Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, July 31, 2014

Persiapan menyambut hari raya 2014..

Assalamu'alaikum...

Persiapan menyambut hari raya 2014..

Cerita dah berlalu tapi baru ada masa nak kongsi.. Ini gambar pada hari Ahad yang lalu iaitu hari terakhir Ramadhan.. Sekarang ni dah masuk raya keempat dah.. haha... 



Proses potong organ dalaman lembu..



Kali ni aku tak terlibat dalam proses buat rendang dan lemang.. Aku sibuk mengisahkan persiapan dalam rumah dengan bantuan anak-anak buah.. Rendang dengan lemang ni adik beradik yang lain serta ipar duai dan anak-anak buah punya bahagian.. 





Tray yang dah siap dibasuh..




Atas bantuan dan semangat dari anak-anak buah, dapat jugak sediakan tiga jenis biskut raya.. Dua jenis anak buah punya resepi dan dia yang adun sendiri dan sejenis lagi aku punya resepi yang aku adun sendiri.. Tapi proses menggentel kitorang buat sama-sama..


Menu raya pertama ada lemang, ketupat, rendang, kuah lontong, kuah kacang, sambal ikan bilis, nasi arab, ayam masak merah, tapai pulut, ketupat palas yang jiran bagi, dan sup gear box yang dua kali buat.. 


p/s: Alhamdulillah.. Syukur di atas segala rezeki yang Allah beri.. 

Sabarlah... Dan senyum..

Assalamu'alaikum...

Sabarlah... Dan senyum..


Ada perkara yang kita perlu ambil kisah.. Dan ada perkara yang kita perlu buat tak endah.. 




p/s: Masa mengutuk tak hengat donia.. Bila terdesak, yang dikutuk itu jugak yang dicari.. Pernah alami perkara sebegini..??

Friday, July 25, 2014

Salam lebaran 2014...

Assalamualaikum...

Salam lebaran 2014...


Selamat hari raya..
Maaf zahir batin..
Berhati-hati di jalanraya..
Elakkan dari merempit..


Bila la nak habis merempit ni.. huuuu....


p/s: Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.. 


Thursday, July 24, 2014

Cara nak potong dan jahit poket baju melayu..

Assalamu'alaikum...

Cara nak potong dan jahit poket baju melayu..


Kali ni aku nak kongsikan cara aku potong dan jahit poket baju melayu.. Rasanya ramai yang tau macam mana nak jahit poket baju melayu ni.. Tapi aku still nak kongsikan jugak cara aku ni.. hehe..


Ada banyak cara nak jahit poket baju melayu ni.. Ada orang gunakan sabun untuk dapatkan bentuk poket tu.. Ada orang tekap pola poket tu kemudian gosok kain tu.. Macam-macam lah... 


Dan ini cara yang aku gunakan sekarang setelah beberapa cara sebelum ini tidak memberi impak yang memuaskan.. Cara ni aku fikir sendiri sebab dah jenuh dok ikut cara orang tapi masih tak berjaya menjahit dengan okay..


Mula-mula, letakkan pola poket pada bahagian luar kain lebihan untuk poket.. Kemudian, tandakan dengan kapur pada bahagian tertentu.. Tandakan sikit sahaja sebab jika nak tanda semua, bimbang kain tu tertarik sebab kain baju melayu biasanya licin.. *Ni pandangan dari sisi ya..


Nanti macam ni la rupanya.. Bahagian yang melengkung tu yang penting..


Lepas tu, buatkan garisan lurus pada bahagian atas poket tu dan gunakan ukuran lebar pembaris tu untuk dijadikan basi atau lipatan poket tu nanti..


Begini rupanya... Basi lipatan untuk kiri, kanan dan bawah poket adalah 1/2 inci..


Ini dia rupa poket yang sudah digunting..


Lepas tu, jahit tepi keliling poket.. Jangan tak jahit.. Nanti dalam poket tu berselirat benang.. Nampak tak kemas walaupun kat bahagian dalam.. Lepas tu, gosok sikit poket tadi..


Kemudian, lipatkan bahagian atas poket ikut ukuran yang sedia ada dan jahit..


Lepas tu, jahit pula bahagian yang dah ditandakan dengan kapur tadi.. Jahit perlahan-lahan pada bahagian yang melengkung tu.. Kemudian, racik atau potong sikit bahagian melengkung tadi.. Jangan sampai terpotong mata jahitan tu pulak ya.. *Gunakan mata jahitan biasa.. Tak perlu nak guna mata jahitan kasar atau sebagainya..


