Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, October 31, 2010

YANG PENTING SELESA... =D

Assalamualaikum....


Keselesaan ada di mana-mana...

Kalau selesa duduk di rumah besar...
Maka selesalah untuk meneruskan rutin harian di situ...

Kalau selesa tinggal di kampung...
Maka tidak perlulah nak mencuba untuk berhijrah ke bandar...

Kalau selesa dengan kerja dan gaji yang ada sekarang...
Mengapa perlu bertukar-tukar pekerjaan..?

Kalau selesa dengan status sebagai janda, duda, andalusia, bujang terlajak dan sebagainya...
Kenapa perlu mencari teman hidup... :p
Cukuplah sekadar mempunyai keluarga, sanak saudara dan teman rapat yang benar-benar memahami diri kita....

Kalau selesa untuk bermadu...
Kenapa perlu bersungut dan merungut...?

Kalau selesa mempunyai isteri lebih dari satu...
Kenapa perlu mengelak dalam soal memberi nafkah...?

Ada orang punya rumah besar bak istana, tapi hatinya tak ceria...
Ada orang punya kerja dan gaji yang bagus, tapi wajahnya tak berseri...
Ada orang telan madu, tapi pahit yang dia rasakan...
Ada orang mempunyai kelebihan, tapi dia sering merasa kekurangan...
Tidak ada keselesaan di hati dan minda mereka...

Ada orang yang tidak punya apa-apa, namun dia tetap ceria dan bahagia...
Kerana dia selesa dengan apa yang dia ada...

Contohnya adalah seperti 'dia' kat dalam gambar ni...
'Dia' cuma ada 'ekor' je...
Namun 'dia' selesa berada di situ...
kehkehkeh...
:
:
V
Nampak tak..?? Soooo selesa... hahaha..



Keselesaan sering berhubung-kait dengan kemewahan. Tapi ada jugak orang yang tak berapa nak mewah yang teringin untuk hidup selesa... Semua orang mempunya keinginan yang berbeza....kan... =D


Yang ini barulah betul-betul boleh dinamakan keselesaan tahap maksima... Tak gitu...??? Muahahahaha...


Aku kata: Ada benda yang buat aku tak selesa sekarang ni. Rimas laa...!!!

Saturday, October 30, 2010

MASAM-MASAM MANIS... :P

Assalamualaikum.....

Aku nak menayang gambar lagi ni... =)
Gambar apa wehhh...???
Apa lagi, gambar makanan la... ;p
Masih lagi manggunakan resepi yang sama...
Cuma bentuk acuan aje yang berbeza..




Inilah rupa bentuk acuan untuk puding jagung yang aku buat tadi. Penutup tu adalah untuk menutup lubang tu ya. Tadi aku gunakan acuan warna kuning tu. Ngam-ngam je isi puding kat dalam tu. Kalau aku gunakan acuan warna putih tu, konpem tak muat sebab kecik sikit saiz dia... Banyak lagi bentuk penutup tu, tapi tak tau simpan kat mana. Rembat aje la peten ikan bawal tu... hehehe....


Inilah namanya puding jagung ikan bawal... muahahahaha...





Ini pulak rupa acuan yang aku gunakan hari tu. Harap ada yang dah faham macam mana boleh terbentuk gambar-gambar kat atas puding tu yaa... Lepas ni boleh la pergi cari acuan macam ni kat giant ke... tesco ke... carefour ke... Jangan cari kat kedai jahit dah la... kehkehkeh...


Gambar kitar semula... ;p


Jeruk mangga made by my mum... :-)


Aku kata: Emmm... Nyumm... nyumm... nyumm... Hingga tak terkata sedapnya... =)))

TAKDE KERJA CARI KERJA... =D

Assalamualaikum.....


Takde nak cerita apa...
Takde idea nak berkongsi rasa...
Takde mood nak menaip panjang-panjang...
Semuanya takde... takde... takde....
Hahahaha....

Yang ada hanyalah ni haaa...
Video klip lagu hindustan yang aku buat ni...
Jenuh seharian mengadap laptop...
Sampai terkelip-kelip biji mata...

Aku suka lagu ni...
Nak letak video klip yang asal lagu ni tak boleh kottt....
Sebab syeksyi you... huhuhu...
Nanti rosak pulak mata korang...
Kehkehkeh....

Siapa-siapa yang suka karoke tu...
Boleh la nyanyi lagu ni...
Tapi ni lagu panggil hantu tau....
Korang berani ke..??
Aku takutttt....
Huwaaaa...



Model untuk video klip ni adalah kucing-kucing aku...
Kihkihkih....
Ada jugak aku selitkan gambar kucing aku yang dah mati...
Huhuhu....
Kiranya video klip ni tribute untuk Miki dan Citam...
R-I-P untuk dua ekor ni... sobbsss...

Dah kata lagu ni lagu panggil hantu...
Hantu kucing... ;p


Aku kata: Hobiiinnngggggggggg.... hahahaha....

Wednesday, October 27, 2010

HOBEN JANG HOBEN: Den tak kigho.. Apo nak jadi, jadi laa.... =D

Assalamualaikum....

Sabtu ni perlawanan akhir Piala Malaysia...
Pasukan bertanding adalah Negeri Sembilan bertemu Kelantan...
Sejarah tahun lepas berulang lagi...
Dua pasukan yang sama berentap sekali lagi...

