Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, January 15, 2018

Salad yang pertama.

Assalamu'alaikum.

Salad yang pertama.

Inilah salad pertama yang aku tuai, hasil dari tanam sendiri. Alhamdulillah, berjaya juga aku tanam salad ni walaupun susah dia nak hidup. 





Orang kampung macam aku ni, makan seadanya sahaja. Apa yang ada, sudah memadai. Sekurang-kurangnya, ada jugak benda yang boleh dimakan. Alhamdulillah.




Ini pulak, hasil kedua salad aku tu. Alhamdulillah, banyak la sikit dari yang pertama tadi. Boleh la gantikan sayur. Dah jimat tak payah beli dan masak sayur. Makan je salad ni mentah-mentah. 





p/s: Sentiasa bersyukur dengan limpah rahmat dari Allah. Alhamdulillah. Biarlah orang pandang sebelah mata. Biarlah orang nak mengata. Do I look like I care?
.

Menu ringkas yang sedap baq ang!

Assalamu'alaikum.

Menu ringkas yang sedap baq ang!

Tu dia! Tajuk entri macam apa je. Haha.




Aku tak tau nak letak nama apa untuk resepi aku ni. Oleh itu, aku letak nama resepi ni, ikan tongkol goreng serai je dah la. Boleh je gunakan ikan lain seperti ikan cencaru atau ikan kembung. 



Aku ambil daun pokok bunga kobis ni. Sedap weii goreng daun dia.


Cara aku masak resepi ni mudah ya amat aihh.. Pokoknya, kena la rajin masuk dapoq. Kalau dah malaih, satu kerjapun tak menjadi. Dok la melingkaq macam ulaq kena palu. Tambah-tambah sekarang ni musim hujan. Lagi seghonok la melingkaq sakan. Heh.




1 ekor ikan tongkol atau 3 ekor ikan cencaru.
1 biji bawang besar - jika saiz kecil, gunakan 2 biji.
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili merah
1 batang serai
3-4 biji kentang
1 biji limau kasturi - buang biji dia
5 pelepah/helai daun pokok bunga kobis
2 sudu makan sos tiram (Wajib letak. Kalau tak letak, tak sedap)
Garam sedikit sahaja (Tak nak letakpun takpe)


Cara nak buat; 

1- Bersihkan ikan. Lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng. Jangan goreng terlalu garing. Nanti dia keras. Ketepikan.

2- Kupas kentang dan potong macam wedges. Goreng sampai empuk. Ketepikan.

3- Bawang besar tu dihiris. Ikut suka la nak hiris macam manapun. Ketepikan. 

4- Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan serai. Ketepikan. 

5- Panaskan kuali dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Goreng hingga naik bau. 

6- Masukkan pula hirisan bawang besar. Kacau-kacau dan masukkan pula daun bunga kobis tadi. Kacau lagi dan terus je masukkan sos tiram.

7- Masukkan pula perahan limau kasturi. Kacau sebati dan curahkan terus ikan dan kentang yang telah digoreng tadi.

8- Kacau rata. Jika nak ada kuah, boleh la masukkan sedikit air masak. Rasa dulu asam garamnya sebelum tutup api dapur.

9- Siap! Dan boleh la dihidangkan. 

10- Tunggu apa lagi! Jom la makan! Haha.




Hat gambaq bawah ni, menu semalam. Sama je resepinya. Cuma hat ni takdak sayoq dengan kentang. Polos gitu! Tapi sedapnya hingga menjilat dasar bekas pyrex tu. Haha.






p/s: Meh la cuba resepi aku ni. Serius sedap weii.. Hehe.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)