Lakukan proses yang mula-mula tadi (tekap pola poket) pada badan baju untuk dapatkan bentuk poket. Kemudian, letakkan kain poket tadi di atas bentuk yang kita buat tu. Lipatkan bahagian basi jahitan ke dalam dengan berpandukan pada mata jahitan yang dah kita buat pada keliling poket tadi.. Penitikan seperti dalam gambar ataupun jika rasa susah nak jahit sebab peniti yang banyak tu, boleh jelujur kasar kat keliling poket tu..


Dan inilah rupa poket baju melayu yang sudah siap berjahit.. Takde la cantik dan kemas sangat.. Tapi boleh la untuk jimatkan bajet.. hehe... 



Antara baju melayu yang dah siap tapi belum siap sepenuhnya..




p/s: Selamat mencuba pada yang ingin mencuba.. Harap maaf jika ada sebarang kekurangan dalam cara penyampaian.. Jika rasa cara ni macam susah nak buat, bolehlah cuba cara lain sebab banyak cara sebenarnya.. 

Tuesday, July 22, 2014

Resepi Asam Pedas Daging..

Assalamu'alaikum...

Resepi Asam Pedas Daging..


Hari tu (13 July), aku tengok la rancangan Ketuk-ketuk Ramadan yang tetamu jemputannya adalah si kecil molek iaitu Nad Zainal.. Resepi yang Nad masak adalah Asam Pedas Daging... 


Masa tu, rasa macam teringin nak buat sebab sebelum ni tak pernah lagi masak asam pedas daging ni.. Kalau asam pedas ayam, ikan kembung atau ikan pari tu, dah biasa buat dah.. 


So, petang tadi, lebih kurang pukul 6.25 petang, tetiba je teringin nak cuba buat asam pedas daging tu walhal kalau nak diikutkan, aku memang malas nak masak beria ni. Lepas tu, teringat pulak kat dalam peti sejuk ada daging. Kira jadi la buat asam pedas tu..




Dalam keadaan masa yang dah suntuk, aku teruskan juga misi aku.. Tengah bersemangat la katakan.. ahahh... Mana dengan daging yang masih lagi keras.. Lepas tu belum direbus pulak tu.. Okay takpe.. Jangan gelabah.. Rileks dan always cool.. hehe.. 


Pukul 7 malam, aku dah mula menumis dah. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.. Dagingpun dah siap dipotong.. Tak payah rebus. Nanti lebur je sekali harung.. hehh.. Sebenarnya dah tak sempat nak rebus.. ahaha.. 


Masa azan maghrib berkumandang tanda dah masuk waktu berbuka puasa, asam pedas daging aku masih lagi belum masak.. Daging masih lagi keras.. Takpe, sekurang-kurangnya aku boleh merasa dia punya asam garam.. Makanya, berbuka puasa dengan air coklat panas je dulu.. Sementara tu, boleh la kupas kentang.. Manfaatkan masa sebaik mungkin.. Lepas tu, kecilkan api dapur tu sekejap dan pergilah tunaikan kewajipan.. Nak tunggu masak, lambat lagi..


Lebih kurang pukul 8.05 minit barulah asam pedas daging aku tu masak sempurna. Daging dan kentang dah cukup empuk dah.. Sepuluh minit kemudian barulah aku makan nasi.. Bismillah..




Ni resepi asam pedas daging aku ya.. Cara buatpun ikut cara aku jugak.. Kuah asam pedas daging aku ni tak pekat sangat sebab aku tak suka kuah yang pekat-pekat ni.. Aku suka kuah yang sedang-sedang saja, baik kuah kari ke, kuah masak lemak cili api ke ataupun kuah masak kurma..


Bahan-bahan:

1/2 kilo daging - dipotong kecil/dadu
4 ulas bawang putih*
10 ulas bawang merah* - bawang merah aku saiz dia kecil
Kunyit hidup* - anggaran sebesar ibu jari
Halia* - anggaran sebesar ibu jari
25-30 tangkai cili kering* - dibelah dua untuk buangkan bijinya - aku guna gunting
Segenggam asam jawa- jadikan dua mangkuk air asam jawa
4 biji kentang - dibelah empat
2 tangkai serai - dititik
Segenggam daun kesum
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis - anggaran satu senduk

- Jika ada bunga kantan, boleh juga masukkan sebatang dua..


