Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, July 7, 2022

Throwback: Pergi Port Dickson.

 Assalamu'alaikum.

Throwback: Pergi Port Dickson.

Aku dah lama tak balik ke kampung di Rembau nun. Jadinya, dah lama jugak la aku tak pergi ke Port Dickson. Ada la 10 tahun aku tak ke pantai tersohor Teluk Kemang ni. Lama do'oh, kan.. 😁😁😁

Jadi, masa aku balik kampung hari tu, aku ajak la abang dan family kakak aku untuk pergi ke Port Dickson tu. Teruja oii sampai aku tak sentuh langsung air laut tu. Haha. Kitorang pergi pada hari Jumaat, 17 Jun 2022. Pukul 9 pagi dah sampai sana. Pukul 12.30 tengah hari kitorang gerak balik ke Rembau. Pergi sekadar untuk tengok air laut dan melepaskan rindu pada ombak. Gittew...!!

Aku tepek video dan gambar kat sini sebagai kenang-kenangan.






































































Balik dari Port Dickson tu, aku ajak dorang lalu depan rumah arwah pak cik aku. Sedih tengok rumah pusaka dah dirobohkan sebab sepupu sepapat aku nak buat rumah lain. Lagipun rumah tu dah rosak teruk dimakan dek anai-anai. Moga Allah permudahkan segala urusan mereka untuk bina rumah baharu ni.




Jumpa lagi di lain cerita. InsyaAllah.

p/s: Jaga diri semua.

.


Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)