Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, October 19, 2012

Siapa tau resepi ni..?

Assalamualaikum...

Siapa tau resepi ni..?

Aku ni penggemar kuih bahulu tradisional, bukan bahulu jenis sekarang yang dah banyak dicampur-aduk-kan dengan pelbagai perisa..

Masa zaman aku budak-budak dulu, mak aku memang terer buat bahulu tradisi ni. Berpuluh biji telur yang dia pukul.. Kadang-kadang abah (kini arwah) aku yang pukul telur dengan gula tu sampai betul-betul kembang.. Penuh la satu pasu tu dengan bancuhan telur dan gula.. Dulu-dulu orang pukul bahulu ni dalam pasu, pastu pukul guna tangan je. Bukan la maksud dia kita guna tangan untuk kocak-kocak adunan tu.. adehh.. Ada la alat dia.. Akupun pernah jugak mencuba..  Naik lenguh ketiak weii... hahaha... Bukan macam sekarang, serba-serbi gunakan mesin..

Cuma sekarang ni aku rasa teringin pulak nak buat bahulu tradisi ni.. Bila aku tanya mak aku, macam mana resepi dia, mak aku jawab, ontah, ingat-ingat lupo dah.. huhuhu.. Terasa rugi sangat sebab tak ambil perhatian masa dorang buat bahulu tu dulu.. 

Then, tanya la kat kakak aku yang sorang ni.. Diapun masa zaman remaja memang selalu jadi tukang pukul bahulu ni.. Kalau kuih-kuih tradisi ni banyak yang dia tau.. Cumanya, bila dia dah sibuk bekerja, memang dia tak buat dah la segala macam kuih ni.. Kakak aku cakap sukatan untuk bahulu tradisi ni senang je.. Cuma perlukan telur, gula dan tepung gandum je.. Tak payah nak letak serbuk penaik semua tu.. Yang penting, tepung gandum tu kena jemur kat panas matahari sebelum diayak dan digunakan.. Kalau takpun, kena sangai dulu tepung tu supaya nanti bahulu tu lembut dan gebu..

Okay, tang tu aku faham la.. Ni tang sukatan bahan ni, cmno lak..? Mak aku cakap, kalau tak silap dia la, sukatan bahulu tradisi ni kalau gunakan mangkuk, satu mangkuk gula dan satu mangkuk telur dipukul sampai kembang.. Pastu bila nak bakar, ceduk sikit adunan tadi ke dalam mangkuk lain, kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya dan kacau sebati.. Kena pastikan bancuhan itu tidak terlalu berat atau padat, takut nanti bahulu bantat.. Kena pandai-pandai agak la.. Sebab tu takde sukatan untuk tepung disediakan.. Yang pasti, tepung tu kena banyak la bergantung pada banyaknya bancuhan gula dan telur tadi..

Cara-cara nak bakar tu aku rasa mudah je sebab sekarang ni semuanya bakar guna oven. Kalau nak bakar guna cara dulu-dulu tu, aku serender dulu la nak buat.. Cara nak pukulpun guna mesin jugak.. Kat rumah aku ni dah ada dah mesin besar tu.. Ni semua kakak aku la yang punya kerja.. Aku nak beli stand-mixer macam yang aku selalu tengok kat tv tu.. So, takde la lenguh tangan nanti sebab sekarang ni aku gunakan hand-mixer je.. Pastu kakak aku cakap, daripada ko beli mesin macam tu, baik ko beli je mesin besar terus.. Lagipun dia ada kawan yang boleh supply mesin jenis industri ni.. Maka, akupun ikut je la cakap dia..


Tak pernah guna lagi mesin ni.. Adik-adik aku dah bising dah tanya, bilo nak guno mesin ni.. Huhuhu...


Jadi, kepada kawan-kawan yang mak dia pernah buat atau tau resepi bahulu tradisional ni, boleh tak bagitau aku resepi tu.. Aku dah cuba gugel tapi macam tak kena je resepi yang aku jumpa tu.. Aku nak resepi yang pure tradisi.. Tolong ehh tanyakan kat mak-mak atau nenek korang pasal resepi ni.. 

p/s: Boleh tinggalkan resepi tu kat kotak komen.. Sebelum tu, terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan jika ada yang sudi berkongsi resepi ni.. Kalau takde, apo nak kato, ye tak.. huhuhu...

Motivasi Kasih...

Assalamualaikum...

Motivasi Kasih...

"Ramai wanita yang silap dalam mentafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta sejati tetapi tidak usah hingga terkorban diri.. 

Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi..."

Membina Cinta Sayang: 
- Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj -





Sesekali kena baca jugak buku motivasi macam ni.. Bukan apa, untuk menyedarkan diri terutama sekali untuk menaikkan keyakinan terhadap diri sendiri.. Kalau diri sendiri takde keyakinan, macam mana nak yakinkan orang lain, ya tak..? Tapi kalau keyakinan diri sendiri masih tak naik-naik jugak, degil macam tuannya jugak, mudah-mudahan orang lain la yang naik tahap keyakinan tersebut... huhuhu...

p/s: Kawe ni pandai tulis je, buatnya entah... kuhik-kuhik-kuhik.. *gelak versi baru..

B betul laa...!!!

Assalamualaikum...

B betul laa...!!!

B punya stimix..
B punya line...
B punya tm...
Betul-betul B besar punya...




Walaupun hujan, hati tetap panasss....
Layan lagu ni lagi bagus...
Kita fire sama dia...
Fire...........!!!!!
Pesyummmmmm.....!!!



p/s: B tu bukan Baby laa... Banyak la ko punya Baby.. huhhh.....

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)