Cara:

1) Kisar semua bahan yang bertanda *..

2) Panaskan minyak di dalam periuk. Bila dah panas, tuangkan bahan yang dikisar tadi.

3) Kacau dan tunggu hingga bahan tadi naik bau dan pecah minyak. Kemudian masukkan serai. Kacau-kacau sikit..

4) Lepas tu, masukkan daging. Kacau sebati dan biarkan seketika sehingga kuah sedikit kering.

5) Kemudian, masukkan pula air asam jawa. Masukkan juga garam dan serbuk lada hitam. Kacau dan biarkan mendidih. 

6) Bila daging dah sedikit lembut, masukkan pula kentang. Masukkan juga daun kesum. Kacau rata dan tunggu hingga kentang dan daging betul-betul empuk.


Dalam rancangan Ketuk-ketuk Ramadan tu, Nad Zainal masukkan bendi. Tapi aku guna kentang sebab pada aku daging tak sesuai digabungkan dengan bendi.. Kalau ikan, takpe campurkan dengan bendi.. Apapun, ikut selera masing-masing la, kan..


Jika nak cepat, kena la rebus daging tu dulu. Lepas tu, air rebusan daging tu jangan dibuang. Sebaliknya ambil air rebusan tersebut dan campurkan dengan asam jawa untuk dijadikan air asam jawa. Jika daging masih lagi tak empuk, boleh la tambahkan sedikit lagi air..


p/s: Sedap rupanya asam pedas daging ni.. Lagi sedap daripada asam pedas ikan pari. Hirup atau makan macam tu je pun dah sedap dah.. Tak percaya..? Cubalah buat.. hehh..


Sunday, July 20, 2014

Biskut raya pertama.. hehe..

Assalamu'alaikum..

Biskut raya pertama.. hehe..


Seperti yang telah aku beritahu pada entry yang lalu iaitu aku belum lagi mula buat biskut raya.. Maka, inilah biskut raya pertama yang termampu aku sediakan.. hehh...




Biskut wafer ni aku kirim kat anak buah. Mintak tolong dia belikan masa dia pergi ke Sungai Buloh hari tu.. Harga satu tin biskut ni dia kata RM50... Tak pasti pulak berapa harga yang sebenar.. Jauh betul beli biskut.. ahahh.. Kat sini lagi mahal harga dia.. 




Anak-anak buah aku suka biskut ni.. Akupun suka jugak.. hehe.. Oleh itu, eloklah kita beli apa yang kita suka makan.. Jadinya, takde la pembaziran, kan.. 


p/s: Aku tak nak rancang nak buat biskut apa.. Just wait and see je dulu.. Semuanya bergantung pada masa, keadaan serta keupayaan...

Saturday, July 19, 2014

Terima kasih atas ingatan.. :)

Assalamu'alaikum...

Terima kasih atas ingatan.. :)


Dua hari lepas, tengok ada kad raya ni atas kabinet tv kat luar.. Mujur mata tertengok.. Kalau tak, tak tau pulak ada kad raya untuk aku.. Kad raya pertama untuk tahun 2014 ni.. heee.....


Bila tengok setem dari Johor, dah boleh jangka siapa yang hantar sebab kawan yang seorang ni memang rajin hantar kad raya.. Terima kasih banyak-banyak ya sepet.. hehh...






Terima kasih yang tak terhingga di atas ingatan yang berterusan ini.. Biarpun kita takde connection kat fb, biarpun kau tak tau akan blog aku ni, biarpun kita amat jarang berkomunikasi, namun kau selalu ingat kat aku.. Dan aku jugak selalu ingat kat kau tapi hanya DIA yang mengetahui.. 


p/s: Kad raya daripada my ex-repairer.. Rindu nak dengar kau membebel bila banyak set yang reject, yang perlu di-repair.. Dan bila aku jadi repairer macam kau, barulah aku tau kenapa.. haha..

Tuesday, July 15, 2014

Hampir siap...

Assalamu'alaikum..

Hampir siap...


Tinggal beberapa pasang je lagi.. Rasa macam tak sabar nak bagi siap semuanya.. Adeh...  Takde la banyak manapun sebab akupun memang tak ambil banyak.. 






p/s: Biskut raya satu apapun tak buat lagi.. Beli keropok kering je la.. Nak makan baru goreng.. hahaha...

Teaser..

Assalamu'alaikum...

Teaser.. 


"I won't forgive you..!"

