Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, October 16, 2022

Update pokok jambu batu madu.

Assalamu'alaikum.

Update pokok jambu batu madu.

Alhamdulillah. Buah jambu batu madu aku dah sebesar bola pingpong. Maka, aku bungkus la cepat untuk elakkan buah tu kena injek dengan lalat buah.







p/s: Tak sabar nak tunggu buah jambu ni besar. Mudah-mudahan ada la rezeki aku untuk merasa buah ni. Aamiin.

.

Test run dripping system.

Assalamu'alaikum.

Test run dripping system.

Alhamdulillah, semalam, 15.10.2022, trainer bagi projek fertigasi cili bara datang ke tapak projek untuk pasang pam bagi buat ujian pada sistem dripping dan juga untuk flushing cocopeat dalam polybag tu. Nanti racun kulat akan dimasukkan ke dalam tangki dan lepas tu boleh la flushing. Cocopeat tu banyak bakteria. Tu yang kena cuci dulu sebelum digunakan.

Sepatutnya, kena rendam dulu cocopeat tu lepas tu baru masukkan ke dalam polybag. Tapi disebabkan kekurangan peralatan dan tenaga kerja, maka proses ni diletakkan di akhir sekali.







Sambil tu, kami ada buat makan-makan sikit. Asalnya nak buat steamboat je tapi ramai pulak yang bawak makanan dari rumah. Murah rezeki kami. Alhamdulillah.




















p/s: Mungkin minggu depan anak pokok cili bara sampai. Doakan team kami ya. Terima kasih.

.

Set mini kebun.

Assalamu'alaikum.

Set mini kebun.

Alhamdulillah, set kebun mini aku dah sampai. Dah seminggu sampainya tapi baru hari ni aku up fasal dia. Maklum la, sibuk sangat dengan aktiviti #gpw sampai takde masa nak up cerita lain. Hahaha.





Packaging elok dan kemas. Penghantaranpun cepat. Silalah beli di tiktok. Link kedai ada dalam video kat bawah ni. Kalau belum ada akaun tiktok, buat la cepat. Haha.







Tolong support aku kat tiktok ya. 🙏🙏🙏 Aku baru je daftar jadi affiliate kat tiktok tu. Kalau nampak link iklan kat video tiktok aku tu, tolong la klik dan beli produk tu. Terima kasih. 🥰🥰🥰




p/s: Jom support tiktok aku jom. 🤭🤭🤭

.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)