Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, December 31, 2015

Selamat...

Assalamu'alaikum...

Selamat...


Selamat tinggal 2015..
Selamat datang 2016..




p/s: Moga tahun 2016 membawa sejuta rahmat dan kebahagiaan serta kesejahteraan kepada kita semua.. Aamiin..

Tuesday, December 29, 2015

Kawan baru.. :)

Assalamu'alaikum...

Kawan baru.. :)


Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak kawan baru ni.. Jenuh menabung..


The Baker..


p/s:  Masih dalam proses belajar untuk memahami mixer baru ni.. 

Ingatlah kepada tiga jenis orang ni...!

Assalamu'alaikum...

Ingatlah kepada tiga jenis orang ni...!

Jangan lupa kepada tiga jenis manusia ini dan sentiasalah ingat pada mereka..! Mereka adalah;


1- Who helped you in your difficult time - Orang yang menolong kita di saat kita dilanda musibah dan ketika kita di dalam kesusahan..


2- Who left you in your difficult times - Orang yang angkat kaki dan pergi meninggalkan kita terkapai-kapai apabila kita berada di dalam tekanan dan kesusahan..


3- Who put you in difficult time - Orang yang meletakkan kita di dalam keadaan serba salah dan sentiasa menyalahkan kita di atas semua perkara..





Sukarnya mencari kawan yang setia.. hmmm....




p/s: Pengalaman mengajar erti kedewasaan.. Pengalaman juga mematangkan fikiran.. Jangan takut berhadapan dengan pengalaman..

Saturday, December 26, 2015

Novel picisan meracuni remaja...

Assalamu'alaikum...



"Kenapa novel sekarang macam sampah ek... Takde moral langsung.. Takat nak sedapkan hati pembaca tapi hampeh.. Cuba bandingkan dengan novel lama.. Kenapa novel lama tebal dan banyak moral.? Hmmmm.."


Ini adalah salah satu dari komen orang yang aku jumpa.. Cuma, aku 'perbetulkan' segala ejaan sebab komen tersebut menggunakan bahasa ringkas dan aku sangat tidak menyukai penggunaan bahasa yang merosakkan pemahaman.. :D


*************************************

Memang benar minat membaca semakin meningkat tetapi apalah gunanya sekiranya bahan yang dibaca bukan sahaja tidak memajukan pemikiran malah membantutkan perkembangan pemikiran.. 


Bagaimanapun ada penulis-penulis novel picisan ini yang tidak setuju dan menafikan keadaan ini. Bagi mereka perkembangan seumpama ini adalah satu yang positif kerana menyumbang kepada peningkatan tahap membaca dalam kalangan remaja. Tetapi peningkatan tahap membaca tidak memberikan sebarang makna kalau bahan yang dibaca adalah bertaraf picisan.. 


Lihatlah elemen-elemen yang ditekankan dalam drama-drama yang diangkat daripada novel picisan yang ditayangkan di saluran televisyen tempatan. Di dalamnya seolah-olah remaja Melayu hidup dalam dunia ciptaan yang memperagakan kemewahan tetapi tanpa menekankan aspek-aspek intelektual..



p/s: Aku kena kurangkan pembelian novel picisan sebab akupun banyak beli novel macam ni iaitu novel yang takde pengisian di dalamnya.. Fantasi semata-mata.. Beli kerana mudah sangat terpengaruh.. Silap aku juga.. Apabila kita membeli novel sebegini, makin lama makin banyak pemikiran picisan yang keluar.. Sampai bila kita nak terus berkhayal dan berangan tak sudah..? 

Wednesday, December 23, 2015

Target dan bajet 2016...

Assalamu'alaikum...

Target dan bajet 2016...


Jangan lari target..
Jangan lari bajet..
Jaga baik-baik apa yang ada dalam dompet... 
(*^-°)v



Kenapa cuma highlight kepada novel sahaja sedangkan banyak lagi perkara lain yang perlu diutamakan..?


Aku ni selalu beli novel online.. Duit aku banyak aku habiskan kepada novel sahaja sebab aku suka membaca novel dan aku bukan penggemar barangan lain seperti tudung, baju, kasut, gadget, handphone, kamera dan sebagainya.. 


