Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, January 17, 2011

MIMPI YANG TAK SUDAH...

Assalamualaikum...

Hari tu aku tertengok la status kat page fesbuk Wanita Hari Ini TV3...
Tertengok la sangat, padahal memang dah Like page tu...
Kalau dah Like, memang la status tu akan keluar kat live feed...
Melainkan jika Like tapi Hide...
Takde la dia nak keluar... kann... hikkk...

Topik hari tu pasal Tafsiran Mimpi...
Memang kelakar giler bila baca komen-komen dari pembaca...
Macam-macam mimpi yang dorang ketengahkan...
Tapi paling banyak sekali adalah mimpi yang bersangkutan dengan ular...
Kena kejar dengan ular la...
Kena gigit ular la...
Kena belit dek ular sawa yang besar giler la...
Ular pendek, ular panjang, semua spesis ular keluar...
Glemer betul ular-ular ni kan...
Kalau tak, masakan ada peribahasa yang menggunakan ular sebagai kata utama...

"Ular menyusur akar, tak akan hilang bisanya..."
Maksudnya..??
Carilah sendiri haaiihh...
Jangan malas...
Kalau pasal gossip artis, rajin je korang cari pak cik google tu kann...
Oooppppssss....!!!

"Aku terkena sumpahan, tolonglah siyom aku...
Nanti aku akan kembali menjadi seorang puteri yang cantik menawan, lebih cantik dari Miss World..."

Sanggup ke wehhh....? Hahaha...

☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼☼

Dalam banyak-banyak komen kat status WHI tu, aku tertarik la nak copy and paste komen dari seorang ni. Aku dah mintak izin dahpun dari dia nak copy and paste. Cuma aku terpaksa la perbetulkan kedudukan ayat-ayat tu sebab tak begitu tersusun. Tapi aku tak edit atau tukar ayat yang asal ya. Sama-samalah kita hayati ayat/komen tersebut. Moga mimpi yang buruk tidak terus menghantui tidur kita... =D

Ok. Kita akan memulakan perbincangan topik hari ini, "Tafsiran Mimpi" secara lansung di Whi. Kepada sesiapa yang ada pandangan, pendapat atau pertanyaan, sila response ke status ini sekarang.

Selamat menrespon!
55 minutes ago · · Dislike ·
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)