Assalamualaikum...
Aku taipkan semula artikel yang disiarkan dalam Utusan Malaysia semalam.
Pulau Pinang 1 April~> Sekumpulan penyelidik daripada USM berjaya menemui kaedah mudah, murah dan cepat bagi membezakan antara daging ayam dengan daging bab*.
Menggunakan alat 'spectrophometer' dan sejenis campuran gula dinamakan 'ribose', daging kedua-dua haiwan itu akan bertukar kepada warna tertentu apabila bertindak balas dengan bahan tersebut.
Profesor Azhar Mat Easa yang mengetuai kumpulan penyelidik itu berkata, proses ujian tersebut amat mudah dan boleh dilakukan di rumah jika mempunyai peralatan yang mencukupi. Menurut beliau, seseorang hanya perlu mengambil secebis daging dan mencampurkannya dengan gula berkenaan untuk diuji.
"Campuran ini kemudian dipanaskan dalam suhu tertentu untuk menukarkan warnanya. Menggunakan alat 'spectrophometer', julat warna yang dihasilkan akan menentukan samada ia daging ayam atau daging bab*"katanya pada sidang akhbar di USM di sini hari ini.
Azhar memberitahu, melalui ujian yang memakan masa tidak sampai 2 jam itu, warna daging ayam akan bertukar gelap sedikit berbanding daging bab*. Katanya, sebenarnya terdapat peralatan sofistikated di pasaran yang boleh membuat ujikaji yang sama tetapi harganya tinggi hingga mencecah RM300,000.
"Harga tinggi mungkin membebankan pengusaha industri kecil dan sederhana khususnya yang terlibat dengan pemprosesan halal. Berbeza dengan produk kami kos gula 'ribose' ini adalah RM15 bagi empat gram manakala 'spectrophometer' berharga serendah RM10,000," ujarnya.
Katanya, hasil penyelidikan tersebut dibiayai oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang memperuntukkan geran berjumlah RM190,000.
"Produk ini memenangi pingat perak pada Ekspo Teknologi Malaysia baru-baru ini," jelasnya. Idea untuk menghasilkan rekaan tersebut tercetus berdasarkan satu kes pada 2007 apabila produk daging bab* dari Australia yang dilabel halal didapati dijual di pasaran. Satu kes yang serupa pernah berlaku di Singapura tidak lama dulu," katanya.
Nota sengal: Boleh melakukan ujian di rumah jika mempunyai peralatan yang mencukupi... :p
Nota bernas: Yakin ke dengan penggunaan mesin2 seperti ini. Jangan pulak nanti semua warna bertukar menjadi gelap sedikit yang merujuk kepada daging ayam... :-)
Ayatul Kursi..
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ
Search This Blog
Saturday, April 3, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
Renungan bersama...
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)