Selain daripada barangan keperluan seharian seperti makanan dan pembayaran bil, duit aku banyak aku laburkan kepada novel.. Dan untuk tahun 2016 dan tahun seterusnya, aku kena tetapkan pendirian agar tidak lagi membeli novel yang entah apa-apa..


Apabila kita susah, takde orang yang akan datang membantu dengan tiba-tiba.. Orang makin menjauhkan diri ada la.. Kita sendiri kena tampilkan diri untuk mendapatkan bantuan.. Itupun jika dapatlah..! Jadi, ini satu peringatan untuk aku jugak agar tidak lagi membuang duit untuk benda yang tidak sepatutnya.. ( ͡~ ͜ʖ ͡°)


p/s: Siapa nak beli novel terpakai/preloved/second hand yang kualitinya masih cantik macam baru, boleh inbox aku kat fb.. Terima kasih.. :)
grin emoticon

Monday, December 21, 2015

Air buang angin...

Assalamu'alaikum...

Air buang angin...


Badan aku ni banyak angin.. Pantang silap makan sikit, mula la sakit-sakit satu badan.. Pantang lambat makan je, mula la angin dok pegang kat bahagian belakang kat tulang belikat tu, kat bahu, kat kepala, kat belakang tengkuk dan semua tempat la angin tu nak menumpang.. Ada orang panggil air wedang jahe.. Entahlah, aku sebut air buang angin je..


Memang sakit sangat kalau angin dah masuk dalam badan ni.. Makan ubat anginpun tak jalan, apatah lagi sekadar sapu-sapu dengan minyak angin atau minyak panas..


Atas sebab inilah aku cuba buat air untuk buang angin ni.. Setakat ni, jika minum air ni, alhamdulillah, lega la badan sebab angin akan keluar.. Mau tak lega kalau kentut meletus-letus... ahaha.. Lagi satu, kencingpun lawas je..




Bahan yang aku gunakan untuk buat air buang angin ni adalah terdiri daripada tiga batang serai, tiga ulas bawang putih dan seketul halia.. Titik ketiga-tiga bahan ni dan masukkan ke dalam periuk yang berisi air.. Masukkan juga satu batang kulit kayu manis, satu kuntum bunga lawang, lima tangkai cengkih, satu peket teh uncang dan sedikit gula merah atau gula kabung.. Jangan letak gula banyak sangat.. Tak nak letak gulapun takpe.. Itupun jika tahan la minum air tu nanti.. hehh.. Sukatan bahan pulak bergantung pada saiz periuk la ya.. Pandai-pandai la main agak-agak...




Rebus air ni sehingga mendidih.. Air ni aku minum tiga kali sehari iaitu waktu pagi, petang dan malam sebelum tidur.. Kadang-kadang aku minum je ikut suka hati.. Tak kira dah berapa kali yang aku minum sebab airnya takde la manis sangat.. Kalau terlebih manis tu yang bahaya tu..





Air buang angin ni elok diminum ketika ia masih lagi suam.. Tapi ada masanya, dah sejukpun aku minum jugak.. ahaha... Lagi satu, kena rajinkan diri untuk panaskan air ni setiap masa.. Takut nanti air tu bertukar jadi masam kalau tak dipanaskan selalu..


Siapa nak cuba minum air ni, dipersilakan.. Ni air untuk buang angin dalam badan ya.. Jangan salah faham pulak.. hehh..


Sekarang ni, aku tambahkan sebiji lemon dalam resepi air buang angin aku ni.. Maka, air ni bukan setakat buang angin tapi untuk buang toksin dalam badan juga.. 




^
Sebiji lemon, bawang putih, serai, kulit kayu manis, bunga lawang, halia, bunga cengkih dan gula manisan.. Letak air dan rebus sampai mendidih.. Minum suam.. 
v



p/s: Cuba lah..!

Sunday, December 20, 2015

Pisang lenyek beku...

Assalamu'alaikum...

Pisang lenyek beku...


Hari tu, masa aku pergi ke rumah jiran untuk bagi pisang kapas kat dia, jiran tupun bercerita la pasal pisang beku ni..


