Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Wednesday, November 19, 2014

Homemade coklat lagi.. *senyum...

Assalamu'alaikum...

Homemade coklat lagi.. *senyum...

Petang tadi aku buat coklat lagi.. As usual, nak clear-kan stok coklat yang ada dalam freezer sebelum sampai tarikh mati.. Dah habis dah stok coklat aku.. Yang tinggal stok coklat masakan je.. Entah bila nak buat kek coklatpun tak tau la.. Jangan sampai terlepas dia punya expired date dah la.. hehh.. As usual, aku gunakan coklat Berly's compound..


Kali ni aku guna teknik lain pulak.. Sebenarnya, aku baru 'terjumpa' periuk kecil yang bertangkai tu.. Rupanya periuk tu ada kat dalam stor.. Dan rupanya periuk tu bocor..! Patut la kena simpan dalam stor.. hahaha.. Siapa la punya kerja ni agaknya ya.. Rasanya macam aku punya kerja je.. hikss.. Tapi periuk tu aku dah siap tampal dah dengan penampal periuk.. Akukan 'minahgyver'.. hehe.. *caaiittt...


Ok, as usual jugak, aku tepek gambar ya.. Suka tengok, tengoklah.. Tak suka tengok, terpulanglah.. ahahh.. Lagi satu, aku ni bukannya pro pasal buat coklat ni.. Buatpun untuk makan sendiri je.. Jadinya, teknik aku ni jenis dia hentam saja la labuuu... Asal jadi sudah.. krik krik krik... hehh...




Periuk isi air dengan periuk isi coklat ngam-ngam je.. Api gunakan yang perlahan.. Air jangan banyak sangat sebab nanti bila air tu mendidih, habis air tu melimpah keluar menimpa dapur..



Selalunya coklat aku bersememeh kat atas acuan tu sebab aku gunakan senduk pastu main curah macam tu je.. Lepas tu jenuh la nak clear-kan balik.. Buang masa je, kan.. Tapi kali ni aku gunakan cawan sukatan ni sebab dia ada muncung sikit.. Jadinya boleh la kawal aliran coklat tadi..





Aku cairkan coklat putih tu dulu.. Lepas tu selet masukkan dalam acuan.. Lepas tu masuk dalam freezer sekejap.. Sementara tu aku cairkan coklat gelap tu.. Lepas tu tuangkan dia atas coklat putih tadi.. Jangan lupa untuk ketuk-ketuk acuan untuk keluarkan angin dalam lubang tu dan untuk bagi coklat tu padat... *penerangan dah macam pro dah padahal apapun tarak.. ahaha...


Dan inilah hasil homemade coklat aku.. Acuan masih guna acuan yang lama.. Takde beli lagi acuan yang latest yang cun dan gempak.. Aku nak makan coklat, bukan nak makan acuan.. keh keh keh...







Coklat aku ni tak berkilat macam coklat yang selalu kita tengok tu.. Ada orang bagi tips untuk kilatkan coklat.. Katanya kena masukkan sikit shortening masa cairkan coklat tu.. Tapi aku tak buat sebab aku tak nak rasa asal coklat ni terjejas.. Lagipun ini untuk makan sendiri je.. Tak kilatpun takpe la.. hehh..


p/s: Lepas ni ingat nak cuba buat homemade roti canai pulak.. Tunggu mak aku sihat sikit sebab nak tanya dan mintak tunjuk ajar dia macam mana nak uli roti canai tu.. Dulu masa kecil, mak aku selalu buat roti canai tapi masa tu aku kecil lagi, takde rasapun nak mencuba.. Cuma ingat sikit-sikit la dia punya step.. Alhamdulillah sebab Allah beri aku ingatan ini..

0 Tukang Tembak:

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »