Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, May 20, 2020

Viral: Cara bersihkan bontot kuali yang berkerak tebal.

Assalamu'alaikum.


Viral: Cara bersihkan bontot kuali yang berkerak tebal.

Baru-baru ini, aku ada ternampak satu post berkaitan cara untuk hilangkan kerak tebal pada bontot kuali. Maka, akupun ikut la rapat-rapat post tersebut. Tak nak la ketinggalan untuk tahu apa kisahnya, kan?


Sebelum cuba rebus kuali ni, aku dahpun kikis kerak tebal kat bontot kuali tu guna pisau dan sabun basuh buku. Dua tiga hari jugak la aku buat kerja mengikis kerak ni. Tapi masa ni aku cuma kerjakan dua buah kuali je. Namun hasilnya tidak begitu memuaskan sebab masih banyak lagi kerak yang degil tak mahu tanggal.










Apabila aku tengok post yang orang tu kongsikan, akupun gigih keluarkan semua kuali yang ada kat dapur aku tu. Kebetulan, bahan-bahan yang diperlukan tu ada dekat dapur aku. Maka, dengan sepantas kilatnya akupun mulakan sesi merebus kuali. Kah..! 


Aku ada kongsikan di wall facebook aku di sini tapi aku nak jugak kongsikan dalam blog untuk rujukan di masa akan datang. Gittew..! Macam la ada orang nak baca. Ahak..!







Kuali leper ni, memang degil sungguh. Dia punya degil tu tak boleh bawa bincang. Jenuh dok kikis kerak tu, gosok dengan dawai kasar dan dawai halus, luaknya sikit je. Kerak dah berpuluh-puluh tahun gamaknya, memanglah susah nak hapuskan.



Dua buah kuali ni tak berapa licin. Memang degil betul kerak tu. Rebus sampai mendidih-didih air tu pun kerak susah nak tanggal. 


 ^
Masih tak puas hati sebab tak berapa licin. Kena sental lagi ni.
v

 ^
Dua buah kuali ni paling degil kerak dia. Maklumlah, kerak dah bertahun-tahun, memanglah susah nak hapuskan. Tapi dah okay la sikit rupa dia jika nak bandingkan dengan sebelum rebus. Heh.
v


Bahan-bahan yang aku gunakan untuk merebus kuali aku ni adalah:

Bikarbonat soda - aku gunakan separuh botol. Nak guna lebihpun takpe jika kerak tu terlalu tebal.
2 biji lemon - hiris. Lebihpun takpe.
Satu ketul kecil sabun mandi.

Rendam semua kuali berkerak dalam kuali yang besar dan rebus sampai mendidih. Lepas tu, keluarkan kuali tu dan mulakan kikis kerak tu dengan pisau. Kikislah sampai puas hati. Jika masih ada kerak, rendam lagi dalam air mendidih tu.


Okay dah kot. Tak larat dah nak menyental. Mencurah-curah peluh aku mengalir keluar.
v


Dan, inilah hasil dari merebus kuali tu. Akhirnya, hilang sudah segala kerak yang tebal di bontot kuali tu. Kalau adapun, tinggal sikit-sikit je lagi. Takpe, nanti perlahan-lahan aku tenyeh lagi sampai habis semua kerak tu.





Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan pada tuan punya post sebab berkongsi ilmu untuk hilangkan kerak tebal pada bontot kuali.

p/s: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Yang penting, nak buat atau tak nak buat je. Kan?
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)