Namun apakah situasi yang sama akan berulang kembali..?
Bergaduh dan membaling objek serta mercun..?
Tuduh-menuduh sambil menuding jari..?
Semua pihak tak akan mengaku kesilapan masing-masing..
Apatah lagi bila 'ketua' sendiri seolah-olah 'meredhakan' kekecohan ini...
Hmmm..... =D

Ramalan si sotong mengatakan bahawa Negeri Sembilan akan menang. Masalahnya, si sotong tu pun dah mati. Dia sendiri 'terlupa' untuk meramal jangka hayat hidup dia... hahaha... (siapa laa punya keja ni.... ;p)

Aku tak risaukan sangat kekalahan yang 'bakal' menimpa Negeri Sembilan. Sudah tentu aku nak pasukan negeri kelahiran aku ni menang. Namun, aku lebih risaukan keselamatan para pemain dan penyokong Negeri Sembilan yang ada kat stadium tu nanti. Aku rasa adalah lebih wajar jika pasukan bomba disediakan kat tepi padang bola tu. Kalau nampak je ada asap yang keluar dari tempat duduk para penyokong, tak kira la penyokong manapun, terus je sembur dengan semburan yang paling laju. Biar dorang tu tercampak terus naik kat atas bumbung stadium... Boleh gitu..??

Aku tak nak cakap banyak. Kang ada pulak yang boikot blog aku ni. Dah la blog ni takde perisai nak cover aku.. Apa lagi misai... pon takdok jugok... kehkehkeh...

Jom waghih...
Kito samo-samo layan lagu pembakar semangat ni... Pembakar semangat ya...
Bukan pembakar stadium...
Oooppsssss...!!!!


Nyanyi samo-samo jommm....

Hoben Jang Hoben... 4X

Daghi sawah tughun padang...
Kini kau dah pandai nondang...
Kali ini misti monang...
Bukan susah cukup sonang...

Hoben Jang Hoben.. 4X

Sumbek gol banyak-banyak...
Biar sampai jaghing kuyak..
Main biar hati-hati...
Jangan masuk gol sendighi... (masuk gol sendighi)

Hoben Jang Hoben.... 4X

Duo satu kocik bona...
Ompek satu sonyum leba...
Kalau buleh tujuh kosong...
Biar dio balik molopong... (molopong... molopomg...)

Hoben Jang Hoben... 4X

Hoben Jang Hoben... 4X

Yam Tuan sokong kito...
Montoghi bosa sokong kito...
Undang luak sokong kito...
Jangan buek malu muko...

Hoben Jang Hoben.... 4X

Bukan main bola lisut...
Bukan main bola tampa...
Biar dio oghang tokojut... (tokojut... tokojut...)
Kito monang Pialo Malaysia..

Hoben Jang Hoben.... 4X

Hoben Jang Hoben... ben... ben... ben... ben...


Aku kata: Masih terbayang lagi bagaimana penjaga gol Kelantan menendang seorang pemain Negeri Sembilan (si hensem itu laa...) gara-gara dia berjaya menyumbatkan gol. Tu baru tengok kat tv tu... Kalau tengok 'live', trauma agaknya aku ni dengan bola... Mujurlah insiden ni bukan berlaku pada masa perlawanan akhir... Kurang-kurangkan la makan budu tu ya.... =)

Thursday, October 21, 2010

RANGKA LEBAM SIAPA NI...???

Assalamualaikum....

Nak bebel sikit la ehh... Kalau nak dengar tu, silakan la. Kalau tak nak dengar takpe, aku tak kecik hatipun... =)

Petang semalam aku lepak la barang 5-10 minit mengadap cenel astro@15 tu. Memang dah lama giler aku tak jenguk cenel ni. Nak dijadikan cerita, aku ternampak la dorang dok bercerita pasal rangka ayam goreng. Gulppp...!!! Tetiba je timbul perasaan 'mengidam' kat rangka ayam goreng tu.

Kebetulan malam tadi ada pasar malam kat sini. Ya Allah, syukur sangat-sangat sebab nanti boleh la aku meratah rangka ayam tu. Dah telan-telan air liur dah ni. Aku cakap la kat abang aku, mintak tolong dia belikan sekor rangka ayam untuk aku. Mak aku dah mula nak bagi syarahan dah bila je dia dengar aku nak beli benda alah tu. Sebelum dia teruskan, aku siap bagitau yang aku teringin. Jadinya diapun diam aje la... =D

Ddipendekkan cerita, aku dapat la makan rangka ayam yang diidamkan sangat tu. Mula-mula tengok rupa rangka tu, hati aku dah rasa tak sedap. Apsal lebam je ni, takde langsung warna keemasan kunyit. Okay takpe, tak bagus menilai sebelum merasa. Maka akupun teruslah membuat cubitan pertama kat rangka tu. Makan isi dia dulu walaupun isi takde sangat... Gulppp...!!! Lagi sekali aku telan air liur. Tak puas hati ni, rasa pulak kat bahagian lain sambil belek-belek rangka lebam tu. Sama je... isshhh... tak boleh jadi ni... Ni yang rasa nak bebel ni...!!

Apa ke halnya goreng rangka ayam takde garam ni...!!! Ingat ni citer Ahmad Albab ke haaa...??Rasa macam nak lempar je. Siyes la, aku rasa terkilan sangat dengan kualiti peniaga makanan kat pasar malam kawasan aku ni. Dorang ni tau masak ke tidak agaknya ehh. Kalau setakat goreng rangka ayam tapi rasa macam kunyah kayu getah, baik berhenti la meniaga tu daripada ko kena sumpah. Apa ko ingat para pembeli ni takde anak tekak ke..? Memang sangat-sangat sakit hati. Dah la sekor rangka yang kurus kering tu harga sampai 3 hengget, pastu lebam lak tu, pastu tawaq hebiaq lak tu dan yang paling meloyakan tekak aku adalah paru-paru ayam tu dorang tak buang dulu. Punya la hitam melengut paru-paru tu kena goreng sekali. Yuckkk....!!! Terus aku patah-patahkan rangka tu dan agih-agihkan kat kucing aku ni. Mujur la semua kucing ni belum makan malam lagi, jadi dorang baham aje la rangka lebam tu.... huhuhu... Rezeki untuk kucing la nampaknya...

