Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, August 14, 2018

Bayam Brazil pemberian jiran.

Assalamu'alaikum.

Bayam Brazil pemberian jiran.

Pagi tadi, semasa di pekan sehari, jiran tu tegur aku. Dia tanya, buah rambutan gading aku tu, aku nak jual ke? Ke, ada nak simpan untuk sesiapa?


Akupun jawab la yang aku tak jual tapi memang nak simpan untuk kerabat yang nak balik raya haji nanti.


Akupun tanya la dia, kenapa? Diapun cakap la yang cucu dia suka bebeno rambutan gading. Hari tu ada orang bagi, dah habis dia kopek, simpan dalam peti ais dan bagi kat cucu dia. Sekarang rambutan tu dah habis. Dia selalu ambil cucu dia balik sekolah dan memang lalu depan rumah aku.


Akupun tanya lagi, kat rumah takde buah ke? Dia kata, mana ada pokok dah. Dah habis tebang masa buat rumah hari tu.


Balik dari pekan sehari, tak sempatpun sarapan, terus aku kait buah rambutan tu dan terus rempit hantar kat rumah dia. Dia tanya, berapa (ringgit) ni? Akupun kata, tak payah la. Bagi je ni. Lepas tu, terus dia tanya, ko nak bayam brazil tak? Akupun apa lagi. Terus je jawab, ehh, Cik Nah ada ehh pokok ni? Lepas tu, akupun tanya la macam-macam dan diapun bercerita la mana dia dapat bayam brazil tu, macam mana nak tanam, macam mana nak masak dan apa rasanya.


Akhirnya, aku dapat jugak benih bayam brazil ni. Dulu, dok tengok je orang post gambar kat grup kebun. Ada yang offer nak bagi tapi kena bayar duit sampul poslaju. Aku memang nak beli tapi tak dilayan sebab aku takde whatsapp. Haha.




Sekarang dah dapat dah. Alhamdulillah. Mana la aku tau mak cik tu ada tanam pokok bayam brazil tu. Kiranya ini rezeki aku la. Harap pokok bayam brazil aku ni hidup subur dan beranak-pinak. Aamiin.


Rezeki jangan ditolak. Aku tak mintapun. Dah orang offer, aku tadah tangan je la. Haha.

p/s: Nak cerita fasal bayam brazil tapi dia punya intro punya la panjang. Haha. Ater, dah itu yang sebenarnya. Kenalah cerita dari awal macam mana aku dapat benih pokok bayam brazil ni. Hehe.
.

Friday, August 3, 2018

Sambal daun kayu.

Assalamu'alaikum.

Sambal daun kayu.

Dah lama sungguh aku menyepi, kan? Sebenarnya, skrin laptop aku meragam. Tu yang tak dapat nak update blog. Ni pun aku gunakan desktop abang aku. Pinjam sat sementara dia pi main badminton. Sebenarnya, aku tak berapa suka dan mahir guna desktop ni. Terkial-kial aku cari huruf. Haha.


Sebelum tu, aku ucapkan berbanyak terima kasih atas komen yang readers tinggalkan. Baru hari ni aku approve. Maaf ya. 


Okay, berbalik pada tajuk di atas. Ni aku nak share gambar masakan yang aku buat petang tadi. Ni lauk yang biasa orang Negeri Sembilan buat. Ikut cara masing-masing la nak buat tu. Bahanpun ikut suka masing-masing jugak. Kalau aku, main bantai je guna apa yang ada. Janji aku buat. Haha.


 ^
Ni je daun dan pucuk yang ada. Pucuk labu takde. Malas pulak nak pi cari kat pasar. Yang ni semua hasil dari kebun mini aku tu. Seronokkan jika tanam sendiri. Anytime boleh petik hasilnya. Heh.
v


 Daun dan pucuk tadi dihiris. Ikut suka la nak hiris macam manapun. Nak hiris halus ke, hiris kasar ke, terpulang pada kita sendiri. Haha.


 Aku campurkan tempoyak lama (masam) dan tempoyak baru (manis). Kalau masam sangat, nanti tak lalu nak makan. Dan kalau manis sangat pulak, nanti tekak kembang. Jadinya, kena seimbangkan rasa tempoyak tu. Tidak terlalu masam dan tidak terlalu manis.


 Cili padi dan semua bahan dalam mangkuk jernih tu, kita kisar lumat. Manakala bahan dalam piring biru tu, bawang dihiris dan serai diketuk.


 ^
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masakkan kuahnya dahulu sampai mendidih. Dah mendidih, barulah masukkan segala daun dan petai.
v



 Masak kena lama sikit. Biar betul-betul masak. Perasakan dengan garam. Jika rasa tempoyak tu kurang, boleh tambah lagi. Takde masalahpun. Tapi lepas tambah tempoyak tu, kenalah masak lama sikit. 



Dah siap..! Senang je, kan?


p/s: Okay. Sampai sini je dulu. Ada kelapangan nanti, aku update lagi blog aku ni. Maaf ya sebab tak dapat nak blogwalking kat blog kawan-kawan. Huhu.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)