Assalamualaikum....
Main masak-masak lagi...
Kali ni buat roti ikut resepi Kak Pah...
Seperti biasa, resepi ada kat blog dapo aku..
Kat situ ada backlink untuk ke entry Kak Pah mengenai resepi roti ni...
Kak Pah punya roti lagi mengancam woooo...
Dengan gambar-gambar yang menarik lagi...
Kecur liur tengok...
Selepas diadun....
Timbang betul-betul..
Kak Pah kata sebiji bola berat dia lebih kurang 50gm. So, aku ikut la cakap sifu...
Dapat 23 ketul...
Okay, dia dah mengembang dah....
Sebelum masuk ke dalam oven..
Bakar dalam 10 minit, lepas tu keluarkan sekejap untuk taburkan parutan keju di atasnya. Pastu bakar lagi hingga masak...
Selepas dikeluarkan dari oven...
Yang ni aku bagi abang aku dengan anak-anak dia sebab dia duduk rumah lain. Aku siap asingkan sebab anak-anak buah yang ada kat rumah ni dok menanya dan mengintai je.. hehe... Kali ni tak dapat nak bagi jiran merasa... huhuhu...
p/s: Terima kasih banyak-banyak Kak Pah. Menjadi jugak roti ni walaupun bahan yang aku gunakan tak sama dengan bahan yang Kak Pah gunakan. Maklum la kan, aku ni duduk kat ulu banat, susah nak cari bahan-bahan ni... Guna aje la mana yang ada...