Nasihat aku kepada peniaga makanan terutama sekali yang meniaga kat pasar malam ni, tolong la jaga kualiti makanan yang nak dijual tu. Jangan la main tangkap muat je. Kalau bulan tak puasapun rasa makanan korang macam sampah, apa lagi masa bulan puasa. Bayangkan jika ada orang mengandung yang betul-betul mengidam nak makan makanan korang tu tapi rasa makanan tu tak seperti yang diharapkan..? Kesian bukan... Kalau setakat goreng rangka ayam yang lebam dan tawa gelewar macam tu, akupun boleh buat... Tunggu aje aku kumpul modal dulu... ;p


Aku kata: Mak aku suka dengan puding jagung aku hari tu. Begitu jugak dengan jiran aku dan anaknya. Kalau aku jual puding jagung ni kat pasar malam, okay gak ni kan... Masalahnya, aku tak minat nak meniaga makanan laa... Camno tu... hahaha...

Wednesday, October 20, 2010

BUANG, BAKAR DAN SIMPAN....

Assalamualaikum....

Pagi tadi aku kemas laman rumah aku ni. Aku buang semua pokok keladi ni haa.. Sebabnya, hari tu aku dengan tidak sengaja telah terbaca satu artikel mengenai bahayanya getah pokok keladi ni. Menurut artikel tu, getah dari pokok keladi ni dan yang sejenis dengannya adalah sangat merbahaya. Bahaya bukan sahaja kepada kanak-kanak, malahan kepada orang dewasa juga.

Getah pokok keladi ni boleh membutakan mata kita jika terkena percikannya. Manakala jika kanak-kanak yang masih kecil terkunyah daunnya, ia boleh membawa maut. Lihatlah betapa bahayanya pokok keladi ni. Memang tidak dinafikan, pokok keladi ni sangatlah cantik untuk dijadikan perhiasan di pejabat, di sudut laman rumah ataupun di hotel pelancongan. Namun begitu, apa guna semua ini jika ianya boleh mengundang kecelakaan kepada manusia. Lebih baik dihapuskan dengan segera sebelum berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Kasi buang sama dia... Cantik tapi berbisa... Kena getah dia sikit je kat tangan dah boleh buat kita seperti beruk kena belacan. Asyik nak menggaru je..


Errr.... Mujur dah beli yang baru.. Kalau tidak, konpem pakai lagi ni walaupun dan senget-benget.. Jangan membazir... =D


Bakar mana yang tak perlu. Tak payah nak simpan-simpan lagi dah...


Ehhh... Yang ni kena jugak simpan walaupun ianya tempat langsuir mengekek... kihkihkih... Mahal harganya ni kalau kat KL.. kann... =)))


Berlagak giler dorang ni. Bukannya nak menolong aku kemas laman.. Nak kena buang jugak ke..?? Jangannnn....!!! Kalau dorang takde, siapa yang aku nak buli nanti.... kehkehkeh...


Aku kata: Seronok jugak main edit-edit gambar ni kan... Thanx kat Hatim yang tak kaya, tapi sedikit ensem atas tutorial yang dia bagi.. Jangan pulak korang pegi edit gambar yang bukan-bukan dah la yaa... hahaha...

Tuesday, October 19, 2010

SADIS LA SANGAT... =)

Assalamualaikum....


Satu gambar yang mempunyai pelbagai rumusan dan cerita...

Apa agaknya yang korang fikir dan bayangkan bila tengok gambar ni...

Adakah sama dengan apa yang aku fikirkan...??

Apa yang penting, aku jadi sedih la tengok gambar ni... ;p

Korang sedih tak..??

:
:
:
:
v



Huwaaaa.....
Ni la lauk paling peberet....
Agak-agak tergugat tak selera nak makan telur goreng bila tengok gambar ni ehh..?


Aku kata: Makan nasi dengan berlaukkan telur mata kerbau plus kicap masin cap kipas udang memang terbaik laa... Pastu ada pulak ulam kacang botol... Terangkat bebbb.... hehehehe...

Monday, October 18, 2010

BEGITU LA KISAHNYA....

Assalamualaikum...


Hari ni aku poskan pad herba pantyliner ni untuk seorang kawan blogger aku. Terima kasih dan tahniah aku ucapkan pada beliau di atas sikapnya yang berani untuk mencuba produk ni. Seperti yang pernah aku beritahu sebelum ni, pad herba pantyliner AVAIL ni bersifat serbaguna dan bukannya sekadar untuk ditempekkan di bahagian 'itu' sahaja... =D

Sebagai permulaan, kawan tersebut membeli 3 bungkus dahulu... Harap-harap lepas ni beli la lagi ya kak... (Nama pelanggan dirahsiakan.... hehe...)


Hari ini juga kepala aku tinggg... tonggg... Semuanya gara-gara memakan biji bakong rebus ni. Rupa dan rasa biji bakong ni seperti biji cempedak. Sebab tu kepala dan badan aku rasa sengal je, angin dah masuk dalam badan... Masa makan punya la sedap sampai tak ingat dunia. Selepas makanpun sedap gak, ni yang terkena sakit-sakit badan ni... hahaha...


