Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, November 28, 2016

Gergaji sendiri dahan pokok mangga.

Assalamu'alaikum.

Gergaji sendiri dahan pokok mangga.

Hari tu masa aku nak tajak tanah, aku kena serang dengan semut api. Tadi masa dok gergaji dahan pokok mangga telur ni, aku kena gigit dengan kerengga pulak. Susah jugak kalau ramai peminat ni. Semua dok attack je. Hahahaha.





Tak kemas lagi ni. Dahanpun tak habis gergaji lagi. Kena tunggu kerengga tidur baru boleh sambung buat kerja. 😤😤😤 Sementara nak tunggu petang nanti, jom la kita makan biji gajus homemade ni.




p/s: Mood membaca novel jatuh merudum. So, layan aje la apa-apa kerja kat rumah ni. Makanpun satu kerja jugak, kan? Haha.

Friday, November 25, 2016

Cara mudah bakar biji gajus.

Assalamu'alaikum.

Cara mudah bakar biji gajus.


Yeszzaaa...! Hahaha.


Sekarang ni aku dah malas dah nak bakar biji gajus ni guna oven letrik. Oven besar, power kuat, nanti bil letrik mencanak naik. Tak kuasa aiihh nak bayar bil letrik banyak-banyak ni. Pening kepala dibuatnya nanti. Heh. Makanya, aku kenalah cari cara alternatif untuk membakar biji gajus ni, kan? Dan caranya mudah sesangat weh. Hehe. 


Korang gunakan aje kuali non stick ni. Biji gajus tu korang lalukan bawah air sekejap. Lepas tu, toskan sampai kering. Tos sampai takde air yang menitis. Kalau tak nak lalukan bawah airpun takpe jugak. Boleh je terus guna. Ikut masing-masing la, ya tak?




Kemudian, korang taburkan sedikit garam halus dan gaul untuk ratakan garam tu. Lepas tu, dengan menggunakan api dapur yang paling kecil, korang tutuplah kuali tadi.




Apabila dah ada bau, korang boleh la buka tudung periuk tadi dan kacau-kacau la biji gajus tu. Balik-balikkan dia. Garam tu tak hancurpun tapi biji gajus tu tetap ada rasa masin. 





Okay, dah siap dah biji gajus yang dibakar dengan kuali non stick ni. Biarkan sejuk dahulu. Lepas tu, boleh la masukkan ke dalam bekas kedap udara. Garam tadi tak payah la kaut sekali tapi jika nak masukkan sikit, sekali lagi terpulanglah pada kehendak masing-masing. Jangan risau biji gajus tak masak. InsyaAllah, elok je dia masak sebab kuali tu kita tutup dengan tudung periuk. Kiranya macam bakar dalam oven jugak la. Lagipun biji gajus ni lembut je dan bukannya keras macam biji badam tu.





Dan, boleh la jadikan biji gajus bakar ni sebagai kudap-kudapan sambil menonton tv. Buat sendiri lagi jimat dari membeli. Biji gajus mentah macam ni setengah kilo harganya dah hampir RM25. Itu harga untuk masa bulan puasa hari tu. Sekarang ni tak tau la berapa harga dia. Kalau yang dah siap panggang tu, lagi la mahal harganya. Jadinya, mana yang boleh kita jimat tu, kita berjimat la tapi kenalah ada usaha iaitu rajin buat sendiri. Hehe.


Bagus makan biji gajus bakar ni. Kentut meletus-letus keluar. Pembuangan bahan buanganpun lancar je. Badanpun rasa ringan je. Takde la badan rasa sebu dan berat je. Hahaha. 



Wednesday, November 23, 2016

Main kukus-kukus dan bakar-bakar je.

Assalamu'alaikum.

Main kukus-kukus dan bakar-bakar je.


