Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, June 14, 2013

Buat hal sendiri..

Assalamualaikum...

Buat hal sendiri..


Kita ni kadang-kadang sibuk je nak tahu hal orang lain terutama sekali hal dalam kain.. Kalau dapat singkap kain orang sampai atas, lagi seronok agaknya.. huhu.. Daripada kita sibuk nak jaga hal orang, lebih baik kita jaga hal kita sendiri. Buat kerja sendiri. Tak tau, tanya. Dah tau, proceed. Kerja selesai, hatipun manyak sinang maaa... Cepat siap kerja, cepat mengular.. kehkehkeh.. Silap haribulan, kena buang kerja.. Padan muka siapa...?? Muka ko la.. Siapa suruh mengular.. Dah la kerja makan gaji.. hehh...


(Boleh ambil tahu hal orang tapi hal yang ke arah kebaikan. Contohnya jika orang tu kena dera, miskin terbiar, sakit tanpa ada rawatan susulan dan sebagainya.. Untuk perkara macam ni, kita tidak digalakkan buat tak reti atau buat hal sendiri.. Kena ambil tahu dan tolong setakat yang mampu..)


Okay, itu mukaddimah sahaja ya.. ehehh...


Aku ni baru je selesai buat kerja yang dah berzaman aku tak buat. Kesian kat pokok-pokok bunga aku ni. Masa beli bukan main teruja lagi. Bayar je berapa harga yang diletak. Lama-lama buat tak reti je sampaikan ada pokok yang hidup segan, mati tak mau. 





Ada juga pokok yang macam watak dalam citer hindi. Dah mati tapi boleh hidup lagi untuk second round. Boleh gitu.. hehehe.. Kalau dah pokok tu jenis ada ubi, memang la daun macam takde atau macam nak tak nak je nak hidup tapi ubi dia masih lagi bernafas dalam lumpur.. haha..





Kadang-kadang semangat tu takde nak buat kerja-kerja menjaga pokok bunga ni. Mujurlah aku join grup yang bersangkutan dengan pepokok ni. Tu yang ada semangat sikit tu bila tengok gambar yang di-post oleh kawan-kawan kat grup tu.. Seronok tengok pokok bunga dorang cantik-cantik je.. Gemuk-gemuk lak tu.. Tak macam pokok bunga aku. Kurus kering tak cukup makan.. huhuhu...




p/s: Ubah tempat, semai yang baru, trim, tambah tanah, siram, kutip batu bata dan susun = peluh mencurah-curah = exercise = \(^__^)/

Kuih gunting guna mesin..

Assalamualaikum...

Kuih gunting guna mesin..


Petang tadi mood aku agak ke laut. Buka plastik tiga buah novel tapi semuanya macam tak lalu nak baca.. Mujur juga sebelum tu dapat potong kain sepasang. Lepas tu, terus mood menjunam masuk celah manapun tak dapat nak cari dah.. hahaha..


Oleh itu, sekejap tadi akupun masuk la ke dapur. Plan nak buat kuih gunting ni semalam tapi masa tu tepung tak mencukupi sukatan yang diperlukan. Hari pulak dah nak senja. Jadi, malas la nak susahkan abang aku untuk pergi kedai. So, hari ni bekalan tepung dah ada. Maka, akupun mula la buat projek sorang-sorang kat dapur. Berpeluh-peluh dibuatnya.. Cuaca pulak punya la berbahang walaupun dah malam..




Lapikkan bangku tu dengan plastik.. 


Jangan gusar bila tengok dia melekat. Nanti bila dah kekuningan dalam kuali, boleh dipisahkan. Cuma kena berhati-hati la ya takut nanti minyak panas tu terpercik ke tangan..




Okay, dah boleh kudap sambil mengadap laptop.. :)


p/s: Seperti biasa, resepi ada kat blog dapur aku tu. Sudi-sudikanlah menjenguk dan mencuba resepi ni ya.. Terima kasih.. :)

Thursday, June 13, 2013

Projek dah mula dah...

Assalamualaikum...

Projek dah mula dah...


Dah lama dengar pasal projek ni tapi baru hari ni projek ni dimulakan kat kawasan rumah aku.. Kat belakang rumah dan beberapa tempat lain rasanya dah siap dah kot.. Biasa la, buat secara berperingkat.. Dorang siapkan dulu kat laluan utama..




Dulu, aku ada jugak dengar cerita yang kata pembentung lama nak digantikan dengan pembentung jenis baru tu.. Ala, yang warna hitam tu.. Entah apa ke nama dia. Malas nak gugel.. Hari tu ada banyak nampak pembentung hitam tu kat belakang rumah.. Sekali pandang macam anakonda pun ada jugak.. Seriau kalau tengok waktu malam.. haha.. Mujurlah sekarang dah takde dah.. Dah kena tanam.. hehh..




Ni aku intai-intai je ambil gambar. Tak berani aku nak beria-ia.. Kang kena sodok kang, naya je.. So, jangan kacau kerja orang.. Biar je dorang buat kerja.. Cepat buat kerja maka cepatlah siap.. Bukan apa, jalan tu sempit. Bila dah korek tanah tu, makin sempit la jadinya jalan tu..


p/s: Samada pembentung hitam ke, putih ke, kelabu ke, yang penting air jangan putus.. hehh...