Aku tak tau lak apa nama untuk biji bakong ni kat daerah lain. Bila aku cuba google, yang keluar adalah artikel pasal pokok bunga bakong yang kaler putih tu. Menurut mak aku, buah bakong ni dimakan bijinya sahaja manakala isi buahnya dibuang. Tak tau la pulak kenapa. Pokoknya juga seakan-akan pokok cempedak. Biji bakong ni katanya sedap dicicah bersama dengan kelapa parut muda. Manakala menurut jiran aku orang Penang, dia kata kat tempat dia biji bakong ni boleh dicampurkan ke dalam kari ayam atau daging... Orang utara boleh beri sedikit info tak pasal ni..?? Sudi-sudilah kongsi ya... Macehh... =D



Oleh kerana badan dan kepala aku dah mula sengal, maka akupun makan la mangga muda ni.. Dah macam apa je dok makan benda-benda masam ni.... Nak buat macam mana, terpaksa... huhuhu....



Tingggggg..... tongggggggg.....!!!
Siapa pulak yang tekan loceng pintu ni....
Ehhh, rumah aku mana da loceng pintu daaaaa.... Mamai ke apa ni....
Hahahaha....


Aku kata: Kalau boleh, aku tak nak la jadi seperti tin atau tong kosong. Dah la kosong, bocor pulak tu.... Sudi-sudilah bantu aku ya. Tunjuk ajarku SIFU... =)

Saturday, October 16, 2010

PUDING JAGUNG MY HEART... =D

Assalamualaikum...

Hari ni aku rajin sikit... =)))
Aku cuba resepi puding jagung ni....
Tapi aku buat mengikut cara aku laa...
Bahan-bahan lebih kurang sama dengan resepi asal...
Cuma sukatan tu ada beza sikit... =D












Aku tunjuk gambar je la ehh...
Resepi tu pandai-pandai la korang cari sendiri...
Boleh..??
Hahaha... Kejam giler kedekut resepi...
Ahakkk...

Okay la...


Aku kata: Daripada korang beli puding yang tak tau tahap kebersihannya, baik la korang buat sendiri. Bukannya susahpun.. Sonang yoo... Satu keluarga boleh makan... =))

Friday, October 15, 2010

AMBIL KISAH JIKA BENAR-BENAR SAYANG... =)

Assalamualaikum...


Selamat hari Jumaat yang penuh keberkatan untuk semua. Semoga anda semua sihat sejahtera dan diberkati Allah selalu hendaknya.. Amin...

Waaahhhhh.... Mukaddimah macam nak bagi ceramah motivasi je kannn... hikk...
Bagi ceramah kat blog sendiri, takpe la kot. Cuba ko bagi ceramah kat blog orang, mau kena hamun ko nanti... Jangan buat dan cari pasal... hahaha...

Okay, dipendekkan cerita, aku sebenarnya nak promot pad herba dan barangan keluaran AVAIL ni je haa. Dulu aku dah pernah buat entri pasal AVAIL ni kat sini, tapi kali ni aku nak buat lagi la kisah AVAIL ni. Harap ada yang sudi meluangkan masa untuk membacanya, dan juga membuang sedikit ongkos untuk membelinya ya... :P


Ni apa hal pulak tampal pad kat selipar ni..??
Pad PANTYLINER herba AVAIL ni sebenarnya mempunyai pelbagai fungsi. Boleh ditampalkan di dahi jika terasa pening atau mual. Boleh juga ditampalkan di pusat jika terasa sakit perut kerana angin. Boleh juga diletakkan di dalam helmet untuk mengurangkan sakit kepala dek kerana memakai helmet berterusan. Dan boleh juga diletakkan di dalam kasut yang bertutup untuk membuang toksid di dalam badan. Macam-macam lagi la fungsinya..

Oleh sebab aku bekerja di rumah je, maka aku tampalkan di atas selipar ni la.
Bagi mereka yang bekerja di pejabat, atau kerjanya asyik berjalan je, memang amat sesuai jika menampal PANTYLINER ni di dalam kasut anda asalkan kasut tu bertutup la. Selain itu, kasut anda akan menjadi lebih harum dan tidak akan berbau hapak. =)


Sebungkus PANTYLINER ni baru berharga RM10 sahaja. Sama harga dengan sekotak rokok...!!
Terdapat 20 keping di dalamnya, sama juga dengan isi di dalam sekotak rokok yang berharga RM10 tu..!! Jadi, apa kata orang lelaki atau para suami jangan berkira sangat untuk membelikan pasangan anda PANTYLINER ni. Kalau pasangan anda sihat, mudah la sikit mereka nak menjaga anda nanti jika anda ditimpa masalah akibat dari merokok tu... kann... huhuhu... Malahan satu keluarga anda juga boleh menggunakan PANTYLINER ni, termasuk anak lelaki.. !! Sungguh menjimatkan..!!!


Siapa yang berminat untuk mencuba, ataupun mendapatkan keterangan lebih mendalam, bolehlah menghubungi nombor yang tertera kat iklan ni ya... Ataupun korang juga boleh masuk kat blog ni sebab kat situ ada disediakan borang jika korang benar-benar berminat untuk membeli barangan AVAIL ni.

Heroin Adnan Sempitpun gunakan produk AVAIL ni... Caya laa... Say PEACE...!!!



Ini pula adalah kopi CAPPUCHINO AVAIL. Sedap dan sesuai sangat diminum oleh orang yang 'gila bekerja'. Aku dah cuba minum dan memang takde rasa mengantuk langsung. Tapi jangan la amalkan minum selalu, atau dalam erti kata lain, ketagihan. Mana boleh bekerja tanpa rehat... ya tak.?? Minum sehari sekalipun sudah memadai. Mana-mana yang ada penyakit sampingan tu, dapatkan la nasihat dari doktor dulu. Aku tak nak la nanti jika tiba-tiba korang ditimpa musibah berpunca dari pengambilan kopi CAPPUCHINO ni...

