, boleh la beli lebih.. Mana nak dapat harga murah macam ni uiii... Dah la tu, dijahit dengan penuh kasih sayang lagi.. Banyak kali digosok dan dibelai.. hehh..


Stok untuk cover ini cuma ada sikit sahaja.. Book/novel cover ni boleh dibasuh jika dah kotor.. Tapi basuh guna tangan la ya.. Jangan guna mesin basuh.. Takut nanti dia punya bookmark tu rosak.. Maklum la, bookmark tu dari riben yang jenis sopan santun gitu.. ahaha.. Lepas basuh dan kering, boleh la gosok untuk kembalikan dia punya bentuk asal.. Tak rugi tau beli book/novel cover handmade aku ni... hehh..



Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)