Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, September 17, 2014

Semalam punya cerita.. :)

Assalamu'alaikum...

Semalam punya cerita.. :)


Ni gambar semalam.. Kitorang masak sama-sama sebab adik nak balik.. Bekalkan dia dan bekalkan sekali untuk anak lelaki dia yang kat kolej tu sebab budak tu tak ikut balik sini.. Sambal tumis petai tu memang kegemaran dorang anak beranak.. Aku memang kureng sikit bab sambal menyambal ni.. hehh...








Ni kat bawah ni takde kena mengena dengan semalam punya cerita.. Tapi nak bebel la sikit.. hehh..


Budak-budak sekarang ni memang susah nak bawak bekal balik ke asrama atau kolej dorang walaupun naik kenderaan sendiri atau dihantar sampai depan asrama/rumah.. Aku dulu sanggup bawak beg yang penuh dengan bekal makanan yang mak masak turun naik bas.. 


Pertama, sebab dapat jimatkan belanja untuk sehari dua dan yang kedua dapat jamu kawan-kawan makan masakan mak kita.. Jamu kawan makan juga dapat pahala.. Lagi-lagi yang mak kita masak.. Besar hati orang tua tu bila kita sudi bawak balik makanan yang dia masak.. Mak yang 'malas' nak masak bekal untuk anak tu lain cerita la... Yang ni, aku tak nak komen.. 


Tapi budak-budak sekarang tak tau langsung nak menghargai susah payah mak masing-masing yang bertungkus lumus memasak.. Alasannya; segan la, leceh la, berat la, nak singgah mana-mana dulu la, takde siapa nak makan la dan pelbagai jenis alasan lagi.. Yang sebenarnya dorang ni senang nak dapat duit, tu yang bagi alasan macam-macam tu.. Cuba kalau kau tu jenis susah nak dapat duit, atau dari keluarga yang daif..?


p/s: Selalu kena perli dengan pemandu teksi sebab bila dorang angkat beg aku tu rasa berat semacam je.. Dorang tanya; ni bawak balik batu bata ke apa ni.. hahaha.. Aku senyum je la.. hehh.. Semua ini dah tinggal kenangan..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)