Kalau ternampak gerai ni kat mana-mana ekspo, janganlah segan dan silu untuk terus menyerbu bagi mendapatkan pelbagai barangan AVAIL ni. Mesti ada potongan harga punya la.. =))


Aku kata: Beli la barangan AVAIL ni ya, terutama sekali pad herbanya yang mempunyai pelbagai fungsi dan 'khasiat'. Cegah sebelum parah... =D

Thursday, October 14, 2010

EKSOTIK vs EROTIK: Pandangan kita mungkin berbeza...

Assalamualaikum...

Perhatikan kesemua tiga keping gambar kat bawah ni...
Apa yang pertama sekali akan anda fikirkan..??
Selera...?? Nafsu..??
Pandangan kita mungkin berbeza..
Berbeza mengikut jantina masing-masing...
Kenapa agaknya ya..??


Perhatikan buah betik ni. Bagi pandangan seorang wanita, lebih-lebih lagi yang bergelar isteri ataupun ibu, mereka lebih memikirkan ke arah selera. Maksudnya, pelbagai resepi yang terlintas di fikiran mereka tatkala melihat buah betik yang lebat sebegini. Ada yang berfikir nak buat kerabu betik la, masak lemak betik mengkal la, buat jeruk la dan macam-macam lagi. Semuanya difikirkan untuk memenuhi selera sebuah keluarga.

Pandangan seorang lelaki pula..?? Tak kira la peringkat umur bagaimanapun mereka, apa yang mereka fikirkan juga adalah selera, namun selera itu bercampur nafsu. Sebab apa..??
Kerana mereka selalu membayangkan akan mendapat pasangan yang mempunyai payu dara sebegini. Kalau tidak, mana mungkin mereka selalu berkata..."fuiiyooo... selambakkkk...!!!"
Tak percaya...??? Tanya aje pada mereka ini... =D


Ini pula buah terung pipit. Kihkihkih... Jangan gelak yaa dengar nama ni. Namanya mungkin berbeza mengikut daerah. Ada yang panggil terung berembang. Kaum hawa juga akan berfikir ke arah selera. Terung ni masak lemak cili padi campur dengan ikan masinpun sedap jugak ni. Manakala kaum lelaki pula akan berkata..."Apasal pulak nama dia terung pipit..? Mana ada pipit kecik macam ni...". Boleh pulak dia bayangkan macam tu... hahahaha...


Begitu juga dengan gambar buah mangga ni (gambar recycle). Orang perempuan mesti suka sangat dalam bab-bab mencicah buah mangga ni, terutama sekali wanita yang mengandung yang mempunyai selera berbeza. Pelbagai resepi boleh direka dengan menggunakan mangga muda. Pandangan orang lelaki pula bagaimana agaknya ya..?? Seperti buah betik juga, mereka akan selalu berkata.." Elehhh, ko punya tu kecik je macam buah mangga... Tak best langsung...". Tentu korang pernah dengar ayat sebegini... kann... Jangan tipu laa... ;p


Aku kata: Kalau dah namanya selera, pastu bercampur pulak dengan nafsu, pokok kelapapun dikatanya cantik... Silap-silap haribulan, pokok kelapa itu yang dipeluk dan diciumnya... Sungguh erotik...!!! Auuuwwww.... kuikuikui...

Wednesday, October 13, 2010

PESANAN IKHLAS DARI PENAJA: Berhati-hatilah wahai kaum Hawa...

Assalamualaikum....


Aku nak kongsikan sedikit pesanan yang aku jumpa kat page fesbuk anak sedara aku. Maklum la, benda-benda ni boleh di 'tag' dan di 'share' dengan semua orang. Jadi tak salah rasanya kalau aku tulis semula apa yang terkandung di dalam 'note' tersebut. Nak letak note ori, tulisannya agak kelabu asap sikit. Jadi, aku dengan rela hati menaip kembali apa yang ada kat dalam note tu dan aku buang la mana-mana tanda yang tak perlu seperti penggunaan tanda >>>> yang banyak kat situ...

Kisah ni bagus untuk kita jadikan pedoman terutama sekali untuk kaum perempuan/wanita. Semoga cerita ini memberi kesedaran kepada kita. Baca dengan perlahan-lahan supaya kita merasa terkesan. Begini kisahnya:

***Hal ini berlaku di KL baru-baru ni. Cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak-agak dekat malam juga.

Dia terserempak dengan seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak itu kenapa dia berseorangan di petang-petang begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya.

Budak tu kemudiannya menunjukkan kepadanya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mensyaki apa-apa, terus membawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, diapun menekan loceng pintu. Sejurus kemudian dia terus pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar letrik berkuasa tinggi.

Hari berikutnya, apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata-rata dengan air mani yang berhamburan. Tak kurang 20 kondom kesemuanya...

Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan begini, jangan sesekali mengikuti kemahuan kanak-kanak tersebut. Sebaliknya, terus je hantar dia ke BALAI POLIS yang berhampiran.


P/S: Hantarlah kepada rakan-rakan anda yang wanita supaya mereka berhati-hati dan hantar juga pada rakan-rakan yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adik-adik, kakak-kakak dan ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biarkan naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya dan musibah pada diri mereka sendiri...***


Aku kata: Secara jujurnya, aku amat malu dan segan nak menaip perkataan mani dan kondom ni. Dengar orang sebut ayat camni pun aku geli... Yuckkk...!!! Tapi terpaksa jugak la tulis, kang ada yang 'buat-buat' tak faham lak... huhuhu...