"Kau jangan lupa, sedangkan nabi ampunkan umat... Inikan pulak......"

"Dan kau jugak jangan lupa, nabi tak ajar umat dia bermuka-muka.. Jadi, jangan nak berlagak macam kau tu suci sangat..!"




p/s: Entry yang dulupun dok lagu tu jugak.. Tak bergerak-gerak tapi ada hati nak buat teaser baru.. hehh..

Friday, July 11, 2014

Cara bersih untuk kupas jagung..

Assalamu'alaikum...

Cara bersih untuk kupas jagung..

Siapa yang nak cuba buat, silalah buat.. Siapa yang dah pernah cuba dan hasilnya menjadi, boleh la kongsi cerita.. 


Aku belum cuba buat lagi teknik ni.. Jagungpun takdo, camno nak cubo buek.. haha..




p/s: Janganlah potong panjang sangat hujung tongkol jagung tu.. Rugi woooo.... ahahaa..

Wednesday, July 9, 2014

Cara nak kikih potai.. ahahh..

Assalamu'alaikum....

Cara nak kikih potai.. ahahh..


Suka makan potai masak lemak cili padi..? Ooo.., suka.. Suka tak jika disuruh kikis potai tu..? Ooo.., tak suka ehhh... Cepat je angkat kaki pergi menyorok.. Cehh.. haha..


Tau tak macam mana nak kikis potai tu.. Senang je sebenarnya tapi leceh nak buat.. kehkehkeh.. Bukan apa, lenguh weii lengan dok krehkrehkreh kulit potai tu..


Potong petai ikut ruas dia.. Ruas ke..?? Ehh, entah.. Hentam je la.. haha.. Potong jangan terlalu pendek atau terlalu panjang.. Biasanya potong dalam dua atau tiga ruas je.. Tengok gambar je la nak senang faham.. hehh..




Jangan kikis petai guna pisau yang panjang atau lebar atau besar. Cari pisau yang paling kecil. tapi hujung dia tajam dan runcing sebab kita cuma nak gunakan bahagian hujung pisau tu je.. Jangan pulak guna pisau yang hujungnya dompok atau tumpul.. Kang hancoq leboq pulak petai tu kita kerjakan.. Tak pun jari jemari kita yang hancoq.. ahah..




Petai tu kena rendam dalam air untuk melembutkan kulit dia masa mengikis dan juga untuk mengelakkan kulit tu daripada menjadi lebam.. Macam kentang jugak la.. Kan kena rendam tak nak bagi dia lebam..




Petai ni walaupun direndam, tak boleh jugak rendam terlalu lama sebab nanti dia akan lebam jugak.. So, lepas je siap kikis, boleh la terus menggulai.. Potai kikih ni sedap digulai bersama dengan ikan keli-baung-semilang, kembung, tenggiri, cencaru pun boleh.. Ikutlah mana yang bersesuaian dengan selera masing-masing..


Video kikih potai takdo yoo.. Takdo sapo nak jadi kemeremen.. Kok ado volunteer, buleh gak buek video tu.. Apo salah ehh, kan..? Bukan ehh buek video bukan-bukan... Sebab nak kikis petai ni ada teknik dia.. Bukannya main tenyeh je mata pisau tu kat kulit petai tu..


p/s: Selamat mengikis.. Kikis potai ya, bukan kikis duit orang.. hehh..

Tuesday, July 8, 2014

Video cara nak jahit zip untuk kain jenis bergetah..

Assalamu'alaikum...

Video cara nak jahit zip untuk kain jenis bergetah..


Cara ni digunakan untuk mengelakkan kain bergetah pada bahagian zip tertarik-tarik atau berkedut-kedut.. Letakkan kertas kadbod tu di bawah tapak jahitan zip.. Pastikan jahitan berada betul-betul bersebelahan dengan gigi zip...



Harap maaf.. Video ada goyang-goyang maaa... hehh..


Alhamdulillah, setakat ni okay je bila gunakan cara ni.. 


p/s: Selamat mencuba..

Monday, July 7, 2014

Cara nak jahit kain yang bergetah..

Assalamu'alaikum...

Cara nak jahit kain yang bergetah..


Kain bergetah seperti kain lycra ni kalau kita jahit guna tapak jahitan yang biasa, memang masak la sebab ia memang susah nak bergerak.. Jika bergerak sekalipun, jahitannya akan menjadi tunggang langgang.. 


