Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

Cara nak potong baju kurung...

Assalamualaikum...

Cara nak potong baju kurung...


Nak buat baju kurung ni sebenarnya senang je.. Lagi senang kalau ikut ukuran berdasarkan baju kurung yang sedia ada berbanding mengambil ukuran pada badan.. Pilih mana-mana baju yang selesa dipakai, kemudian boleh terus ambil ukuran.. Ada orang ambil ukuran dalam cm sebab lebih tepat tapi aku suka ambil ukuran dalam inci... Ikut cara masing-masing la, kan...


Caranya mudah je.. Letak je tali tape kat baju tu dan ambil ukuran dengan berpandukan gambar kat bawah ni. Kalau baru belajar, catitkan ukuran dan kemudian boleh lakar dulu ukuran tu kat atas surat khabar.. Lepas tu boleh la potong suratkhabar tadi mengikut garisan yang dibuat..


Perlu ingat ya, kena lebihkan setengah inci untuk basi jahitan, kiri dan kanan.. Kalau dah lebihkan pada kertas suratkhabar tadi, maka tak perlulah lebihkan pada kain. Just ikut je ukuran tu.. Dan kalau takde lebihkan pada suratkhabar, maka kena lebihkan pada kain sebelum dipotong.. Jangan silap... Jika tersilap, dua kemungkinan akan berlaku iaitu samada baju tu terkecil ataupun terbesar..


Sebagai contoh:

Jika ukuran siap pada badan baju iaitu lebar bahu tu 15 inci, kita kena tambahkan lagi 1 inci yang mewakili basi jahitan untuk bahagian kiri dan kanan badan.. Basi jahitan untuk satu-satu bahagian tidak sama tau.. Kalau untuk labuh baju, selalunya aku lebihkan 2 inci dari ukuran asal; 1/2 inci untuk cantum bahu dan 1 1/2 inci untuk lipatan kat bawah baju tu.. *aku memang akan potong bahu walaupun kain mencukupi.. Itu cara aku...


Begitu jugak dengan panjang lengan, aku tambah 2 inci jugak; 1/2 inci untuk sambungkan lengan atas dengan badan baju dan 1 1/2 inci untuk lipatan kat hujung lengan/lengan bawah tu.


Untuk panjang pesak pula, selalunya aku lebihkan 2 inci jugak sebagai langkah berjaga-jaga; takut nanti pesak tu lebih pendek daripada labuh baju je.. Ada pengiraan untuk dapatkan panjang pesak yang ideal tapi aku memang suka lebihkan ukuran pesak tu...


Cara nak ambil ukuran panjang pesak ialah; ukuran labuh baju tolak ukuran lengan atas.. Tapi seperti yang aku bagitau tadi, cara ni agak bahaya.. Sebab tu aku akan lebihkan 2 inci sebagai langkah berjaga-jaga.. Kalau lebihkan 1 1/2 incipun boleh jugak.. Kat sini ada gambar dan cara nak potong baju kurung ni.. 



Boleh cuba tengok video ni..


Untuk kain pulak, senang je.. Kalau ukuran ikut contoh kain siap, tak perlu nak tambah untuk keselesaan.. Tapi kalau ambil ukuran badan, kena tambahkan dalam 3 atau 4 inci untuk kelonggaran dan keselesaan kat ponggong.. 


Contohnya, ukuran asal keliling ponggong adalah 38 inci, maka kena jadikan ukuran tu 41 atau 42 inci. Lepas tu tambahkan dengan 21 inci untuk susun kain tu bergantung pada lebihan kain yang ada.. Selalunya 21 inci ni mewakili 3 susunan... Kalau lebihan kain tak cukup inci, boleh je kurangkan.. Takde masalah kat situ..

Cukup setakat ni dulu kot.. Ada masa nanti aku bagi penerangan lagi... Kang bagi banyak-banyak kang, makin blur lak... hehh... Cuma, kalau baju kurung ni, yang rumit adalah kat bahagian leher tu.. Perlu banyak kesabaran di situ.. huhuhu...


p/s: Ingat nak masukkan sekali dengan nota yang aku belajar dulu.. Tapi aku tak tau nak guna scanner.. *ngok sungguh.. ehehh.. Lagipun scanner tu sambung dengan komputer lagi satu.. Lain kali je la kot... 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)