Assalamualaikum...
Puas hati tak...???
Puas..??
Tak puas..??
Alaaa.... Cakap la betul-betul...
Isshhh....!!
Aku puas hati sangat....
Sebab budak ni menang AJL malam tadi...
Walaupun aku tak berapa kenal sangat dengan dia...
Melainkan lagu Jangan pegang-pegang...
Duduk renggang-renggang tu...
Juara Lagu adalah pengikhtirafan untuk lagu dan pencipta lagu tu sendiri...
Bukannya atas dasar penyanyi tu baru atau lama...
Bukan juga sebab dia dikenali ramai atau tidak...
Mana-mana lagu yang liriknya bagus dan ada mesej tersendiri pasti akan mendapat penilaian... Dan perhatian...
Tengok aje Aizat yang mencipta dan menulis lagu sendiri...
Begitu jugak dengan Yuna...
Faizal Tahirpun sama jugak...
Cuma tahun ni Yuna tidak bernasib baik...
Tapi takpe, aku suka persembahan dia...
Faizal Tahir pulak bagi aku agak keterlaluan...
Sesuai la dia dapat persembahan terbaik...
Hafiz comel dan Shahir lak gabra je lebih... hehe...
Stacy bagi aku dah selalu sangat dengan aksi begitu...
Persembahan peserta yang lain tu kira okay la...
Tapi aku paling suka persembahan dari Siti Nurhaliza...
Best sangatttt....
Sebab tu aku tengok AJL sampai abeh...
Sebab nak tengok Siti....
kihkihkih...
Okay, kat sini ada lirik lagu Ana Raffali...
Apa kata kita hayati lirik lagu ini dan fahami apa yang tersirat dan cuba disampaikan oleh pencipta sepenuhnya iaitu Ana Raffali sendiri.
Semua orang berhak untuk diberi peluang.... kann...
Jom layannnnn....
TOLONG INGATKAN AKU - ANA RAFFALI
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Jenguk fesbuk jap. Terjumpa la pulak page ni...
Entah apa la motif dorang create page camni kan...
Nak tengok jugak ke..??
Sila tekan jendol sendiri ehh.... haha...
Aku kata: Harap-harap dia kekalkan imej sopan dia tu. Jangan pulak lepas ni ada 'designer' murahan yang nak taja dia dengan baju yang tak cukup kain. Mungkinkah imej berbaju kurung ni akan menjadi ikutan dan menenggelamkan imej si pemakai bikini..?? Mudah-mudahan si pemakai bikini tu akan terus tenggelam...
Nota untuk Ana: Kalau Ana nak tempah baju kurung, meh la tempah kat akak... Akak amek murah je dikkk.. hikhikhik...