Tuesday, October 12, 2010

TEPUK AMAI-AMAI: Jom tepuk ramai-ramai... =)

Assalamualaikum....


Syawal dahpun berlalu tapi sekarang ni masih ramai lagi yang pergi jemputan ke rumah terbuka. Makan punya makan sampai dagupun dah jadi dua. Haaa.... camner tu..!!! Bukan senang tau nak dapatkan balik dagu pada keadaan asal. Setidak-tidaknyapun, dagu tu janganlah sampai berlapis-lapis macam leher ayam belanda. Errr.... sungguh kejam ayat2 ini.... Sorry... ;p

Ohh.... Tidakkkk....!!!


Okay, kat sini ada sedikit petua untuk mengurangkan tahap ketebalan lapisan dagu korang tu (dagu aku yang sebenarnya... huhu...) Korang cubalah ya, mana la tau kot-kot berhasil pulak... Akupun nak cuba jugak laa.. Untung-untung lepas ni dagu jadi lebih runcing dan tirus... =)))

Cara-caranya ialah:
Tepuk bahagian dagu yang berlapis tu dengan menggunakan belakang tapak tangan sekurang2nya 40 kali sehari terutama sekali selepas mandi dan sebelum tidur malam.... (tepuk-tepuk manja ya kawan-kawan.... Jangan ko pegi hempuk pulak dagu tu, bersepai nanti... ekekeke...)

Manakala untuk mengecilkan pipi yang tembam pula, korang hanya perlu mengurut pipi tu bermula dari bawah dagu dan mengarah ke atas dengan menggunakan hujung jari. Pastikan urutan itu dilakukan setiap hari sebelum tidur sekurang-kurangnya selama 10 minit. Sebelum tidur tau... Bukannya semasa baring nak tidur. Sambil duduk melangut depan tv tengok drama Asmarapun boleh buat aktiviti ni... =D

Selamat mencuba dan semoga berjaya. Kalau korang malas nak buat, pergi je spa. Kat sana korang tinggal landing dan rileks je. Biar dorang yang profesional tu buat kerja. Tapi aku belum pernah masuk spa ni. Tengok SPA Q tu pernah la. Tu pun tengok tiga empat episod je... =))


Aku kata: Spa sekarang ni asyik kena serbu je. Kat luar tulis urut muka, tapi kat dalam urut lain la pulak. Daripada muka terselit masuk dalam Metro, baik korang tepuk sendiri je la dagu korang tu... huhuhu...

Monday, October 11, 2010

BAIK-BAIK SAYANG: Buat baik berpada-pada..

Assalamualaikum....

Pagi ni aku nak melayan lagu ni je...
Sebab tengah malam tadi aku menangis ... :'(
Banyak betul dugaan yang datang sejak akhir-akhir ni...
Pandai betul 'manusia' ni bersandiwara. Bijak sungguh 'dia' memutar kata...
Menjadikan aku 'bahan' umpatan...
Aku yang tak keluar rumah ni pun dikata dek orang..??
Bukannya aku menebeng kat simpang jalan. Apa lagi nak bertepuk tampar dengan jantan. Lainlah kalau aku kacau rumahtangga orang. Ataupun jadi batu api yang menaikkan marah orang. Aku duduk dalam rumah aje...!!!

Dari dulu lagi 'dia' ni macam ni. Ada aje yang tak kena di matanya...
Kalau boleh semua kisah keluarga aku nak dijajanya. Sampaikan baju yang kakak ipar aku pakaipun boleh dibuat cerita. Boleh pulak dia kata yang kakak ipar aku tu asyik pakai baju yang sama je. Walaupun ini kisah lama, namun sampai sekarang mak aku masih ingat lagi kata-kata tu. Tapi kami tak melawan. Biarlah dia nak kata apapun. Aku dan keluarga aku memang jenis yang malas nak berbalah. Lebih baik diamkan aje. Selagi aku boleh sabar, aku sabar...

Aku harap dia sedar tentang perbuatannya menjadi talam dua muka tu...
Allah dah bagi dia musibah. Mungkin dia tak sedar lagi. Atau mungkin juga dia sedar, tapi dek kerana egonya yang tinggi, dia seolah-olah merelakan musibah itu..
Mungkin juga dengan mencipta cerita tentang aku akan melencongkan persoalan tentang musibah yang menimpa anak dia tu, sekaligus dia terselamat dari soalan sinis dari jiran tetangga yang lain. Hebat sungguh 'manusia' ini. Sangat-sangat hebat...!!

Lupakan tentang ini. Aku tak mahu menjadi seperti dia. Manis di mulut, tapi di hati penuh dengan prasangka dan sandiwara... Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya... Biarkan... Biarkan...

Baik aku layan lagu ni.. Sekurang-kurangnya ia dapat memberikan aku semangat bahawa aku masih ada DIA dan kepada DIA aku mengadu...






Aku kata: Berlawan dengan kebodohan akan berakhir dengan kebodohan. Sebaliknya sabar itu melambangkan ketenangan dan kebijaksanaan serta sentiasa untung ~ Dr. HM Tuah Iskandar.

Thursday, October 7, 2010

APSAL LAA KO NI KEDEKUT SANGAT..??

Assalamualaikum....


