Assalamualaikum...
Ke Port Dickson lagi wehhhh.... hehehe...
Pada 26/12/2012 yang lalu, sekali lagi aku menjejakkan kaki ke pantai yang cantik ini.. Mana lagi kalau bukan ke Port Dickson.. Kali ni aku pergi bersama dengan adik-beradik aku, tiga buah kereta berkonvoi dari rumah kakak kat Nilai tu..
Dan kali ni juga, mak aku tidak turut serta.. Dan kali ni juga, aku tidak merasa bimbang sangat tinggalkan mak kat rumah kakak sebab kakak aku serta adik ipar aku dan dua orang anak buah aku tidak turut serta dalam rombongan kecil ini.. Kiranya ada la orang yang boleh menjaga dan memantau mak aku kat rumah tu.. Kalau takde orang kat rumah, memang aku bawak sekali mak aku walaupun dia malas nak ikut serta...
Jika orang lain kata pantai Port Dickson ni tidak la sehebat mana, tapi bagi aku ianya tetap hebat kerana ia dicipta oleh Dia Yang Maha Kuasa.. Kalau orang lain berbangga dengan bercuti ke pantai yang lagi gempak dan cantik, aku juga berbangga kerana tahun lepas dah dua kali aku dapat pergi ke Port Dickson ni.. Kali pertama dulu aku pergi pada
28 May 2012.. Lepas tu, kali kedua aku pergi pada 26 December 2012 yang lalu.. Selang berapa bulan je tu.. Sejarah tu weiii... kehkehkeh...
Kalau kali pertama dulu, aku cuma pergi dengan satu kereta yang terdiri dari mak aku dan tiga orang anak buah, tapi kali ni lebih daripada limabelas orang yang ikut serta.. Memang meriah sungguh... Lebih-lebih lagi bila dorang beramai-ramai naik banana boat dan dan bot tunda tu.. Kalau yang dulu tu cuma tiga orang je naik bot dengan harga RM150, dan pergi ke tempat snorkling, kali ni yang naik banana boat ni cuma mengelilingi beberapa buah pulau kecil je tanpa snorkling...
Caj yang dikenakan ialah RM150 untuk sepuluh orang naik banana boat dan dua orang budak naik bot.. Tapi memandangkan sorang adik aku takde tempat kat banana boat tu sebab anak-anak buah dia dah konker dulu, siap buat muka kalau tak dapat naik, maka adik aku tu pun naik la bot dengan dua lagi anak buah yang cinonet... hehe... Kiranya ada la orang yang jadi penjaga kat budak-budak cilik tu..
Sebenarnya kita boleh pilih samada nak ambil pakej seorang RM10 ataupun RM15 untuk naik banana boat tu.. Kalau RM10 tu takde la jauh sangat banana boat tu berjalan.. Sebab tu ambil yang sorang RM15 tu.. So, dapat la dorang semua menikmati keindahan di tengah laut tu lama sikit..
Entah macam mana, bot yang menarik banana boat tu rosak pulak plug dia.. Tiba-tiba je enjin dia mati.. Maka terpaksa la dorang tu semua turun dulu sementara menunggu plug tu dibaiki.. Lepas dah siap tu, dorang naik balik banana boat tadi sebab tempoh menyewa tak habis lagi.. hehehe..
Yang ada pelampung tu khemah kitorang, depan dan belakang...
Kami menyewa dua buah khemah iaitu satu yang besar dengan harga RM35 dan satu lagi yang kecil dengan harga RM25.. Mula-mula ingat nak ambil dua-dua khemah besar secara bersebelahan, tapi takde la pulak.. Nak ambil dua-dua yang kecil bersebelahan kat depan, rasa macam tak muat la pulak.. Sudahnya ambil depan dan belakang dengan kadar sewa RM60..
Yang tiga budak cinonet ni kena tinggal sebab tempat dah penuh.. Lagipun mana berani nak bawak lebih muatan.. So, yang pegang bola tu punya la merajuk sebab abah dengan abang kakak dia sudah lepas ke tengah laut... Puas jugak nak pujuk dia.. Letih jugak sebab aku terpaksa kawal pergerakan dorang lebih-lebih lagi yang kecil sekali tu.. Punya la hyper active... Habis basah seluar aku dok kejar dia je..Takut dia jatuh terlentang pastu tertelan air masin je.. Tapi takpe, seronok tengok gelagat dorang... hehe...
Candid...!!!! Sila tutup mata cepat... :D
Kakak aku cakap nanti buat la barbeque kat tepi pantai.. Tapi aku kata, kalau nak buat barbeque kena bermalam kat PD tu.. Mungkin akan diusahakan sebab dah mula rasa seronok bila buat gathering dengan family ni.. Tak kisah la berapa kali pergi Port Dickson ni, janji dekat dan tak penat nak memandu.. Yang penting, semua orang happy... ehehh... Yang kelakarnya, ada seluar orang tu rabak habis kat kelengkang.. hahahaha... Punya la kitorang dok gelak sakan.. Sabar je la... hehe..
p/s: So, kepada kaum kerabat yang nak ikut serta tu, kena la mula kumpul dana.. Kalau tak, pandai-pandai la bodek big boss tu.. ehehh...