Kata jiran aku tu, kalau ada banyak pisang dan pisang tu dah masak tapi kita tak sempat nak buat apa-apa, eloklah dibekukan pisang tersebut daripada dibiarkan membusuk macam tu je.. Lagipun harga pisang dah semakin mahal.. Buat apa nak dibazirkan..?


Betul jugak kata jiran aku tu.. Lagipun, dia kata dia memang selalu bekukan pisang lenyek ni.. Berbulan-bulan tahan.. Simpan dalam bekas atau plastik dan masukkan aje dalam peti beku.. Apabila nak digunakan, keluarkan satu bekas atau satu plastik ikut banyak mana yang kita nak guna la..


Maka, akupun ikut la saranan jiran aku tadi.. Aku ramas dulu pisang tu dan lepas tu aku masukkan ke dalam pengisar dan kisar macam biasa.. Tak payah letak gula dulu.. Biarkan isi pisang tu sahaja.. Lepas tu, masukkan dalam plastik dan ikat ketat-ketat..



^
Masa kisar pisang ni, jangan letak air.. Kena kisar perlahan-lahan.. Kalau boleh, letakkan pengisar ni punya sudip kat lubang penutup tu dan gerak-gerakkan sudip tu supaya mudah untuk pisang tu dikisar..
v




Nanti kalau ada lagi pisang yang masak, aku nak bekukan dorang.. hehh.. Bila teringin nak buat lempeng atau cekodok, just defrost-kan sahaja.. Tak payah dah nak sibuk-sibuk pergi pasar mencari pisang..


p/s: Aku suka berkawan dengan jiran atau orang yang lebih tua ni sebab dorang tak kedekut ilmu.. Terima kasih mak cik.. :D

Saturday, December 19, 2015

Resepi: Masak lemak cili padi ayam...

Assalamu'alaikum...

Resepi: Masak lemak cili padi ayam...


Petang tadi aku masak lemak cili padi ayam berencahkan kentang ni untuk lauk makan malam.. Aku ni masak tak tentu masa.. Ikut pada kerajinan aku la.. hehh...


Jom kita tengok bahan yang diperlukan..


Cili api yang telah dikisar dengan kunyit hidup.. Gunakan ikut tahap kepedasan yang dikehendaki..



^
Bahan tumbuk iaitu bawang putih, bawang merah, halia dan serai..
v



^
Kelapa yang diparut.. Aku gunakan dua biji kelapa parut dan tiga kali perahan untuk mendapatkan santannya..
v



^
Bunga kantan ni saja aku masukkan sebab sayang takut layu macam tu je.. Dan juga lima biji kentang yang dibelah dua.. 
v



Okay, bahan dah setel... Masa untuk memasak pulak.. Jom fokus.. hehe..


Mula-mula sekali proses untuk kecutkan ayam.. Masukkan ayam dalam periuk.. Masukkan juga cili api, bahan tumbuk dan serbuk kunyit incase kunyit hidup masa kisar dengan cili tu sikit... Ayam ni aku gunakan bahagian dada sahaja.. Kacau rata dan biarkan semuanya sebati..


Apabila ayam dah kecut, bolehlah masukkan santan tadi..


Lepas tu terus je masukkan bunga kantan..


Terus juga masukkan kentang.. Kentang ni lambat nak empuk.. Tu yang kena masukkan awal.. Jika masukkan masa kuah dah mendidih, takut nanti ayam tu terlalu empuk dan isi ayam tu berderai..


Letak sudip kayu dalam periuk untuk menghalang kuah dari melimpah keluar.. Api dapur jangan kuat sangat.. Gunakan api yang sederhana sahaja... Kacau kuah selalu.. 


Apabila kentang dah empuk, terus tutup api dapur.. Kemudian, terus masukkan garam halus dan kacau sebati.. Beginilah rupanya masak lemak cili padi ayam yang dah siap..


p/s: Senang je nak masak ni, kan..? Lagi senang kalau guna santan yang dah siap perah sebab part nak perah santan ni yang leceh sikit.. hehe..

Friday, December 18, 2015

Nak cerita sikit...

Assalamu'alaikum...

Nak cerita sikit...

Zaman aku sekolah dulu, pakai sahaja baju kakak.. Tampal sahaja mana yang dah berlubang.. Baju dah warna kuning kusam dah macam kain buruk tapi aku masih lagi pakai.. Pakai sahaja kasut yang dah koyak macam mulut buaya yang ternganga sampai kena tegur dengan cikgu.. 