Hampir dua minggu ni, aku cuma masak jenis kukus-kukus dan bakar je. Dah jarang sangat dah nak masak yang bergoreng kecuali la goreng karipap ataupun keropok. Bukan sebab harga minyak masak yang naik tapi sebab nak kurangkan makan makanan yang berminyak. Maklum la, penyakit dah datang ni, macam-macam la kena berpantang makan. Bukan pantang jumpa tau. Kalau pantang jumpa ni memang bahaya la jawabnya. Haha.


Mula-mula tu, aku kukus guna pengukus. Tapi lepas tu, aku gunakan kuali non stick dan tutup dengan tudung periuk. Cuma aku letakkan sedikit air dalam setiap masakan supaya masakan tak kering dan cepat hangit. Ikan yang biasa aku gunakan adalah ikan kembung, ikan tongkol dan ikan siakap serta ayam tapi ayam ni biasanya aku bakar.


Jom la tengok gambar yang sempat aku ambil. 





Ini pulak ayam yang aku bakar. Aku letakkan jugak sedikit air dan masak hingga air tu kering. Api pulak aku gunakan api yang perlahan dan tutup kuali tu untuk mempercepatkan proses memasak dan supaya wap tak lepas keluar.



 Terung ni kena keluarkan awal sebab dah masak dah.







Hari ni, aku dok kukus ikan kembung dengan kentang ni pulak. Sekejap je dah masak dah. Dalam masa lebih kurang 10-15 minit, dah siap dan dah boleh makan.





Dah masak dah. Jemput makan! Haha.





Bahan yang aku masukkan dalam ikan kukus dan ayam bakar aku tu sama je. Aku gunakan bahan asas je. Aku masukkan bawang putih, halia, bawang besar, cili besar, sos tiram, serbuk lada hitam, sedikit kiub ayam Knorr dan air perahan lemon. Kulit lemon tu jangan dibuang. Potong kecil dan masukkan sekali dalam bahan. Bawang putih dengan halia tu aku titik-titik gitu je. Kalau malas, aku main hiris je. Gaulkan semua bahan dan perap sekejap. Jika tak nak perap pun takpe. Boleh je terus masak. Lagipun kuali tu kita tutup. So, wap tu akan terperangkap dalam kuali tu je.


p/s: Mudah dan ringkas serta berkhasiat. Ye ke berkhasiat? Ahahaha.

Sunday, November 20, 2016

Walla! Bersama blogger Julia Johari.

Assalamu'alaikum.

Walla! Bersama blogger Julia Johari.


Alhamdulillah, dapat jugak aku tengok blogger si putih gebu Julia Johari ni dalam rancangan Walla di RTM1.

💃💃💃💃

Sebenarnya, Ju dah bagitau dah fasal ni. Dia dah buat entri dahpun berkaitan dengan rancangan Walla ni. Kalau Ju tak bagitau, memang aku sendiri tak tau akan keujudan rancangan Walla ni. Maklum la, aku dah lama sangat tak tengok tv di waktu siang hari. Ni entri kedua Ju berkaitan dengan Walla ni.


Jom tengok gambar yang sempat aku ambil dengan enpon cokia aku ni. Asyik la 'hang' je enpon ni. Ciskek sungguh. Haha.





Sedap betul tengok dia makan. Haha.


Okay, sekarang kita tengok gambar Ju pulak. Maaf ya Ju sebab gambar dari enpon ni tak berapa elok.






Dan aku juga sempat merakam video Ju tengah sembang-sembang dengan pengacara. Bersungguhnya la Ju makan. Kecur air liur weiii.. Haha. 



Buntangnya biji mata. Haha.


p/s: Tahniah untuk Ju. Moga terus sukses!

Tahu tak apa kegunaannya?

Assalamu'alaikum.

Tahu tak apa kegunaan benda ni? 


Pernah tengok benda ni? Tak pernah? Tahu tak apa benda ni? Tak tahu?





Jika tak tahu dan nak tahu, boleh la klik kat sini.  Banyak cerita yang netizen kongsikan. Semuanya hasil dari pengalaman masing-masing. 


Dulu, aku ada jugak bulu landak ni sebab abah (arwah) selalu bawa balik dari ladang sawit. Tapi sekarang dah takde dah. Dah hilang entah ke mana. Sayang sungguh. Sekarang ni memang susah la nak dapat. Menyesal jugak sebab tak simpan elok-elok. Jika tidak, boleh dijadikan kenangan.


p/s: Baca pengalaman kisah hidup orang ni bagus jugak. Boleh jadi panduan kepada diri kita. Mana yang baik tu, kita ambil sebagai pemangkin semangat dan mana yang tak baik tu, kita ambil juga untuk dijadikan panduan agar kita tidak tersasar jauh dari landasan kehidupan. 

Friday, November 18, 2016

Boleh percaya ke?

Assalamu'alaikum.

Boleh percaya ke?


Korang percaya tak dengan benda-benda macam ni? Boleh percaya ke?




Aku ni kalau bab macam ni, memang curios sikit la. Susah sikit aku nak percaya. Bukan apa, takut kena tipu je. 




Mula-mula tu, aku follow jugak benda ni. Aku ikut je la dan tick je pada tiap soalan yang diajukan. Akhir sekali, apabila kena apply itu ini, aku jadi malas nak teruskan. Hatipun mula la cuak semacam je. Terus aku klik X. Blah la, apa lagi. Haha.


Kalau korang percaya, boleh je kot join. Kot la ada rezeki korang kat situ. Tapi aku sekali lagi nak bagitau yang aku susah nak percaya. Biarlah orang nak kata aku kolot ke, apa ke. Takde jadi kudispun dengan kata-kata negatif orang ni. Haha.


p/s: Aku lagi suka join peraduan yang menawarkan hadiah berupa novel ataupun duit. Macam peraduan tulis cogankata ke, reka pantun ke, tulis esei pendek ke ataupun peraduan silangkata yang dianjurkan oleh majalah atau suratkhabar yang dipercayai keujudannya.

Tuesday, November 15, 2016

Aku punya supermoon.

Assalamu'alaikum.

Aku punya supermoon.



Alhamdulillah. Akhirnya, aku dapat jugak tengok supermoon ni. Mula-mula keluar langit cerah tapi bulan tak nampak. Mungkin terlindung sebab cuaca memang mendung je.





Pukul 9.42 malam, aku keluar rumah lagi sekali. Alih-alih tengok bulan dah terpampang depan mata. Subhanallah! Terus aku panggil abang aku. Boleh pulak dia kata bulan tu kocik! Sabar je la. Haha.




Bulan ni besar dan terang. Nampak ada lingkaran merah kat keliling dia. Tapi disebabkan kamera enpon aku jenis cap ayam, gambar takde la cantik mana. Ah, tak kisah la. Yang penting aku dapat tengok supermoon depan mata. Hehe.




Kiranya, ni rezeki aku la dapat tengok supermoon mengambang penuh bergaya secara live. Ramai yang tak dapat tengok secara terus sebab kat tempat dorang cuaca tak berapa elok dan hujan. Nak tunggu kemunculan supermoon akan datang, lambat lagi. Kena tunggu 18 tahun lagi tu. Entah ada entah tidak kita masa tu, kan?




p/s: Dalam keghairahan, jangan sampai kita terleka dan terlupa. Moga Allah terus melindungi kita semua. Aamiin.

Sunday, November 13, 2016

Beweh. Biaweh. Jeweh. Jambu Batu. Apa lagi?

Assalamu'alaikum.

Beweh. Biaweh. Jeweh. Jambu Batu. Apa lagi?


Buah ni masa zaman aku budak-budak dulu, aku panggil beweh. Kadang-kadang aku panggil jeweh. Cuma sekarang ni jarang dah guna perkataan tu sebab dah jarang jumpa. Yang ada banyak sekarang ni jenis jambu batu.




Buah beweh ni saiz dia kecil dari buah jambu batu yang biasa kita tengok tu. Selalunya, aku makan dia punya bahagian luar je sebab biji dia banyak. Bahaya makan biji beweh ni. Nanti biji tu tak hadam dengan baik. Takut kena appendik pula nanti.




Pokok beweh ni bukan aku tanam. Tak tau la siapa yang bawak benih dia. Mungkin tupai ataupun burung. Tengok-tengok dah ada je anak pokok ni kat belakang rumah. Maka, akupun terus la jaga dan bela sebab daun beweh atau daun jambu batu ni ada banyak kegunaan dia. 




Khabarnya, pucuk daun beweh atau pucuk daun jambu batu ni boleh merawat cirit birit. Caranya, ramas pucuk daun tersebut dengan air kosong dan kita minum air tu. Aku dah pernah cuba tapi bagi minum kat kucing aku la sebab masa tu kucing aku cirit birit. Alhamdulillah, elok pulak cirit birit kucing aku tu. Haha. Dulu-dulu mana aku tau nak cari ubat cirit birit kat mana. Klinik haiwanpun aku tak tau kat celah mana. Tu yang cuba gunakan cara tradisional tu. 


p/s: Pokok beweh ni kiranya dah masuk spesis rare. Heh.

Thursday, November 10, 2016

Tak mampu nak beli yang original?

Assalamu'alaikum.

Tak mampu nak beli yang original?


Ini cadar patch work yang aku beli kat Nilai 3. Aku beli tiga set dan satu set tu aku hadiahkan kepada anak buah aku. Anak buah yang sorang lagi beli tiga set jugak sebab ibu dia suruh beli. Senang nak tukar ganti, katanya la.




Dalam satu set cadar patch work ni ada satu helai cadar, dua helai sarung bantal biasa dan sehelai sarung bantal peluk.






Aku ni jenis main ambil je. Tengok sikit-sikit je dan terus angkat. Tapi anak buah aku yang dua orang tu punya la lama memilih. Sudahnya, dorang pilih satu set dengan corak yang sama. Tak kisah la sebab rumah asing-asing, kan? Haha.


Ni cadar patch work tiruan. Harga masih mampu milik sebab bawah seratus ringgit. Jika beli banyak, boleh dapat harga lagi murah. Kalau cadar patch work yang original tu, memang tak mampu la aku nak beli. Mau makan harga ratus-ratus punya la sebab yang original tu memang guna kain perca yang dicantum-cantum menjadi cadar. Sudah pastilah kerjanya rumit dan renyah. Cadar patch work tiruan ni pula dia cuma gunakan kain yang sama tapi corak yang dipelbagaikan.


Menariknya, cadar ni boleh gunakan kedua-dua bahagian atas dan bawah. Cuma bahagian bawah tu ada satu corak je la. Sangat sesuai untuk katil bersaiz queen.


p/s: Tak mampu, buat cara tak mampu, kan? Kita beli ikut kemampuan kita. Asal cantik dan selesa, dah memadai dah. Jahitanpun kemas walaupun bukan cadar patch work original.

Suka tengok!

Assalamu'alaikum.

Suka tengok!


Suka betul aku tengok pemandangan kat sini. Aku siap duduk bertenggek lagi kat tepi kolam ikan koi tu. Ini merupakan kali kedua aku ke kedai Aqua Pets Shop ni. Kedai ni terletak di Garden Avenue, Seremban. Kali pertama pergi hari tu, ikan koi tu masih lagi banyak tapi kali kedua pergi ni, ikan koi tu macam dah kurang sikit dah. Mungkin dah kena beli agaknya. 




Entah berapalah harga untuk seekor ikan koi yang besar ni. Tidak terlintas pula aku nak tanya. Ralit sangat dok hayati keindahan pemandangan sampai lupa nak tanya. Haha.