Tika dan waktu ini aku sedang mendengar radio online iaitu THR Capsules...
Bagus jugak ada radio online ni kan...
Tak perlu nak pasang soket banyak-banyak kat rumah....
Jimat dah kat situ... =D
Nampak gayanya tiga ketol radio kat rumah aku ni makin bersawang laa...
Rasa membazir lak beli radio ni... (^__^)
Tapi dulu mana ada radio online ni.... kannn...
Sekarang ni je semuanya ONLINE....
So, rembat je la apa yang ON tu...
Sebelum kita atau dia OFF.... =)))

Topik pagi ni kat THR adalah KEDEKUT...
Hahahaha.... Aku suka topik ni...
Macam-macam cerita yang keluar dari pendengar...
Agak-agaknya yang follow dan skodeng blog aku ni ada tak termasuk dalam kategori kedekut ni ehh... kehkehkeh...
Kedekut tu boleh, bergantung pada sebab musababnya laa...
Tapi jangan la kedekut macam Haji Bakhil... huhuhu...

DJ Nasa kata senang je nak kenal orang yang kedekut ni...
Macam mana nak kenal dorang tu..??
Nasa kata orang yang kedekut ni kalau kita ajak dia pergi makan kat luar, lepas tu kalau kita tanya dia nak makan apa, dia akan cakap "apa-apa aje la... tak kisahpun..""
Sebabnya, dia takut kalau dia pesan makanan yang mahal, pastu nanti tetiba je kawan tadi bertukar fikiran dan suruh dia bayar sendiri makanan tu... baru naya...
Kedekut la katakan...
Kalau boleh semuanya nak FREE.... huhuhu...

Aku banyak jugak kisah berkawan/berjiran/bersaudara dengan orang yang kedekut ni...
Parah wehhh... hahaha...
Kalau kedekut duit tu biasa la kita dengar...
Ni ada yang kedekut ilmu dan tenaga...

Aku selalu cakap kat anak-anak sedara aku yang agak malas nak menolong buat kerja rumah...
Tu kira kedekut tenaga la tu kann...
Aku cakap, tenaga korangpun korang kedekut nak keluarkan...
Buatnya esok lusa Allah tarik 'kudrat' korang tu, baru la masa tu korang cakap 'tak dapat nak tolong buat kerja'...
Dan selalunya lepas aku cakap macam tu, dorang akan bangkit dan menolong apa yang patut...
Tau takutttt.... hahahaha....
Kadang-kadang, dengan budak-budak ni kita kena pandai 'main saiko' sikit... ;p

Ada orang yang kedekut nak belanja orang makan...
Tapi bila dia dibelanja, bukan main rakus lagi dia bedal semua makanan tu...
Dari makan bertukar menjadi mentekedarah... ahakkk...

Ada orang kedekut nak pinjamkan barang-barang dia...
Kalau boleh, nak sentuh barang-barang tu pun dia tak bagi...
Tapi barang orang, boleh pulak dia buat muka tak malu, main redah je...
Pastu buat macam kepunyaan sendiri... huhuhu....

Ada orang kedekut nak keluarkan belanja dalam membeli barangan dapur...
Kes macam ni selalunya berlaku di rumah sewa laa...
Bila duduk ramai-ramai menyewa, mula la masing-masing buat hal sendiri...
Sepatutnya, masa duduk berkongsi ni la kita harus berkongsi...
Kongsi tenaga.... pendapat... bajet untuk rumah sewa tu juga...

Ada orang yang kedekut dia lagi teruk...
Beli makanan/kudapan/buah pastu simpan dalam loker atau bawah katil...
Pastu makan sikit-sikit, perlahan-lahan jangan bagi orang perasan dia tengah makan...
Bila dengar je bunyi tapak kaki, mula la dia kelam kabut...
Cepat-cepat tolak/simpan makanan tu kat bawah katil/loker balik semula...
Pastu buat-buat baca buku atau apa-apa aje la...
Janji takde orang tau yang dia tengah makan...
Takut agaknya kalau orang mengecek/minta makanan dia tu....
Ayoyoyo.... Sadis dan peliknya la perangai...

Ada orang tu, masa bercinta langsung tak pernah nak berkira...
Baik masa, tenaga apa lagi wang ringgit ni...
Semuanya dihamburkan dengan rela...
Bukan kat gf/bf tu je, malahan kawan-kawan dorangpun dapat imbuhan...
Walaupun dalam hati tu macam tak ikhlas je... :p
Tapi bila dah kawen, 5 sen pun dia berkira...
Masa ni la baru keluar perangai sebenar...
Maka bermulalah episod ungkit-mengungkit... bangkit-membangkit...

Ada juga orang yang tidak kedekut langsung dengan kawan-kawan dia...
Tapi dengan keluarga sendiri, malahan kadang-kadang dengan ibu bapa masing-masingpun dorang berkira...
Padahal bila dia ditimpa kesusahan, siapa yang pertama dia cari...?
Siapa yang pertama bersedia untuk menghulurkan bantuan..??
Bukankah ibu bapa dan keluarga tu jugak yang membantu dan memberi sokongan..??
Kawan-kawan...??
Mungkin ada yang kata nak bantu...
Mungkin ada seorang dua yang benar-benar ikhlas...
Selebihnya, cuma 'bantu' di mulut aje laa... Sekadar pemanis kata...

Macam-macam jenis penyakit kedekut ni...
Dan macam-macam pulak perangai orang yang kedekut ni...
Susah nak diterjemahkan apa sebenarnya yang bermain di minda orang sebegini...
Korang kedekut tak...??
Kalau nak kongsi ilmupun korang kedekut, maknanya memang sah la korang ni KEDEKUT TEGAR.... kehkehkeh...


Aku kata: Kalau kedekut tu boleh jadi kaya ke..? Nak jadi kedekut jugak laa camni.... =)

Wednesday, October 6, 2010

TANDA INGATAN: Terima kasih teman... =(

Assalamualaikum...