Aku senyum sahaja apabila cikgu tanya pasal kasut sekolah aku macam tu tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tau.. Masa cikgu tegur tu, airmata aku dah bergenang dah dan aku tau yang cikgu itu perasan akannya.. Aku sangat cool waktu itu..  


Andaikata aku mampu, tidaklah aku pakai kasut sebegitu dan aku pula jenis yang tidak suka membebankan mak abah hanya dengan isu kasut dan baju yang koyak..


Adik-beradik aku ramai dan ada yang bersekolah di asrama penuh.. Maka, biarlah mereka pakai kasut baru.. Aku sekolah di kampung ni tak apa.. Asal kaki ada lapik dah memadai walaupun tapak kasut sekolah aku tu sudah nipis dan berlubang kat bahagian tumit.. 


Melihat emak dan abah yang pagi petang ke ladang sawit dan pulangnya mereka dalam keadaan peluh yang melekat dibaju hingga boleh diperah baju tersebut, tegakah aku meminta macam-macam..? 


Namun, syukur alhamdulillah.. Kesusahan hidup masa lalu mengajar aku untuk tidak membazir dan sentiasa berfikiran waras dalam membeli sesuatu benda.. Kasut aku, selagi tak rosak, selagi boleh dipakai, akan aku pakai.. Biarlah orang nak pandang sinis sekalipun dengan kasut aku yang dah lusuh.. Barang branded seperti baju, kasut, handbag atau tudung yang harga ratus-ratus memang tidak ada dalam kamus hidup aku.. 



Pedulikan kata nista orang kerana orang hanya tau berkata-kata sahaja.. Membantu, jauh sekali.. Yang penting, hati kena kental.. Jangan amalkan sikap ‪#‎biar_papa_asal_bergaya‬ kerana akhirnya nanti kita sendiri yang rosak binasa.. Sebaliknya, amalkan sikap‪#‎ukur_baju_biarlah_di_badan_sendiri‬, barulah selesa apabila memakainya..


Terima kasih mak dan abah yang banyak menyabarkan dan banyak memberi pengajaran.. Moga Allah panjangkan usia mak dan berikan kesihatan yang baik buat mak.. Al-Fatihah untuk arwah abah.. Moga Allah tempatkan abah bersama golongan mereka yang beriman.. Aamiin.. 


p/s: Orang sekarang baju dan kasut sudah penuh dua tiga almari tapi masih lagi bersungut tak ada kasut, tak ada baju.. Memang jenis tak reti bersyukur agaknya.. Lepas tu apabila dompet dah kosong, mulalah meroyan sampai semua orang dijadikan bahan untuk melepaskan geram.. hehh... 

Tuesday, December 15, 2015

Resepi: Asam pedas ikan patin bersama terung telunjuk...

Assalamu'alaikum...

Resepi: Asam pedas ikan patin bersama terung telunjuk...

Ini merupakan kali pertama aku masak asam pedas ikan patin ni.. Selalunya, ikan patin ni orang buat masak tempoyak tapi disebabkan aku sudah jemu nak makan patin tempoyak ni, tu yang aku cuba masak asam pedas pulak.. Sebetulnya, asam pedas ni memang kegemaran aku jika nak dibandingkan dengan masak lemak cili api atau kari.. Cumanya, asam pedas versi aku kuahnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.. Aku pilih yang sedang-sedang sahaja.. hehh..


Sebenarnya, ikan patin ni kakak aku bawa balik ke sini.. Ikan patin ni opis dia yang jual.. Katanya ikan patin sangkar dari Kerdau.. Masa kat sini hari tu, dia kata nak masak tempoyak tapi aku kata aku dah jemu makan patin tempoyak.. Maka, diapun masak la asam pedas patin ni.. Lepas je makan, terus aku tersuka tanpa sengaja pulak.. hehh..


Mahal ke murah..? Saja la tanya.. hehe..