Aku suka tengok dekorasi kolam ikan koi dalam kedai ni. Sangat-sangat menenangkan hati. Dengan bunyi air yang jatuh dan ikan koi yang berenang-renang sambil mengangakan mulut, ia sangat mengujakan. Haha. Teringin nak buat kolam macam ni kat rumah tapi saiz yang kecil la. Persoalannya, mampu ke? 




Tengoklah mulut dorang yang menganga luas tu. Kesian dorang lapar. Heh.




Ini susu kucing yang aku beli masa pergi kali pertama hari tu. Kali kedua pergi ni aku beli dua bungkusan besar makanan untuk kucing dan satu beg travel kucing yang berharga RM10. Mungkin dorang nak clear-kan stok beg tu. Tu yang jual murah tu.




Jika pergi lagi, aku nak naik tingkat atas kedai tu pulak. Katanya kat atas kedai tu ada kucing untuk dijual. Tapi aku takde la nak beli. Saja la nak tengok-tengok je. Kucing kat rumah akupun dah melampuh dah. Haha.


p/s: Melampuh = Banyak.

Apa fungsi menara jam?

Assalamu'alaikum.

Apa fungsi menara jam?


Gambar ni aku ambil ketika dalam perjalanan balik dari Nilai ke sini. Masa ni lebih kurang pukul 9.30 pagi dan jam pada menara tu pula tepat pukul 12! 




Tertanya-tanya juga dalam hati. Apa fungsi menara jam ni jika jam itu sendiri tidak berfungsi? Adakah buat menara mahal-mahal tapi hanya dihiasi dengan jam yang sudah mati tak bergerak?


Takde ke yang prihatin dan bagitau kepada pihak majlis perbandaran? Ataupun semuanya jenis buat tak endah je dengan alasan boleh tengok masa kat handphone atau jam tangan sendiri? 




p/s: Cuba la peka sikit duhai warga Nilai. Jangan biarkan menara jam ni jadi satu menara yang tak bernilai.

Wednesday, November 9, 2016

Gigih bawa balik!

Assalamu'alaikum.

Gigih bawa balik!


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Akhirnya impian aku nak beli tikar rotan campur kulit kayu dari Sarawak ni tercapai juga. Syukur. Aku beli tikar ni kat Nilai 3. Pergi sana dengan dua orang anak buah. Bukan beli tikar ni je. Kitorang pakat beli cadar patchwork lagi. Hehe.


Gigih tu aku bawa balik tikar Sarawak ni. Disebabkan bonet tak muat sebab ada lagi barang yang belum diisi, terpaksalah letakkan tikar ni kat tempat duduk belakang tu. Kalau nak letak kat bonet, takut nanti barang lain tak boleh nak sumbat.





Alhamdulillah. Dah selamat sampai rumah dah tengahari tadi. Esok la aku gantikan karpet tu dengan tikar ni.





Dulu, pernah beli tikar Sarawak ni tapi saiz dia lagi besar. Puas hati la dengan saiz dan harga macam tu. Masa tu kirim kat orang yang bertugas ke sana. Orang tu pilot helikopter. Kiranya tikar tu memang terus dibawa dari sana la. Tikar yang aku beli sekarang ni saiz dia agak kecil tapi harga dia agak tinggi. Tapi nak buat macam mana. Aku nak beli juga sebab nak gantikan karpet tu. Karpet tu dah banyak bulu kucing yang melekat. 


UPDATE.



Atas: Tikar Sarawak yang dah lama beli. Saiz besar. Harga kecil.
Bawah: Tikar Sarawak yang baru dibeli. Saiz kecil. Harga besar.
Kesimpulannya: Menyesal pula sebab tak beli dua helai tikar yang besar tu. Haha.



p/s: Rasanya harga tikar Sarawak ni jika di beli secara online lagi murah kot tapi aku ni kalau nak beli barang yang agak mahal, aku kurang yakin nak beli secara online. Takut kena tipu je. Lainlah jika aku beli novel. Beli je dari publisher.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)