Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, April 30, 2018

Dia patah tengkuk la pulak..!

Assalamu'alaikum.

Dia patah tengkuk la pulak..!


Ingatkan nak tunggu dia besar lagi tapi apakan daya, tengkuk dia patah la pulak!





Kalau dah patah tengkuk macam ni, memang kena potong habis la jawabnya. Besar dan berat buah nanas ni. Berat dia 2.6 kilo.





Aku ambil buah nanas ni pada hari Sabtu, 28/4 hari tu. Memandangkan kulit nanas tu tak berapa menyerlah lagi, maka akupun peram la dulu. Hari ini, aku tengok kulit tu dah bertambah banyak dia punya warna oren.





Esok dah boleh kupas dah kot nanas ni. Takut nanti busuk pulak kalau dibiarkan lama-lama. Tak sabar ni nak merasa buah nanas hasil dari tangan sendiri. Harap-harap rasanya manis leting la macam orang yang menanamnya. Kahkahkah!


p/s: Apapun, alhamdulillah. Berakhir sudah penantian aku selama lebih daripada dua tahun. Berbaloi menunggu.
.

Formula asas untuk ambil ukuran pesak buluh.

Assalamu'alaikum.

Formula asas untuk ambil ukuran pesak buluh.

Gambar kat bawah ni adalah cara untuk ambil bahagian pesak atas dan pesak bawah bagi baju kurung pesak buluh iaitu baju kurung biasa (tradisional) dan baju melayu. Aku dapat gambar ni dari sebuah grup jahit menjahit di fb.




Selama ni, kita agak sukar nak ambil bahagian pesak ni tapi dengan menggunakan formula ini, ianya tidak lagi memeningkan kepala. Yang penting, kena ambil ukuran keliling dada dan keliling ponggong pada badan. 


Formula untuk ambil ukuran bagi pesak atas adalah:
Keliling dada bahagi 16 + 1/2
Contoh: 36 bahagi 16 + 1/2 = 2 3/4 @2.7


Formula untuk ambil ukuran bagi pesak bawah pula adalah:
Keliling ponggong bahagi 8
Contoh: 36 bahagi 8 = 4 1/2 @4.5


Gambar di bawah adalah ukuran yang diambil berdasarkan pada baju contoh. Maksudnya, ikut aje ukuran yang sedia ada pada baju yang dah siap. Kalau macam ni, senang sikit sebab tak payah dah susah-susah nak ambil ukuran keliling dada dan keliling ponggong.





Ini pula adalah ukuran baju dalam ukuran inci untuk wanita dewasa. Boleh la dijadikan panduan jika nak buat baju ready made.




Gambar kat bawah ni, aku ambil dari blog aturgaya. Terima kasih atas perkongsian. Aku masukkan di sini supaya senang untuk aku buat rujukan.




p/s: Sama-samalah kita panjangkan ilmu. Jangan kedekut dengan ilmu yang kita ada. Takkan ke manapun kita jika kita kedekut dan tamak haloba.
.

Friday, April 20, 2018

Dah besar dah dia. Alhamdulillah.

Assalamu'alaikum.

Dah besar dah dia. Alhamdulillah.

Apa dia yang dah besar tu? 
Ada la. 
Haha.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ni ha bendanya. Pokok asparagus yang aku semai pada 6/11/2017 dulu dah mula membesar dah. Alhamdulillah. Seronok tengok perkembangan asparagus ni.


Ada dua pasu yang aku tanam asparagus ni. Satu pasu saiz biasa dan satu lagi saiz ala-ala mini tempayan. 






Yang ni pokok asparagus dalam pasu ala-ala mini tempayan tadi. Nanti kena tambah tanah lagi dalam pasu tu.



 Rebung asparagus tu tersekat kat botol plastik tu. Dia tak lepas keluar. Aku baru perasan dia tersekat. Tu yang dia jadi bengkang bengkok macam ular kena palu. Dah hampir sama besar dengan saiz kacang panjang dah. Alhamdulillah.


Dah mula keluar bunga jugak. Seronoknya tengok. Alhamdulillah.


Lambat lagi boleh tuai rebung asparagus ni. Ada orang kata, kena tunggu dua tahun baru boleh ambil rebung tu. Kalau ambil awal sangat, takut nanti pokok tu bantut dan tak tahan lama. Pokok asparagus aku ni baru lima bulan umur dia.


p/s: Takpe. Aku boleh je sabar menunggu. Harapnya takde la tangan lain yang gatal pi potong rebung tu. Mau meroyan aku nanti. Heh.
.

Monday, April 16, 2018

Moh ler kita merempit..!

Assalamu'alaikum.

Moh ler kita merempit..!

Perancangan aku, aku nak siapkan semua jahitan sebelum bulan puasa. Harapnya, apa yang aku rancang akan menjadi kenyataan. Aamiin.








Antara baju kurung yang sudah aku jahit. Tinggal kerja akhir je seperti sembat, buat lubang butang dan pasang cangkuk kain.




Sekarang, rehat sekejap dari buat baju orang. Apa kata kita buat baju sendiri pulak. Heh.









Selongkar punya selongkar, jumpa la kain bidang 55/60 inci ni. Rasanya semua kain ni adalah dari pemberian orang. Kiranya, boleh la aku jahit baju aku dulu. Lagipun, tempahan cuma tinggal empat pasang baju melayu dan empat pasang baju kurung yang masih belum dipotong lagi kainnya. Yang selebihnya, sudah aku jahit. Cuma tinggal nak buat kerja finishing je.












^
Baju sendiri, boleh la cuba dulu. Heh.
v


Aku tak banyakpun terima tempahan. Lagipun, kat area kejiranan aku kat sini je dah ada tiga empat orang yang ambil upah menjahit. Rezeki masing-masing la, kan? Orang tak hantar tempahan, kita boleh je jahit baju sendiri. Haha.










p/s: Moga aku masih ada rezeki dalam bidang jahitan ini walaupun ada individu yang jadi batu api supaya orang tak hantar kain kat aku kerana sesungguhnya, aku percaya pada rezeki dari Allah.
.

Tuesday, April 10, 2018

Baiki lampu LED mesin jahit.

Assalamu'alaikum.

Baiki lampu LED mesin jahit.

Ni wire lampu LED yang putus hari tu. Sebenarnya, dah lama dah lampu ni tak menyala. Masa tu, aku dah cuak dah. Masa tu jugak aku tak pasti lagi apa masalah lampu ni. Dalam hati berdoa, janganlah lampu ni rosak. Mahal weii aku beli lampu ni.




Sebab tu la aku bising apabila solder iron aku missing. Sebab apabila jadi kes macam ni, aku takde alat tu untuk baiki kerosakan. Mujurlah adik aku yang kat Shah Alam tu bagi pinjam solder iron dia walaupun solder iron tu jauh benar bezanya dengan solder iron aku dulu. Haha. 




Wire yang putus tu sudah aku solder balik semula. Terkial-kial jugak la nak guna solder iron tu sebab solder iron aku dulu lain. Lagi satu, timah tu kena cucuh dulu kat paste dia. Dah macam paste belacan dah rupa soldering paste tu. Haha.




Alhamdulillah, dah berfungsi semula lampu Led aku tu. 




Lampu LED ni kecil cinonet je tapi harga dia boleh tahan. Orang tu letak harga RM100 tapi aku mintak kurang sebab bajet aku cuma RM60 je. So, dia bagi la RM70.




p/s: Ada juga untungnya aku kerja kilang elektronik dulu walaupun ramai yang pandang rendah kerja aku tu.  Dan tak sia-sia aku jadi repair girl.   
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)