Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, December 18, 2015

Nak cerita sikit...

Assalamu'alaikum...

Nak cerita sikit...

Zaman aku sekolah dulu, pakai sahaja baju kakak.. Tampal sahaja mana yang dah berlubang.. Baju dah warna kuning kusam dah macam kain buruk tapi aku masih lagi pakai.. Pakai sahaja kasut yang dah koyak macam mulut buaya yang ternganga sampai kena tegur dengan cikgu.. 


Aku senyum sahaja apabila cikgu tanya pasal kasut sekolah aku macam tu tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tau.. Masa cikgu tegur tu, airmata aku dah bergenang dah dan aku tau yang cikgu itu perasan akannya.. Aku sangat cool waktu itu..  


Andaikata aku mampu, tidaklah aku pakai kasut sebegitu dan aku pula jenis yang tidak suka membebankan mak abah hanya dengan isu kasut dan baju yang koyak..


Adik-beradik aku ramai dan ada yang bersekolah di asrama penuh.. Maka, biarlah mereka pakai kasut baru.. Aku sekolah di kampung ni tak apa.. Asal kaki ada lapik dah memadai walaupun tapak kasut sekolah aku tu sudah nipis dan berlubang kat bahagian tumit.. 


Melihat emak dan abah yang pagi petang ke ladang sawit dan pulangnya mereka dalam keadaan peluh yang melekat dibaju hingga boleh diperah baju tersebut, tegakah aku meminta macam-macam..? 


Namun, syukur alhamdulillah.. Kesusahan hidup masa lalu mengajar aku untuk tidak membazir dan sentiasa berfikiran waras dalam membeli sesuatu benda.. Kasut aku, selagi tak rosak, selagi boleh dipakai, akan aku pakai.. Biarlah orang nak pandang sinis sekalipun dengan kasut aku yang dah lusuh.. Barang branded seperti baju, kasut, handbag atau tudung yang harga ratus-ratus memang tidak ada dalam kamus hidup aku.. 



Pedulikan kata nista orang kerana orang hanya tau berkata-kata sahaja.. Membantu, jauh sekali.. Yang penting, hati kena kental.. Jangan amalkan sikap ‪#‎biar_papa_asal_bergaya‬ kerana akhirnya nanti kita sendiri yang rosak binasa.. Sebaliknya, amalkan sikap‪#‎ukur_baju_biarlah_di_badan_sendiri‬, barulah selesa apabila memakainya..


Terima kasih mak dan abah yang banyak menyabarkan dan banyak memberi pengajaran.. Moga Allah panjangkan usia mak dan berikan kesihatan yang baik buat mak.. Al-Fatihah untuk arwah abah.. Moga Allah tempatkan abah bersama golongan mereka yang beriman.. Aamiin.. 


p/s: Orang sekarang baju dan kasut sudah penuh dua tiga almari tapi masih lagi bersungut tak ada kasut, tak ada baju.. Memang jenis tak reti bersyukur agaknya.. Lepas tu apabila dompet dah kosong, mulalah meroyan sampai semua orang dijadikan bahan untuk melepaskan geram.. hehh... 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)