Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, June 7, 2018

Cara buat dan jahit sarung bantal untuk sofa.

Assalamu'alaikum.

Cara buat dan jahit sarung bantal untuk sofa.

Sarung bantal sofa aku ni, dah bertahun tak berganti. Asyik la basuh dan pakai sarung yang sama. Apa nak buat, bajet nan hado. Maka, pakai aje la selagi dia tak koyak. Heh.


Tapi disebabkan aku ada stok kain yang aku beli dulu, akupun merajinkan jari aku untuk jahitkan sarung yang baru. Kiranya mood tengah baik la tu. Haha.


Bantal sofa aku ni ukuran bantal dia 15 X 15 inci. Maka, ukuran yang aku gunakan untuk buat sarungnya adalah:

1 keping kain 16 X 16 inci
1 keping kain 16 X 14 inci
1 keping kain 16 X 6 inci




Cara nak jahit sarung bantal sofa ni, boleh la rujuk pada setiap gambar yang aku sediakan. Senang je nak jahitnya. Yang penting, jangan gelojoh dan kena banyak bersabar. Siapa yang kurang sabar, memang tak boleh jadi tukang jahit. Heh.


Jahitkan dahulu bahagian tepi kain yang 16 X 6 inci dan cantumkan dengan kain yang 16 X 16 inci. Tengok gambar bawah ni naaa..


  

Lepas tu, jahitkan pula bahagian tepi untuk kain yang berukuran 16 X 14 inci. Bahagian yang kat jari aku tu. Bahagian keliling kena jahit tepi ya untuk elakkan benang kain tu terburai. Lagipun tak cantik la jika tepi tu tak dijahit. Nampak serabut walaupun nanti dia duduk kat bahagian dalam.




Kemudian, tindihkan kain 16 X 14 inci tadi di atas kain yang telah dijahit mula-mula tadi. Jahit keliling ya. Seeloknya, mulakan jahitan dari bawah untuk mengelakkan kain tu terkeluar dari ukuran asal.




Terbalikkan. Dah siap! Jika rajin, boleh la gosok dahulu supaya nampak lagi kemas.




Akhir sekali, bolehlah hiaskan dengan butang dan tali ataupun apa sahaja aksesori yang kita suka. Terpulang pada kreativiti masing-masing la ya.





Sebenarnya, aku jahit sarung bantal sofa yang corak merah ni dulu tapi disebabkan aku tak ambil gambar cara potong kain, maka akupun buatlah pada kain yang corak hijau tu. 







Lebihan kain, aku jahitkan beg ni. Sayang nak biarkan macam tu je. Boleh jugak buat isi beberapa buah novel. Dah jimat dah tak payah beli beg baharu. Orang bukannya tahupun aku gunakan kain yang sama dengan corak sarung bantal tu. Bukannya ramai manapun yang baca blog aku ni. Kah..1





Ini pula lebihan kain corak hijau tu. Aku buatkan beg juga tapi belum siap lagi. Talinya aku tak jahit lagi. Kononnya nak buat ala-ala sling bag la.





Gigih tu pergi jahit tepi tu dengan benang kait. Haha. Mula-mula ingat nak kait kat tepi tu tapi leceh la pula sebab nak kena buat lubang dulu. 




p/s: Aku ni jenis sempoi. Aku pakai je apa yang aku suka. Yang penting, jimat dan tidak membazir. Apa guna beli beg mahal dan branded tapi isi di dalamnya nan hado. Kalau adapun, setakat barang mekap dan handphone je. Ehh..!
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)