Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, July 28, 2022

Blouse sempoi.

Assalamu'alaikum.

Blouse sempoi.

Ni salah satu blouse sempoi yang aku jahit. Okay tak? Okay je la ya. Haha. Okay la sebab upah jahit tak perlu bayar. Sebab apa tak perlu bayar upah jahit? Sebab ini adalah baju aku sendiri. 🤭🤭🤭





Blouse sempoi macam ni upahnya bermula dari RM35. Harga upah bergantung juga pada jenis kain, saiz dan kesusahan memotong kain tersebut. Ia akan meningkat jika saiz terlalu besar atau kain terlalu licin dan sebagainya. Blouse ni takde sebarang zip dan dart ya. Sebab tu aku namakan dia blouse sempoi.




Boleh je tempah online dengan aku tapi kenalah poskan kain dan baju contoh yang selesa dipakai. Dan kos pos adalah atas tanggungan sendiri (customer) la ya. Aku tak ambil tempahan ikut ukuran badan atau saiz untuk mengelakkan berlakunya banyak drama di belakang hari. Letih la nak layan drama customer vs tailor ni. 😊😊😊

p/s: Jika berhajat nak cuba jahitan aku, boleh cari aku di facebook. Then, boleh mesej di inbox fb tu. Tapi aku jahit lambat dan santai-santai je. Biar lambat asalkan selamat dari buat alteration dan sebagainya. 

.

Kebun mini Azyma. 🥰🥰🥰

Assalamu'alaikum.

Kebun mini Azyma. 🥰🥰🥰

Ni la keadaan kebun mini aku sekarang ni. Tak banyakpun yang aku tanam. Setakat buat terapi jiwa dan minda je ni. Tapi pokok bayam tu dah dapat hasil dah. Alhamdulillah. Jimat la dua tiga ringgit.


Pokok bayam.


Pokok keledek ungu isi oren.
 

Pokok jambu batu yang katanya 8 bulan dah berbuah.


Pokok padi.


Pokok bayam.


Pokok bangun-bangun. Kakak aku yang bagi keratan batang pokok ni.


Pokok kailan.


Pokok kangkung.


Pokok kesum.


Pokok halia berkongsi pasu dengan pokok keledek dan pokok kacang panjang merah.


Pokok kacang panjang merah berkongsi pasu dengan pokok naga merah.


Pokok jambu batu. Tak pasti isi putih atau pink. Hari tu aku beli dua pokok di pasar tani Rembau.



Pokok serai kayu.


Pokok pandan.




p/s: Jom la kita berkebun di sekeliling rumah.

.

Peah si kucing jantan. 😹😹😹

 Assalamu'alaikum.

Peah si kucing jantan. 😹😹😹

Ni la si Peah. Asalnya anak kucing yang dibuang orang. Datang ke rumah aku dalam keadaan yang kurus dan comot. Sekarang dah besar dah. Badan dia hari tu elok je sado tapi sebab sekarang ni musim dia mengejar betina, tu yang badan dia susut tu. Akupun dah malas nak sekat naluri gatal dia tu. 🤭🤭🤭






p/s: Banyak gambar dan video dak Peah dalam handphone aku ni. Tu yang letak kat blog. Sebenarnya aku nak clear-kan ruang dalam handphone. 😁😁😁

.

Doa surut bengkak.

 Assalamu'alaikum.

Doa surut bengkak.


Jom la kita cuba amalkan doa ini untuk kesembuhan anggota badan kita yang bengkak.





p/s: Kita usaha selagi berdaya. Selebihnya, kita serah pada Allah Yang Maha Penyembuh.

.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)