Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, January 31, 2012

Apo bondo yang ekau merapu ni Jang oii...

Assalamualaikum...

Apo bondo yang ekau merapu ni Jang oii...

Ini bukan lagu Apo Kono Ehh Jang tu.. Takde kena-mengena langsung okay.. Tapi ini adalah seperti apa yang ada kat dalam gambar kat bawah ni haa... Adoii, sakit kepala aku menengoknya. Entah siapa la mamat ni agaknya ya.. Kesianpun ada jugak... hmmm... Bila klik kat nama dia tu takde la pulak keluar link blog dia. Mungkin dia masuk gunakan email dia. Dan jangan harap la aku nak proceed kat email tu.. Bahaya bagi aku sebab nanti tak pasal-pasal email aku terdedah sama.. 


Alaaahhaaiiii.... 

Ini merupakan gambar terakhir yang aku print screen kat chatbox kat blog aku yang lagi satu tu. Tapi sekarang ni chatbox tu dah takde dah. Aku dah remove terus dah. Maaf la, aku kurang senang jika ada orang yang tinggalkan jejak atau mesej sebegini. Bukan satu, malahan ada tujuh mesej yang sama yang dia post kat chatbox tu. 

Mula-mula aku ingat nak banned je IP dia. Tapi aku tak lepas nak masuk kat panel chatbox tu sebab aku lupa password. Cuba reset password namun masih tak boleh nak masuk jugak. Jalan paling mudah, remove terus.. Apa susah, benda free.. Lepas ni create lagi chatbox baru.. hahaha.. Mungkin akan gunakan fibox seperti kebanyakan blog lain yang menggunakannya.. 

Sekarang ni aku dah tak rajin nak merapu kat chatbox. Kalau siapa yang nak tinggalkan jejak kat chatbox aku sebagai tanda blogwalking, just taip je ayat yang paling ringkas seperti, singgah sini jap, tumpang lalu, selamat malam/pagi/petang dan sebagainya. Tak perlu nak merapu sangat la kat chatbox ni melainkan memang aku yang ajak berborak kat situ. Kalau nak merapu sangat, sila buat blog sendiri.. Luahkan semuanya kat situ macam aku ni haa... 

p/s: Kadang-kadang benda macam ni la yang boleh menimbulkan prasangka dan seterusnya menjadi fitnah.. 

How to convert mp4 audio into files - Cara nak jadikan mp4 audio dalam bentuk files -

Assalamualaikum...

How to convert mp4 audio into files - Cara nak jadikan mp4 audio dalam bentuk files -

Fuuuhhhhhh....!!! Akhirnya berjaya jugak aku menukar mp4 audio aku ke dalam bentuk file. Itupun setelah seharian berhempas-pulas mengadap laptop sampai naik melengkung dah belakang badan aku ni haa.. huhuhu.. Macam-macam ayat yang aku google, how to la, what la, can la dan macam-macam lagi la. Aku google dalam Bahasa Inggeris sebab bagi aku senang sikit nak cari. Belajar slow-slow maa... Kalau google dalam Bahasa Malaysia ni, banyak keluar yang bukan-bukan.. ;)

Sebenarnya malam tadi masa orang dok sibuk tengok siaran langsung AJL, aku sempat merakam sedikit kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus yang kat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tu. Aku cuma rakam suara je dengan menggunakan recorder enpon aku. Mula-mula tu memang nak rakam guna video, tapi aku takut nanti gambar video tu jadi sangkut-sangkut sebab memory enpon aku bukannya besar sangat. Tu yang aku record je tu. Aku tahu memang ramai yang rakam benda ni, tapi saja la aku nak menyibuk sama sebagai koleksi aku sendiri supaya senang sikit aku nak cari nanti..


Ini yang sempat aku rakam dan jadikan Windows Movie Maker sebelum masukkan kat Youtube...


Aku dapat rakam sejam je. Dah itupun limit yang diberi kat enpon aku tu. Lepas siap rakam tu, akupun nak cuba la masukkan audio/suara tadi ke dalam Windows Movie Maker tapi tak lepas sebab ianya bukan dalam bentuk file. Then, aku cuba pulak masukkan kat Youtube namun tak berjaya. Semuanya nak audio tu dialih dahulu ke dalam bentuk file. Letihnya la haiihh dok cuba berulang-ulang kali.. adehh... Try masukkan kat dalam fesbuk, tak lepas jugak sebab saiz file yang besar. Lepas tu, try lagi nak masukkan kat dalam blog secara direct, tak lepas jugok.. huhuhu.. Lagi senang kalau rakam guna video dan senang pulak nak masukkan ke dalam Windows Movie Maker ataupun Youtube..

Akhirnya, aku berjaya juga dan jumpa la tutorial kat bawah ni. Aku tengok sikit je sebab aku ni tak berapa faham kalau dengar orang bercakap dalam BI. Aku terus je klik link yang ada kat bawah video tu.. Bermula dari situlah baru aku dapat convert-kan mp4 audio aku ke dalam bentuk file.. Fuuuhhhhhhh.....!!!



Just tengok je cara yang ditunjukkan sebagai panduan...


Sebelum tu, aku dah download macam-macam jenis converter tapi ada yang susah nak gunakan dan ada juga yang nak kena bayar. Katanya free tapi yang free tu cuma untuk tempoh tiga minit je sebagai percubaan.. Boleh buat apa je dengan tiga minit tu, kan... So, kensel je la... Akhirnya, aku pilih untuk download yang kat bawah ni..




Aku download yang dalam kotak merah tu.. 


Lepas download tu, kena la run-kan dulu dan install macam biasa kita buat kalau download apa-apa software. Dan lepas tu, dah boleh guna dah. Bagi aku, guna software ni lagi mudah dan cepat.. Lepas ni boleh rakam suara sendiri pulak.. ahakk... Jangan nak cari pasal la haiihhh... kehkehkeh...

p/s: Kalau korang rasa nak cuba tu, silakan la.. Tapi aku tak bertanggung jawab kalau korang rakam suara korang menyanyi dan sebagainya, dan kemudian masukkan kat Youtube.. Korang fikir sendiri la ya apa risikonya.. Korang kan pandai... :-)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)