Jadi, untuk mereka yang takde tapak jahitan khas untuk kain getah macam aku ni, boleh la mencuba cara alternatif sendiri.. Tak perlulah nak menangis atau susah hati sebab risaukan kain baju jenis getah yang tak berjahit.. Apapun, kita kena berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.. Cool okay.. Cool... hehe... *Padahal dah gabra dah tadi.. ahahahh...


Untuk jahit pada bahagian zip, boleh tengok gambar kat bawah ni.. Aku gunakan kertas kadbod dan letakkan kertas tu kat bawah tapak zip. Kedudukan kertas tu biarlah betul-betul bersebelahan dengan kedudukan jarum.. Pastikan jangan sampai terjahit kertas tu pulak ya.. Kertas kadbod ni aku gunakan kertas yang buat balut lis tu..




Ataupun rujuk pada video kat bawah ni.. Sama je caranya.. Yang berbeza ialah tempat nak letakkan kertas kadbod tu supaya senang untuk kita teruskan menjahit..


Cara ni memang la lambat sikit jika nak dibandingkan dengan menggunakan tapak khas.. Tapi dah tapak tu tak ada, nak buat macam mana, kan.. So, lambatpun lambat la haiihh.. Janji siap.. hehh..



Ni jahitan kat bahagian bawah kain..



Video ni aku ambil sambil sebelah tangan pegang enpon dan sebelah lagi buat kerja.. Jadinya visual agak kurang memuaskan la ya.. Harap masih boleh faham dan minta maaf jugak atas kekurangan yang ada..


p/s: Ini je yang mampu aku kongsi untuk kali ni.. Selamat mencuba ya..

Buat sendiri juadah berbuka puasa..

Assalamu'alaikum..

Buat sendiri juadah berbuka puasa..



Hari pertama puasa, buat kuih buah melaka dengan kuih bom bijan.. Kuih buah melaka ni anak-anak adik aku yang gentel.. Elok pulak tu dorang gentel ikut saiz.. Si kecil dia punya buah melakapun kecil.. Kakak yang sedang, maka buah melaka diapun ikut sedang-sedang jugak.. Dan kakak yang besar, buah melaka dia sedikit besar la.. Tapi bila masuk makcik dia ni yang gentel, lagi besar saiz buah melakanya.. hahahaha..






Kuih bom bijan ni pulak aku seorang yang gentel sebab adunan tepung dia lembut.. Masa nak masukkan inti tu yang rumit sikit sebab takut nanti kulitnya pecah.. Tu yang tak berani nak suruh budak-budak tu gentel.. Kalau ikutkan, dorang nak aje buat kerja gentel-gentel ni.. Lagipun dorang memang rajin menolong di dapur..


Okay, selesai bab buat kuih untuk minggu pertama puasa.. Lepas adik aku balik, takde dah buat-buat kuih semua ni sebab kami yang kat sini lebih kepada makan nasi panas..




Masuk minggu kedua, adik aku yang sorang lagi balik.. Hari sabtu kelmarin ni, aku buat kuih ketayap.. Buat sikit je iaitu cuma secawan tepung gandum sahaja sebab masa tu dah dekat pukul enam empatpuluh lima dah.. Takut nanti tak sempat nak habiskan semua.. Elok-elok je azan maghrib, gulungan kuih ketayap yang terakhirpun siap.. Tapi gambar kuih ketayap takde.. Tak sempat dah nak ambil gambar semua tu.. Dah sibuk berbuka.. hehe..





Hari ahadnya pulak, aku buat agar-agar santan.. Saja la terlebih rajin pergi letak coklat chip.. Buat untuk anak-anak adik sebab dorang memang suka makan agar-agar atau dadih atau jelly ni.. Aku buat awal.. Tengahari dah siap dah.. Sebabnya nak tunggu sejuk dan nak kena masukkan dalam peti ais.. Baru sedap dimakan masa berbuka..




Adikpun dah balik rumah dia.. So, lepas ni takde la buat kuih untuk berbuka lagi dah kecuali la tiba-tiba je aku rajin nak bersilat kat dapur.. hehe..


Ramai yang merungut harga makanan kat bazar ramadan melampau-lampau mahalnya.. Entah la, aku tak tau sebab aku memang jenis tak suka pergi bazar ni.. Aku lebih suka makan masakan dari rumah.. Tak kisah la siapa yang masak.. Yang penting ada nasi.. Lauk tak kisah.. Makan nasi berlaukkan goreng telur mato kobaupun jalan aje tokak ni... Alhamdulillah..


p/s: Dah biasa hidup susah.. Maka tak jadi hal bila makan ala kadar ni..

