Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, June 26, 2022

Kumpulan 7 Surah.

 Assalamu'alaikum.

Kumpulan 7 Surah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Buku Kumpulan 7 Surah ini merupakan pemberian daripada seorang kenalan facebook yang aku follow sejak dulu iaitu papa si #JelinHazelin. Ingatkan ada sebuah je. Rupanya ada dua buah. Terima kasih banyak-banyak ya pokcik. 😁😁😁 Moga Allah luaskan lagi rezeki buat pokcik serta seluruh keluarga. Aamiin.





Boleh beli buku ni secara online di www.hidayah.com.my atau cari saja alhidayahpublisher di medsos sedia ada.



p/s: Saja letakkan dalam blog sebagai menghargai pemberian tersebut.

.

Friday, June 24, 2022

Misi mencari rebung di kampung.

 Assalamu'alaikum.

Misi mencari rebung di kampung.

Minggu lepas, aku balik ke kampung di Rembau setelah 6 tahun aku tak balik sana. Hampir seminggu jugak la aku dok kat kampung tu. Rumah pusaka Omak aku memang dah takde dah. Sudahpun dirobohkan sebab uzur sangat dah rumah tu. Sekarang, kakak aku yang buat rumah baharu dan dia la yang tinggal di kampung.

Disebabkan lama tak balik kampung, maka banyaklah aktiviti yang aku buat dan tempat yang aku pergi. Salah satunya adalah meredah kebun sawit untuk mencari rebung. Bukan aku yang ambil rebung tu tapi jiran yang tolong ambilkan. Terima kasih banyak-banyak pada jiran suami isteri. Alhamdulillah.

Nak cerita banyak-banyakpun, letih jari nak menaip guna handphone ni. So, aku tepek gambar dan video je la ya. 😁😁😁














Rebung yang dah hiris aku tak sempat nak ambil gambar. Penat dan tak cukup masapun ya jugak. Kakak aku yang banyak hiris rebung ni. Aku cuma hiris sebatang je. Lagi dua batang tu aku bagi kat Abang Ngah aku. Biarlah dia hiris sendiri kat rumah dia.



p/s: Jumpa lagi di lain cerita. Banyak lagi gambar dan video yang aku ambil semasa dalam perjalanan balik ke kampung dan semasa berada di kampung tu.

.

Kek carrot gebu by Cik Azz. 🥰

 Assalamu'alaikum.

Kek carrot gebu by Cik Azz. 🥰

Kali ni aku nak share gambar kek carrot gebu pulak. Ni kali pertama aku buat kek carrot ni. Bahan sama je macam kek marble hari tu. Cuma add on je satu cawan carrot yang disagat.









Or else, korang boleh je tengok video ni kat tiktok aku. Orang bertiktok, akupun nak jugak ada tiktok. Barulah ikut trend. Gittew...!!! 🤭🤭🤭




p/s: Sampai jumpa lagi di lain entri. Senyum selalu dan jaga diri ya. Dan jangan suka membawang. 😊😊😊

.

Friday, June 10, 2022

Resepi kek marble gebu gebas.

 Assalamu'alaikum.

Resepi kek marble gebu gebas.

Selamat tahun baru 2022. Haha. Punya la lama aku tak update blog. Sadis sungguh..!


Apa khabar semua? Doa aku agar semuanya sihat sejahtera dan baik-baik belaka hendaknya. Allahumma Aameen.


Okay la. Saja aku nak share resepi kek marble yang gebu gebas yang berjaya aku buat ni. Siapa yang selalu baca blog aku, mesti tau yang aku ni asyik gagal je bila buat kek marble. Banyak yang tak jadi dari jadi. Tu yang bila jadi gebu gebas ni, aku teruja sangat. Kiranya satu kejayaan besar la buat aku yang tak pandai buat kek ni. 🤭🤭🤭





1 buku butter - 250 gram
3/4 cawan gula kasar
4 biji telur gred B
1 penutup botol esen vanila
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu makan baking powder
2 sudu makan susu segar @ susu cair ( jika tiada, boleh gantikan dengan 1 sudu makan susu tepung yang dibancuh dengan sedikit air dan jadikan air susu tu dua sudu makan)






1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan bertukar warna kepada krim. Aku guna hand mixer je. Mix laju lebih kurang 10 minit.

2. Masukkan sebiji telur dan pukul lagi dalam seminit. Lepas tu masukkan lagi sebiji telur dan ulang proses yang sama hingga telur habis.

3. Masukkan pula esen vanila dan pukul sekejap.

4. Matikan mixer dan kaup balik adunan dengan spatula.

5. Ayak tepung dan baking powder. Kemudian, masukkan sedikit tepung dan kaup balik sambil selang selikan dengan bancuhan susu. Ulang hingga habis.

6. Lenserkan keseluruhan dalam loyang dengan marjerin. Jangan guna minyak ya. Guna marjerin untuk elakkan kek melekat pada acuan. Tak perlu guna baking paper.

7. Bakar hingga kek masak. Aku bakar atas dapur gas je. Dalam masa 30 minit dah masak dah kek marble aku tu. Guna api kecil ya.


 











Okay la. Sampai sini dulu. Ada kerajinan, aku update lagi blog aku ni. Terima kasih sudi singgah dan baca. 🥰
.





Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)