Alasan tak boleh pakai..

Assalamualaikum...

Alasan tak boleh pakai..


Pernah nampak tak benda yang macam dalam gambar kat bawah ni...? Pernah..? Okay, bagus.. Tak pernah..? Lagiiiiiiiiiii bagus... hehh..


Selalunya apa yang akan korang buat jika nampak benda macam tu keluar..? Buat tak tau je ataupun laju-laju tulis komen bagitau si empunya post, 'tak nampak apaaaaaaaaaaaapunnnnnnnnnn' siap dengan simbol meraung-raung..


Dan apa pula jawapan dari si empunya post tadi..? Dia make donno aje ataupun dia reply komen tu dan bagitau, 'kalau bukan fren memang la tak dapat tengok.. Add la dulu jadi fren, baru boleh tengok..' 


Okay, nampak tak 'permainan' kat situ..?? Tak nampak jugak..? Payah betul la... hehh...


Dari pengalaman aku la kan, sebenarnya kita boleh je 'nampak' gambar yang di post tu jika si empunya post tu set-kan gambar tu kepada Public.. Tak perlupun kita nak add dia ataupun dia add kita.. Kalau rasa nak kongsi gambar novel, bunga, kucing ataupun gambar lain yang takde unsur yang tak baik, rasanya tak perlulah nak setting Custom.. Biar je la gambar tu Public..


Lagipun awak kongsikan gambar tu ke dalam Group. So, kenalah set gambar tu kepada Public.. Apa hal pulak cuma friend awak je yang boleh nampak sedangkan ahli grup yang bukan friend awak tak nampak gambar tu..? Tak rasa janggal ke bila share gambar kat grup orang, pastu cuma geng-geng awak je yang boleh tengok..? Lain la jika gambar tu dimuat turun kat wall sendiri, barulah boleh Custom sebab friend yang ada dalam list kita tu belum tentu jujur.. Kang tak pasal-pasal dorang 'share' gambar peribadi kita kat merata-rata.. Bahaya woooo.... hehh...


Maksud aku kat sini ialah jika ada orang yang share gambar kat satu-satu grup yang kita join tapi kita tak nampak gambar tu sebab kita bukan friend dia, pastu dia suruh kita add dia baru boleh nampak gambar tadi, pada aku, aku abaikan aje.. Tak rajin aku nak add.. Kalau ko ikhlas nak share, tak payah nak suruh orang add ko melainkan ko ada tujuan tertentu.. 


Salah satu tujuan tertentu itu ialah bila dah add dan jadi friend, secara tak langsung dia dah boleh tengok apa yang ada kat wall kita.. Larat ke kita nak Custom semua benda kat wall kita lebih-lebih lagi jika mempunyai friend yang ramai..? Mentaliti orang kita, bila tak accept jadi friend, kita dianggap sombong dan bajet bagus...


p/s: Buruk sangka itu tak baik tapi curiga itu perlu ada untuk keselamatan diri sendiri.. Terpulang pada penilaian masing-masing.. Boleh borak-borak kat grup ataupun inbox jika ada masalah atau perbincangan.. Tak perlu nak jadi friend kepada semua orang yang ada dalam grup yang kita join tu.. 

Still waiting..

Assalamualaikum...

Still waiting..

Kalau ikutkan hati, dah malas nak tunggu..
Dah tawar hati dah..
Dah mula rasa bosan..


Tapi nak buat macam mana..
Terpaksa jugak la tunggu..
Nak bising-bisingpun tak guna jugak..
Hmmm....





p/s: Bila la aku nak private-kan blog aku ni agaknya.. Dah lama berangan nak private-kan tapi tak jugak buat.. Sayang pulak kat Mr. N tu.. huhuhu...

Wednesday, June 12, 2013

Ada dan tiada...

Assalamualaikum...

Ada dan tiada...


Dalam ada, terkadang tiada..
Dalam tiada, ada DIA..

Dalam manis, ada pahitnya..
Dalam pahit, ada manisnya

Dalam suka, ada dukanya..
Dalam duka, ada sukanya..

Dalam kaya, ada miskinnya..
Dalam miskin, ada kayanya..

Dalam cerdik, ada dungunya..
Dalam dungu, ada bijaknya..

Dalam cantik, ada hodohnya..
Dalam hodoh, ada indahnya..

Dalam wangi, ada busuknya..
Dalam busuk, ada harumnya..

Dalam hitam, ada putihnya..
Dalam putih, ada kelamnya..

Dalam air, ada tenangnya..
Dalam tenang, ada riaknya..

Dalam redha, ada ralatnya..
Dalam ralat, ada redhanya..

Dalam sepi, ada riuhnya..
Dalam riuh, ada sepinya..

Dalam iman, ada khilafnya..
Dalam khilaf, goyang imannya..

Dalam syukur, ada takburnya..
Dalam takbur, tiada syukurnya..

Dalam nafsu serakah, ada syaitannya..
Astaghfirullaahal'adzim..
Astaghfirullaahal'adzim..
Astaghfirullaahal'adzim..


p/s: Kita ada yang ini tapi dalam masa yang sama, kita tiada yang itu.. Itulah yang dinamakan ketidaksempurnaan.. Wajarkah kita mendabik dada di atas ketidaksempurnaan kita itu..? 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)