Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, February 7, 2014

Hutang: Sampai bila nak lari...?

Assalamualaikum...

Hutang: Sampai bila nak lari...?


Zaman aku kerja dulu, jika meminjam atau terpinjam atau terpakai duit kawan serumah atau kawan sekerja, walau lima sen sekalipun, aku tetap akan bayar balik biarpun orang tu kata tak payah ganti atau bayar.. Dan begitu jugak sebaliknya kecuali jika kami sama-sama menghalalkan apa yang dipinjam tadi..


Ini bukan masalah kedekut taik idong masin ataupun berkira dengan kawan.. Tapi ini adalah masalah sikap iaitu kami tidak mahu membiasakan diri dalam hal berhutang ni.. Memang la mula-mula guna atau pinjam seposen dua je tapi dikhuatiri lama-lama nanti budaya ini akan mengembang sebab kita sudah dibiasakan dengan perkataan 'aku halalkan'.. 


Lagi satu, tak tergamak nak tukarkan status pinjam itu kepada status jadi hakmilik sebab kami sama-sama tengok dan lihat macam mana susahnya masing-masing bekerja untuk mencari duit.. Contohnya, aku tengok kau berpeluh-peluh buat kerja, kena marah lagi dan blablabla dan kau pulak tengok aku pening kepala fikir macam mana nak setelkan masalah kat tempat kerja dan blablabla.. Jadi secara tak langsung timbul rasa tak sampai hati atau tidak tergamak nak tukarkan status 'pinjam' tadi kepada status 'aku halalkan..'


Orang yang mati syahid sekalipun, jika dia berhutang dan hutangnya tidak dibayar, maka diapun tak boleh masuk syurga.. Itu yang aku dengar kat tv tadi.. Tak tau rancangan apa sebab aku cuma terdengar sepintas lalu je dan bukannya duduk menonton rancangan tersebut.. *jangan pulak ada yang jadikan isu.. 


p/s: Jangan berhutang jika tak mampu nak bayar.. Dan jangan mengharapkan orang akan sentiasa 'menghalalkan' segala hutang-piutang kita.. Pandai-pandailah mengatur kewangan masing-masing.. hmmm... *Entry ini berkaitan hutang sesama manusia.. 

0 Tukang Tembak:

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)