^
Besar, kan..? Tengok warna isi ikan yang masih lagi merah walaupun dah hampir dua bulan aku simpan di dalam freezer.. Aku masak separuh je dulu.. 
v



^
Bahan tumbuk.. Bawang putih, bawang merah, halia, kunyit hidup dan serai..
v


 Semua ni hasil dari keliling rumah..



 ^
Air asam jawa dan cili kering kisar..
v



Okay, bahan sudah diperkenalkan.. Sekarang masa untuk menumis dan seterusnya memasak asam pedas patin ni..



^
Panaskan minyak.. Kemudian, tumiskan bahan tumbuk tadi.. Kacau sebati dan tunggu hingga naik bau.. Lepas tu, masukkan pula cili kering kisar..
v



^
Kacau rata dan tunggu hingga pecah minyak.. Lepas tu, terus je masukkan air asam jawa ikut banyak yang kita nak bersesuaian dengan kuantiti bahan tumbuk tadi..
v



^
Kacau kuah dan tunggu hingga mendidih agak lama sedikit supaya kuah betul-betul masak.. Kemudian, masukkan ikan patin tadi.. Aku masak separuh je ikan patin ni.. 
v



^
Lepas tu, terus je masukkan daun kesum, bunga kantan dan terung telunjuk.. Kacau sebati..
v



^
Biarkan beberapa minit lagi sehingga terung telunjuk sudah kelihatan lembut.. Kemudian, masukkan garam dan kacau rata perlahan-lahan.. Tutup api dapur..
v



^
Okay, dah siap dah masak asam pedas ikan patin bersama dengan terung telunjuk versi aku..
v



Selamat mencuba.. Itupun jika nak cuba la, kan.. hehh..


p/s: Alhamdulillah... Masak sendiri lebih menjimatkan.. Lagi jimat jika sayur tu semua kita tanam sendiri.. Ikan patin tu je yang tak boleh nak bela sendiri.. hehe..

Sunday, December 13, 2015

Alhamdullillah, rezeki dari sekeliling rumah...

Assalamu'alaikum...

Alhamdullillah, rezeki dari sekeliling rumah...


Alhamdulillah.. Segala rezeki itu datangnya dari Allah.. Namun, kenalah berusaha dahulu sebelum mendapatkan hasilnya.. Bak kata pepatah lama; rezeki tidak akan datang bergolek.. Bola yang bulat kat atas tanah rata itupun tidak akan bergolek dengan sendirinya jika tiada angin yang meniup atau kaki yang menendang.. 


Terung telunjuk, bunga kantan dan daun bawang.. Agak-agak la kan, kalau beli, berapa harga semua ni ya.. Bunga kantan sekarang ni rasanya agak mahal jugak untuk sekuntum.. Aku tak tau harga pasaran bunga kantan ni sebab aku tak pernah beli.. Selalunya kalau kat rumah ni takde bunga kantan, aku minta je kat rumah jiran.. hehe.. Alhamdulillah, jiran-jiran kat sini semuanya baik belaka.. 




Alhamdulillah.. Seronok tengok buah cili merah aku ni.. Rasanya cili kering kot.. Tak ingat dah aku.. Hari tu aku main semai je benih cili tu.. Tak sangka pulak benih tu hidup membesar dan membuahkan hasil.. Inilah yang dinamakan rezeki.. 




Ini pulak pokok cekur.. Aku tak reti nak makan daun cekur ni tapi aku suka bau dia yang wangi tu.. Aku sekadar tanam je sebab jiran-jiran ada tanam pokok ni.. Aku follow je la.. ahaha... Alhamdulillah, elok je dia subur..





Kat bawah ni pulak aku baru semai anak pokok cili padi, pokok terung telunjuk dan terung rembang.. Harapnya semua pokok ni hidup subur dan banyak mengeluarkan hasil.. hehe.. Sekarang ni nak kena semai anak terung banyak-banyak atas arahan pihak berwajib.. huhu..




p/s: Walaupun duduk kat kampung, kawasan untuk bercucuk tanam tidak mencukupi sebab tanah yang berbatu dan keras.. Malahan, ada beberapa bahagian kawasan kat belakang rumah yang terpaksa ditambak dengan tanah hitam yang dibeli.. Dah berapa banyak berhabis kat situ je.. Tu yang terpaksa tanam dalam bekas, polybag ataupun tanam dalam pasu..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)