Sunday, July 6, 2014

Sampul...

Assalamu'alaikum...

Sampul...


Ni tahun lepas punya baki sampul duit raya.. Kebanyakkannya dapat dari bank.. Bukan aku yang dapat tapi kaum kerabat aku yang dapat.. Aku mana ada buat urusan dengan bank ni.. 


Aku paling suka sampul yang Felda punya, yang warna oren tu.. Opkos la pilih oren.. Lebih-lebih lagi pasukan Oranje berjaya masuk ke separuh akhir piala dunia.. ahaha... Takde kena mengena langsung.. hehe..




Sejujurnya aku memang jarang beli sampul untuk duit raya ni sebab adakalanya sampul ni mahal jugak harga dia.. Jika belipun, aku beli sampul yang warna pink untuk angpau tu.. Kadang-kadang jika takde sampul, bagi je duit raya macam tu kat budak-budak yang datang beraya.. Lagipun isi dalam sampul tu cuma seringgit je.. Dari dulu sampai kini, tak naik-naik.. hehe.. 


Selalunya ramai jugak budak-budak yang datang jika tiba giliran ibu atau ayah dorang beraya kat sini.. Jadinya, mana mampu nak beli sampul yang cantik-cantik ni..


p/s: Nak berbelanja kenalah ikut isi yang ada dalam dompet sendiri.. Mampu buat, teruskan buat.. Tak mampu buat, jangan buat sebab nanti diri sendiri yang menanggung akibatnya..

Saturday, July 5, 2014

Lagi novel yang hendak di-letgo-kan..

Assalamu'alaikum...

Lagi novel yang hendak di-letgo-kan..


Siapa yang berminat nak beli, bolehlah inbox saya kat fb page saya ya.. Terima kasih.. 



------------------------------


--------------------------------------


------------------------------------------


--------------------------------------


---------------------------------------


-------------------------------------------


-------------------------------------



Kesemua novel ini sudah saya bungkus untuk mengelakkannya daripada tercemar dengan habuk dan sebagainya..







p/s: Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda.. :)

-----------------

Dari DIA kita datang.. Kepada DIA kita pulang... 

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang telah menghembuskan nafas terakhir beliau awal pagi tadi.. Moga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang soleh lagi beriman.. Aminn...

Wednesday, July 2, 2014

Suatu waktu dahulu..

Assalamu'alaikum..

Suatu waktu dahulu..


Beginilah lebih kurang keadaan rumah aku... Masa mula sampai, sekeliling rumah penuh dengan belukar kecil.. Mana yang dah sampai awal, kawasan rumah mereka dah bersih dah.. Namun masih lagi terdapat sisa-sisa asap kesan dari pembakaran pokok, lalang dan sebagainya..




Semua gambar adalah ihsan atok google..


Bertahun-tahun kami hidup dalam serba-serbi kekurangan.. Saudara mara yang datang menjengukpun boleh dikira dengan jari tangan sahaja.. Yang datang cuma adik-beradik lelaki mak je yang membuatkan mak rasa terharu sungguh.. Tapi kini mereka semua dah takde.. Cuma tinggal sorang je lagi adik lelaki mak yang masih ada..


Banyak kisah pahit maung yang kami alami.. Orang luar tak akan tahu semua ni.. Setakat tinggal lima enam tahun dalam Felda memang tak nampak apa-apa perubahan la kan.. Apatah lagi jika sekadar menjenguk sebulan atau setahun sekali.. Ibarat budak yang masuk tadika.. Apa je yang dorang tahu dalam umur lima enam tahun tu..? 



Mana-mana organisasi sekalipun, pasti akan ada serba sedikit kekurangan dan kepincangan dalam perjalanan urusan.. Sama seperti organisasi kekeluargaan jugak.. Jika salah asuhan, maka pincanglah keluarga itu..


Terima kasih Felda.. Walaupun kami tidak kaya melaut, sekurang-kurangnya kami tidak merempat dan tidak meminta-minta.. Alhamdulillah.. Moga Allah memberkati kita semua.. Amiinn...


p/s: Kesusahan masa lalu banyak mengajar aku untuk bersabar dan terus bersabar dengan pelbagai karenah manusia yang memilih kawan.. Tak apalah.. Dah lali sangat dah.. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)