Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, November 10, 2013

Projek tengah malam: Lemon butter cake..

Assalamualaikum...

Projek tengah malam: Lemon butter cake..


Bila mood nak menyelongkar dapur tu datang, tak kira masa dah.. Asal ada bahan je, jalan.. ahahh.. Ni pun baru je siap bakar lemon butter cake ni..


Sebenarnya, takde benda nak kudap.. Biskut cap ping pong ada je tapi nak makan macam tu aku tak pandai.. Kalau nak makan biskut tu, mesti nak kena cicah dengan air neskepi ataupun milo.. 


Tunggu masa nak masuk oven..


Aku gunakan acuan yang ni pulak..


Sumbat sekali dengan tutup dia masuk dalam oven.. Amekawww... ahahh...


Selepas lebih kurang 45 minit, dengan suhu 150C, api atas dan bawah, ni la dia hasilnya..


Senget sebab dah dari asal senget.. Permukaan pulak dah macam rupa bulan.. huwawawa...




p/s: Rasanya resepi kek lemon ni ada kat blog dapo kot.. Cuma kali ni aku tak letak esen vanila tapi aku gantikan dengan lemon emulco.. Takpe la, nanti aku masukkan entry baru untuk resepi lemon butter cake ni.. Boleh jugak aku rujuk kat situ je nanti.. ahaaaa...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)