Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, February 16, 2015

Otak-otak Kempas datang lagi.. ahahh...

Assalamu'alaikum...

Otak-otak Kempas datang lagi.. ahahh...


Otak-otak Kempas ni aku dapat masa kat Nilai hari tu.. Abang aku bawak dari JB.. Aku simpan dalam peti beku.. Ni yang terakhir dibakar.. Aku bakar ikut cara aku la ya.. Ambil yang mudah je.. hehh...






p/s: Aku suka otak-otak Kempas ni.. Dia ada rasa pedas-pedas tapi sodapppppp... Memang tak cukup la kalau setakat makan lima enam ketul.. hehh..

Kau nak NGAKU ke tak..?

Assalamu'alaikum...

Kau nak NGAKU ke tak..?


Baik kau ngaku cepat.. Pandai-pandai je buat cerita.. Lepas tu tau pulak tak nak ngaku.. Ehh, ni cuma skrip drama je.. Drama apa tu, entah la.. hahaha...


Sebenarnya aku nak bercerita pasal kerepek yang aku buat dari ubi ngaku.. Pertama kali aku tau nama ubi ni adalah dari entri kat blog Farah MF.. Entri tu kat sini..




Alkisahnya, hari tu aku pergi ke hospital kat sini sebab mak aku nak ambil darah kat situ.. Lepas urusan tu selesai, aku pergi pulak kat tempat membeli barangan dapur.. Tengah dok belek-belek halia, ternampaklah signboard yang tulis NGAKU kat sebelah .. Terus teringat entri Farrah tu.. Terus teruja aku tengok rupa bawang atau ubi ngaku tu.. Barulah puas hati dapat tengok depan mata.. hahaha.. 




Mula-mula tu aku cuma belek-belek dan pegang-pegang je ubi ngaku ni.. Tengok harga dia.. Sekilo RM3.65.. Boleh tahan jugak.. Lepas tu hati dok berkata; kang kalau aku beli, entah jadi kerepek ke entah tidak.. Jangan-jangan busuk macam tu je nanti.. Okay, lepas hati dok kata macam tu, akupun tak jadi la nak masukkan ngaku ni dalam plastik.. haha.. Akupun isikan plastik untuk ngaku tadi dengan kacang boncis.. Kebetulan murah pulak harga sekilo boncis ni.. Selalunya harga sekilo dalam RM8 lebih tapi kali ni separuh harga pulak.. So, apa lagi.. Grab je la.. hehh..




Bila dah selesai memilih kacang boncis, nak pergi la timbang.. Tempat menimbang tu kena lalu depan ubi ngaku tadi.. Ahh, sudah..! Hatipun berkata lagi sekali; baik aku beli je la.. Kang kalau tak beli, balik rumah asyik teringat-ingat pulak.. Mana nak cekau..? Tambahan pulak teringat yang Farrah kata kerepek ngaku ni sedap sangat.. Tu yang terus je sumbat plastik dengan ubi ngaku ni.. Sumbat punya sumbat, dekat dua kilo jugak la aku isi.. hehe..




Bab kupas kulit dengan parut ubi ngaku ni pada aku masih boleh handle lagi la.. Tapi bila masuk bab menggoreng, adehh, punya la lama masa yang diambil untuk satu pusingan.. Jenuh bersauna kat dapur.. hehe.. Cara goreng kerepek ngaku ni lebih kurang sama je macam cara goreng kerepek pisang.. Kata Farrah, dia gaulkan hirisan ngaku dengan garam.. Tapi aku masukkan bancuhan air garam ke dalam kuali sejurus sahaja ngaku dimasukkan.. Berdesir la bunyi minyak tu.. Tunggu sampai bunyi desir tu hilang, baru angkat ngaku tu.. Api jangan kuat sangat.. Nanti ngaku jadi cepat hangus tapi tak rangup...




p/s: Dapat sikit je... Betul la kata Farrah, sekali hadap je dah solosai... haha.. Tapi serius, memang sedap kerepek ngaku buatan sendiri ni.. Kita boleh ejas sendiri dia punya rasa garam.. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)