Assalamu'alaikum...
Peringatan dan sila ambil perhatian...
Setiap grup pasti ada syarat dan peringatan yang ditampal atau dijadikan sebagai Pinned Post.. Terpulang kepada semua ahli samada rajin atau malas nak baca.. Dan ramai yang jenis malas nak baca dan juga sengaja melanggar apa yang telah diperingatkan..
Sekadar contoh..
Ramai yang menyalahkan pihak admin bila berlaku sesuatu yang kurang menyenangkan terutama sekali bila kena tipu ataupun ada kes gaduh-gaduh yang masing-masing bajet hebat nak lawan bertekak..
Ingat pihak admin kat satu-satu grup tu dok mengadap grup tu je ke sepanjang masa..? Banyak lagi kerja lain yang admin nak buat.. Ahli yang buat urusan, ahli itu sendiri la yang tanggung.. Boleh aje minta bantuan daripada ahli grup tapi jangan la semedang nak salahkan pihak admin.. Selalunya, pihak admin cuma create grup dan approve ahli sahaja.. Selebihnya tu, pandai-pandai ahli la nak bawa diri macam mana..
Lagi satu, masa buat urusan jual beli, takde pun nak libatkan pihak admin dari segi keuntungan.. Kadang-kadang ucapan terima kasihpun takde.. Tapi bila kena tipu, nak salahkan pihak admin..?? Adil ke macam tu..?
p/s: Tak kena kat diri sendiri, boleh la cakap banyak.. Ya betul.. Tapi ini bukan satu alasan yang bijak untuk kita menyalahkan pihak admin.. Lain la kalau pihak admin ikut sama jadi batu api.. hehh...