Sebelum Syawal melabuhkan tirainya, ingin aku memaparkan beberapa SMS yang aku terima dari kawan aku samada kawan nyata ataupun kawan siber sebelum dan selepas Ramadhan hari tu... Sengaja aku paparkan di sini sebagai kenang-kenangan dan penghargaan untuk mereka... =)

Sesungguhnya aku amat menghargai segala kiriman SMS tersebut biarpun aku tahu ada diantaranya adalah merupakan forwarded SMS. Apa yang penting adalah tanda ingatan mereka pada aku yang jauh ni.. huhuhu...

Antara SMS2 tersebut adalah:

SMS dari CT: (Kawan masa belajar menjahit dulu).
Peluklah Ramadhan ini seerat mungkin kerana tiba masanya kita terpaksa melepaskannya. Andainya Ramadhan ini yang terakhir, moga ia yang terbaik di sisiNYA...

SMS dari Fatimah: (Kawan masa kerja dulu).
Perkataan yang cantik... ALLAH...
Lagu yang merdu... AZAN...
Novel yang menarik... AL-QUR'AN...
Senaman yang baik... SOLAT...
Diet yang mujarab... PUASA...
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak...

SMS dari Amer: (Kawan siber/chatting @15).
Jika semua harta adalah racun, maka ZAKATlah penawarnya... Jika keseluruhan umur adalah dosa, maka TAUBATlah ubatnya... Dan jika seluruh bulan adalah noda, maka RAMADHANlah pemutihnya. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak...

SMS dari Emma: (Kawan siber).
Bismillahhirrohmannirrohiim...
Ya ALLAH... YA RAHMAN... YA RAHIM...
Muliakan saudaraku ini...
Ampunkan dosanya...
Bahagiakan keluarganya..
Sembuhkan penyakitnya...
Pulihkan kesakitannya...
Atasi penderitaannya...
Permudahkan rezekinya...
Teguhkan imannya...
Kuatkan kesabarannya...
Beri kenikmatan ibadahnya...
Jauhkan dia dari fitnah...
Hindarkan dia dari musuh...
Dan Lindungilah dia dari hasutan dan gangguan syaitan serta iblis...
Aminnn...
Selamat Menyambut Hari Raya Puasa 1431H, Maaf Zahir Batin....

SMS dari Anis: (Kawan sekerja).
Salam Lebaran Dari Kami Sekeluarga...

SMS dari CT: ( Rajin dia ni hantar sms).
Walau langkah tak bertemu...
Tangan tak berjabat...
Ucap tak bertatap...
Tapi izinkan hati memohon maaf...
Zahir dan batin...
Selamat hari raya aidil fitri daripada CT dan....

SMS dari Hanum: (Kawan sesama belajar menjahit).
Pelita diletak di atas para...
Nak dinyala di tepi perigi...
SMS dihantar pengganti kad raya...
Tanda ingatan aidil fitri...
Selamat hari raya, maaf zahir batin...

SMS dari Misran/Ina: (Tak faham weyyyy.... hahaha..)
Nyimpan jenang nang jero tin...
Arek digowo mareng suro...
Keluputan kulo lahir batin...
Salah silap nyalok ngapuro...

Bocah cilik mangan sego...
Sego dipangan karo gulo...
Wes suwi orak ngomong jowo...
Dino royo njaluk ngapuro...

Buko poso lawuh e gereh...
Njegor sunge dicaplok boyo...
Keluputanku sing akeh-akeh...
Kito 0-0 lah yo?
Selamat hari raya maaf zahir batin. Dari kami sekeluarga...

SMS dari Kak Ara:
Biar renggang di fana dunia...
Biar hina di mata manusia...
Biar semangat semakin tua...
Biar harta semakin tiada...
Biar akal semakin berusia...
Biar jauh kedudukan kita...
Biar jurang pangkat kita...
Jangan tergadai silaturrahim antara kita...
Selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin ikhlas daripada....

SMS dari Amer: (Lagi...)
Senyap tak bererti hilang...
Diam tak bererti lupa...
Jauh tak bererti putus...
Walau di mana kita berada...
Kita tetap sama...
Sejauh mana kita pergi...
Kita tetap junjung langit yang sama...
Maaf jika ada khilaf dan salah...
Selamat hari raya...
Maaf zahir batin...

SMS dari..???
Ketenangan ada dalam IMAN...
Bahagia ada dalam REDHA...
Sihat ada dalam SOLAT...
Damai ada dalam ZIKRULLAH...
Maka harmonilah JIWA...


Aku kata: Terima kasih TEMAN... Moga ikatan persaudaraan kita terus utuh... Amin...

Tuesday, October 5, 2010

BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR... Sila sambung...=)

Assalamualaikum...

Takde cerita...
Hanya nak tempek gambar-gambar je...
Maklum la... aku ni baru je nak belajar jahit manik...
Ada yang mencebik ke..??
Tak baik wooo cebik-cebik ni..... =)





Aku sukakan manik yang simple...
Tak berapa suka yang sarat sangat...
Yang sarat tu cantik... tapi berat....
Macam ibu mengandung...
Cantik... tapi tak larat nak bawa perut...
kehkehkeh....





Aku sedang mencuba untuk 'melenturkan' jari...
Maklum la kan.... jari takde seni ni memang agak payah sikit la nak bentuk....
Jangan salahkan jari yang keras kejung tu...
Salahkan diri sendiri kerana lambat nak melenturnya....
Dah la lambat... lembab pulak tu...
Huhuhuhu.... sreeettttt....
Sampai hati....

Siap jugak akhirnya... Tak cantik takpe, janji belajar untuk mencuba... =)


Aku kata: Hari ni aku nak tekan pedal mesin jahit... Ada sesiapa yang nak jahit mulut dia tak..?? Free of charge je ni... hahaha...
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)