Assalamu'alaikum...
Terkedu hingga tak terkata...
Tersebutlah satu kisah antara seorang makcik penjual kuih karipap dan seorang pembeli.. Pembeli dan mak cik ni saling mengenali sesama mereka.. Tinggal dalam kawasan yang sama.. Kiranya berjiran la walaupun rumah takde la dekat sangat..
Pembeli: Macam mana ya mak cik buat karipap ni.. Boleh bagi resepi tak..? Suka la makan karipap yang mak cik buat ni.. Kulit dia rangup je..
Penjual: Ehh..! Aku masih menjual lagi..! Mana boleh aku bagi resepi kat ngko.. Tunggulah esok-esok bila aku dah tak menjual.. Kot la esok-esok aku dah tak larat nak menjual.. Lepas tu boleh la aku bagi resepi tu kat ngko.. Itupun kalau aku nak bagi la, kan...
Pembeli: (Terkedu hingga tak terkata)...
Benda macam ni dah selalu kita dengar, kan..? Orang minta resepi tapi tidak dapat apa yang diminta.. Sebaliknya benda lain pulak yang dia dapat.. ahaha..
Kesimpulannya, kitapun kenalah berpada-pada dalam meminta apatah lagi nak minta ilmu percuma.. Bukan semua orang bersikap terbuka.. Bukan semua orang sedia menjawab setiap pertanyaan kita.. Pedih tu memang la pedih bila dapat jawapan macam tu.. Tapi janganlah berdendam.. Jangan patah semangat.. Tak semestinya bila kita kenal orang tu, kita boleh sesuka hati minta apa yang kita nak. Kita juga perlu ingat bahawa hati manusia ni lain-lain..
Kisah antara makcik dan pembeli tu kisah benar tapi bukan aku yang jadi pembeli tu.. Ni kisah yang orang ceritakan kat aku.. Aku cuma sampaikan untuk kita fikirkan bersama.. Wajar atau tidak kita bertanya..? Perlukah kita meminta-minta..? Wajarkah penjual memberi jawapan sedemikian rupa..? Ini yang perlu kita fikirkan..
p/s: Ini baru kisah minta resepi karipap.. Belum lagi kisah minta diskaun beli barang dan sebagainya.. Bila pembeli tak dapat seperti apa yang diminta, serta merta penjual dapat gelaran kedekut taik idong masin.. kehkehkeh..